Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Saturday, August 25, 2012

Episod 14 : "K, You're Amazing!"



Ampang.

"Aril!"

"Encik K! Apa encik buat kat sini?".

"Err, saya... temankan my cousin- dia shooting kat sini!". Aku tunjuk ke arah Saiful. 

"Saiful Bachtiar tu cousin Encik K?". Aril kelihatan sedikit terkejut. Aku angguk.

"Wow, tak sangka. Dia kan popular. Auntie pun minat dia. Tak pernah miss kalau ada drama Saiful Bachtiar berlakon." Aku cuma menyeringai. Tak sangka singa garang kat ofis tu minat tonton drama Melayu rupanya. 

"Nak tengok saya main futsal?". Aku garu kepala. "Boleh juga....", ujarku tak semena-mena. Aku segera sms Saiful, beritahu aku ke gelanggang futsal berhampiran. Aril kelihatan gembira. Dia lekas-lekas menarik tanganku. Erk!

"Zek, Malik, Sofi- kenalkan, ni boss kat tempat aku praktikal, Encik K. Dia nak lepak tengok kita main futsal malam ni." Aril perkenalkan aku kepada kawan-kawannya. Aku salam tangan seorang demi seorang. Handsome-handsome kawan si Aril ni. Masing-masing ramah sambil tersenyum memandangku.  

"Encik K lepak la dulu. Tengok saya main. Nanti break saya belanja minum ya!". Aril mula masuk ke gelangangg. Elok juga aku datang. Takde la bosan mengadap si Saiful tadi berlakon je. Asyik-asyik kena cut. Sini boleh gak cuci mata... hehe....  

Tiba-tiba phoneku berdering...

"K, kau mana? Scene aku dah habis. Nak blah. Nak makan tak?". Kedengaran suara nyaring Saiful di hujung gagang.

"Err, Pul.. kau baliklah dulu. Aku kat tempat futsal ni. Tengok kawan ofis aku main jap."

"Futsal? Hmmm... sejak bila plak kau minat layan futsal??". Saiful macam tak puas hati. 

"Kau balik la dulu. Nanti jumpa kat rumah. Ok, Pul- see you!". Klik! Aku segera tamatkan panggilan. Lagi banyak aku jawab, lagi kantoi nanti. Malas dengar si Saiful bertanya macam-macam. 

Aku ralit lihat Aril menggelecek. Terbuai aku melihat dia membawa bola ke sana-sini. Dah dua gol dia masukkan. Memang Aril berbakat. Sayang zaman-zaman aku dulu mana ada futsal ni. Main bola biasa waktu kecil-kecil di kampung ada lah. Itupun mengikut beberapa orang sepupu dan bebudak kampung main.  

"Hah, amacam, suka?". Lamunanku termati. Aril mengejutkan aku. Entah bila dia duduk di sebelah aku tak sedar. Bajunya lencun. Rambutnya yang lurus dan sedikit panjang itu basah dan jatuh terjurai-jurai. Dia menyeka ke belakang. Matanya tajam merenungku. 

Aku suka lihat dia begitu. Seksi dengan rahang pipinya yang tirus. Kami berpandangan. 

"Suka!". Aku mengalihkan pandangan sebaik perasan agak lama mata kami bertentang. 

"Futsal atau saya?". Aku kaget. Tak faham dengan soalan Aril. Dia masih merenungku. Saat ini, jantungku berdebar. K, kawal perasaan....

"Futsal atau saya Encik K suka?". Nyata aku tidak tersilap dengar. Aril ulang kembali soalannya. 

"Err, dua-dua!". Aku bangun, tinggalkan bangku dan Aril di belakang. 

"Encik K! Tungguu...". Aku berhenti melangkah. 

"Okay guys, aku ciao dulu. Sambung minggu depan!", laung Aril kepada rakan-rakan. Dia mula berlari-lari anak mendapatkanku. 

"Encik K, maafkan saya...". Aril kini berdiri betul-betul di depanku. Badannya merapat. Aku mula tak tentu arah. 

“Why?”. Hanya itu soalan bodoh yang mampu kukeluarkan. Aku elak dari memandang Aril. 

"Saya suka encik....". Pendek penjelasan Aril. 

"Aril... tak boleh macam ni. This is not right!" jelasku. Aku teruskan langkah namun disanggah Aril. Kami berhenti berhampiran kereta.  

"Encik K dah ada boyfriend?". Tak sangka Aril berani menyoalku begitu. Wajahnya bertukar serius.

Lama aku diam, sebelum menyambung kemudiannya,"Saya single, Ril. Tapi saya tak boleh. Awak anak saudara Cik Kartika, bos saya."

"Itu bukan alasan. Saya suka awak!". Aril dah mula meramas jari-jemariku. Dia semakin merapat. 

"Aril, please don't. Awak tak kenal saya!".

"Saya cuba- beri saya peluang-". Aku dah mula resah.

******

"Hoi, berangan!! Bangunnn!". Saiful membalingku bantal. Aku kalih muka. Ngantuk!

"Dah pukul berapa?". Aku menggosok-gosok anak mata. 

Penatku sampai tertidur di sofa. Semalaman aku habiskan bersama Aril. Kami di kereta. Berbual-bual dan jalan-jalan di sekitar KL. Itu yang aku ingat. Lain-lain, kosong.

"Kau pergi mana malam tadi? Aku risau, call tak berjawab!". Saiful letak mug kopi di atas meja. Dia tekan tv. 

Aku masih memejam mata.

"Kita kawan?".

"Kena janji-".

"What...".

"Panggil saya Encik K di pejabat...". Aku dan Aril sama-sama tergelak. 

Bibirku tersenyum. 

"Senyum... senyumm... kau jumpa siapa pulak ni K? Risau aku. Sejak bila pandai rahsia?".

"Intern...". Lambat-lambat aku menjawab. 

"Hah?".

"Intern aku kat ofis.... Aril...".

"Intern kat ofis? Woo.. woo..... kau biar betul! Dengan budak sekolah pun kau nak layan?".

"Dia dah kolejlah!".

"Yelah, kolej-sekolah sama la tu- masih belajar. Dia bagi kau apa sampai sangkut?".

"Futsal......." ujarku selamba. "Dah, la. Nak showerr...". Aku campak kembali bantal tepat-tepat terkena ke muka Saiful. Kuasa nak dengar sepupu aku ni membebel. Gosok gigi lagi baik.

On the way ke bilik air, aku ternampak ada seorang lelaki tidak berbaju sedang nyenyak tidur di bilik Saiful. Aku yakin itu bukan Jimmy. Hubungan Saiful dengan budak Cina tu dah lama berakhir. 

******

Ahad. Hari untukku berehat dari melakukan apa-apa kerja berkaitan pejabat. Hari rehat Saiful juga. Selalunya Saiful pun tidak akan mengambil apa-apa tawaran berlakon di hari minggu. Nak rehat juga katanya. Kami cadang jalan-jalan ke Pavillion. Jalan-jalan, cuci mata!

"Keta lu ke keta wa beb?".

"Keta lu lah, hari minggu- gua malas nak drive!", jawabku. 

"Oraitt!! Sila tutup pagar ye Encik K!".

Kami ke Pavi. Dari Bukit Jalil tak sampai pun setengah jam. Paling kusuka memandu di hari minggu, ramai orang KL masih tidur dan berehat di rumah. Penat balik dari clubbing malam tadi. Oh, dan si mamat yang tidur tak berbaju tadi pun ikut sekali. Namanya Edward. Umur dalam lingkungan awal 30-an. Chinese mix. Ala-ala pan asian je muka. Memang taste si Saiful lah. 

Skandal? Aku jungkit bahu, tidak tahu. Saiful ni pun boleh tahan. Sejak end of relationship dengan Jimmy kira-kira tiga bulan lalu, langkahnya juga panjang. Berdepa-depa.  

Is he my type? Hmmm not really. Aku prefer lelaki Melayu. But Edward ramah. Aku harap dia lama dengan Saiful. 

"Movie?".

"Makan dulu lah. Aku lapar!". Kami ke Ben's di tingkat paling atas. Port makan kegemaranku kalau ke Pavi. 

Ramai pula orang datang makan- belum pun sampai tengahari. Kami menunggu giliran. 

Tiba-tiba aku disapa seseorang...

"Hai, K kan?". Aku menoleh. Cuba mengingat.

Lelaki 'mat saleh' di depanku menghulur salam. Kelihatan seorang wanita cantik di sebelahnya.

"Hidayat, K! Hidayat! We met once in Langkawi, remember?". Aku kerut dahi. 

"Hmmm sunset cruise?". Hidayat masih cuba membantuku untuk mengingat.

Karl Hidayat- berwajah pan asian, tinggi, kacak. Ibunya French, sementara bapanya anak jati Kedah. Hidayat tinggal bersama keluarganya di Langkawi. 

"Gossshh!! Hidayat!! Yeaahh I'm so sorry- maafkan I. Dah dua tahun lebih. Lupa dah...". Lama betul baru aku boleh ingat. Waktu tu trip aku ke Langkawi bersama Iskandar. Kami gaduh kejap dan aku lari menaiki sunset cruise sendirian, dan terjumpalah Hidayat. Dia single masa tu. Kami berbual-bual sepanjang petang.

Ah, itu cerita dua tahun lepas. Dan pasal perempuan di sebelahnya itu aku tak tahu apa-apa. 

"Yeaah, yeaahh.... ooh, sorry- this is my fiancee, Camelia. Cam, kenalkan, this is my friend K. Remember I told you once about there's one guy yang I met masa kat Langkawi tu? He's the one-lah!". Camelia tersenyum seraya merapati kami dan bersalam. 

"Goshh, K, I'm so happy that we meet here bro! Mahu makankah?".

"Yaaa.. but queue panjang sangat!", errm aku senyum-senyum menjawab. Kekok plak bila dipanggil ‘bro’ oleh Hidayat. Rasa straight semacam... hehe...

"Wait, I know the manager. Kejap I panggilkan...". Tak sempat aku nak menolak, Hidayat dah masuk semula ke dalam restoran. Sekejap kemudian dia keluar bersama seorang pelayan. 

"Okay, K- I dah dapatkan table for you and your friends. So sorry I can't join you guys. But here's my card. Kalau ke Langkawi, do let me know kay. Nanti kita catch up lagi! Bye bro. Nice meeting you again here!".

"Handsome Hidayat! Pernah apa-apa?", tebak Saiful. Aku melihat-lihat menu tertera. 

"Merepek! Dia straight-lah!".

"Alah, straight tapi boleh dibengkokkan kan?". Aku buat-buat tak dengar. Makan la bro, lapar!!


******

Sunset Cruise,
Langkawi.

Kapal belayar. Kirmizi menyinar. Aku terlantar. Mata Hidayat kuyu merenungku. Dia meramas-ramas tin beer yang sudah kosong. 

"K, you're amazing!". Aku tunduk. Tangan kekarnya masih kejap memeluk erat tubuhku. Seakan tak mahu melepaskan, bagai sauh menghentikan layar, aku terkujur. 

Entah berapa kali bibirku terkucup. 

Laut jadi saksi. Degup dada dan jantung kami bersatu. 

Bersambung....

K.

2 comments:

Anonymous said...

damn you are good writer. who are you man?

K. said...

i'm K, just K. keep reading. thanks, thank you!! :)