"Nanti
kita jumpa di KL ya! Uncle janji bawak korang jalan-jalan nanti."
Ujarku sambil memeluk Hazim. Icha merapat lantas turut mendakapku. Cuma
Efi, si bongsu yang nampak sugul dan sayu. Efi paling manja denganku.
"Efi nak Uncle K buatkan milo. Efi suka milo. Efi nak jadi kuat macam uncle!". Aku senyum mendengar kata-kata Efi.
Hampir
dua minggu aku di sini. Banyak yang aku lalui, lebih-lebih lagi dengan
Hadi dan keluarganya. Ruby, kakak Hadi dah pun balik ke Kuala Lumpur.
Kasihan melihat Hazim, Efi dan Icha yang teresak-esak sewaktu mahu
berpisah denganku semalam.
"Kami akan rindukan uncle nanti-".
"Mengelamun
ya!". Aku tersentak. Hadi mengelus pipiku lembut. Laut seberang
kelihatan tenang. Kami sama-sama menikmati minum petang di cafe di tepi
hotel. Aku suka pemandangan di sini. Aman dan tenang.
"You suka di sini?". Aku pandang Hadi. Dia seakan dapat membaca fikiranku.
"Suka. Laut dan pantai membuatkan I tenang...".
"You pindah la sini. Stay with me?". Aku pandang Hadi, sebelum tergelak kemudian.
"Tinggal dengan you?". Hadi angguk. Dia merangkul jari-jemariku.
Hah, jangan merepek la Hadi. Siapalah aku ni. Muka kau yang kacak,
ketinggian dan bentuk badan yang sempurna, Hadi bisa mendapat sesiapa
sahaja, baik perempuan mahupun lelaki. Ramai yang handsome-handsome kat
luar tu. Aku pasti ramai yang tergila-gila. Lagipun aku cuma bercuti di
sini. Nah, esok lusa dah nak balik dah pun. Nanti lambat-laun sure kau
akan lupakan aku juga...
"Kalau I tak nak lepaskan you pergi?". Hadi macam psikik. Boleh membaca fikiranku.
"Pandai bergurau yer... jangan main-main-". Ujarku mengacah. Mata kuyu Hadi merenung tepat ke wajahku.
"Tidak,
I tidak bergurau. I like you, K. I like you so much. Sudikah awak
tinggal dengan saya di sini?". Aku berhenti menghirup minuman. Hadi
seperti bersungguh.
"I tau cuti you banyak lagi. Stay with me. Beri I peluang untuk lebih mengenali you, please?". Gulp!
"Hadi, pleasee...".
"I serious ni... stay with me. Give us a chance."
"Hmm, you pasti ke?".
"Yupp, sangat pasti... sudi?".
"Hmmm... tapi you kerja nanti kan... bis tu I nak buat apa kat rumah...".
"Eh, eh.. banyakkk! You bleh tolong I kemas rumah... cuci baju... masak untuk I...".
"Waahhh...
camtu baik I dok hotel ni je... semua ada orang tolong buatkan...
hahaha!". Kami sama-sama tergelak. Tak sangka aku bisa ketawa semula.
Hadi benar-benar membuat aku gembira.
Dan petang itu
aku habiskan masa bersama Hadi berjalan-jalan di pantai. Kuhirup udara
senja yang tenang. Bersama Hadi benar-benar membuatkan hatiku bersinar
semula. Aku cuma membiarkan, ingin sahaja aku menikmati perasaan ini
lama-lama, meski kutahu ini semua hanyalah untuk seketika.
**********
"Ke mana encik?".
"Plaza Gurney ya." Ujarku ringkas. Teksi bergerak menuju ke destinasi.
Ferenggi ke Georgetown sangat damai. Di kiriku pantai menghampar perjalanan. Kacamata kubetulkan perlahan. Tidak mahu terlepas tiap inci pemandangan.
Hadi kerja. Jadi aku ke bandar sendirian. Bukan tak biasa, Penang sudah sebati denganku. Sering ke mari, sementelah kakak angkatku, Kak Mun juga tinggal di sini.
"Nanti singgah umah akak ya. Akak masak best-best untuk kau. Bagitau lah ye!". Beriya-iya Kak Mun mengajak sebaik kuberitahu kedatanganku minggu lalu.
Kak Mun yang juga pensyarah bahasa di salah sebuah universiti tempatan sangat mesra denganku. Berusia lewat 40-an, hampir sebelas tahun dia telah menetap di sini. Ralat pula aku tidak menelefonnya.
Ah, mungkin selepas jalan-jalan di Gurney Plaza, aku boleh mengajaknya makan tengahari.
Sudah lama juga kami tidak ke Starbucks di E-gate berhampiran Tesco sama-sama.
Teringat yang pada malam tahun baru, cuma aku dan Kak Mun meraikannya berdua. Ya, berdua. Kami berbual hingga ke pagi. Adakalanya lebih baik begitu. Berada bersama mereka yang anda selesa lebih baik sebenarnya.
"Encik, dah sampai...".
"Oh, hmm berapa?".
"RM25 sahaja". Aku pantas menyeluk wallet dan membayar.
"Terima kasih....".
Mataku melilau seketika. Perutku berkeroncong, bosan makan di hotel, aku melangkah ke Starbucks berhampiran.
"Err, bagi saya Vanilla Latte sama Chicken Finger ya. Thanks...", ujarku kepada barista bertugas.
"Ok
semua sekali RM23.90...".
"It's ok, the breakfast is on me. Err, tambah lagi satu latte ya!".
Aku berpaling dan tergamam. Entah dari mana, Syed Azlan kini berdiri
betul-betul bersebelahan denganku. Aku kaget.
"Terkejut?".
Syed Azlan selamba senyum dan menegurku. Dia membuatkan isyarat
menciumku. Aku beredar ke kaunter mengambil pesanan.
"Apa
you buat di sini? Macam mana....", belum sempat aku habis bertanya,
Syed Azlan cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya ke mulutku. Tubuhnya
merapat ke tubuhku.
"I miss you....", dia berbisik perlahan.
Aku gamam lagi. Berlalu dan pergi ke kerusi. Jantungku berdegup kencang.
Seketika kemudian Syed Azlan datang membawa hidangan.
"Makan dulu. Saya tahu awak belum makan. Tentu lapar." Aku tak henti memandangnya.
"Saiful?". Tak semena nama Saiful terpacul dari mulutku.
Syed Azlan cuma tersenyum seraya menggeleng perlahan.
"Makanlah, nanti kita cerita k. Tak elok biar perut kosong."
"I'm sorry. Honestly, saya tak tahu pun awak kat Penang. Dah dua hari saya tiba di sini. Hari-hari saya datang ke Starbucks, breakfast, lunch.... sebab teringatkan awak. Saya tahu awak terlalu suka lepak di tempat ni...".
Syed Azlan menarik nafas seketika sebelum menyambung.
"Saya
terlalu rindukan awak. Mungkin hari ni takdir telah temukan kita
semula. Saya bersyukur kerana saya masih dapat jumpa awak, walaupun
bukan secara dirancang. Saya nak kita baik semula. Saya sedia terima
awak, K... kita baiki balik hubungan seperti sebelumnya. Lupakan apa
yang berlaku. Saya maafkan awak, dan saya harap awak juga sudi maafkan
saya." Aku mengelak dari memandang ke wajah Syed Azlan. Saat ini ada
airmata jernih yang mengalir. Aku tidak tahu apa kata-kata yang patutku
balas.
"K... please, look at me sayang... K?". Rayu Syed Azlan. Dia menarik perlahan daguku. Airmataku semakin laju.
"I still love you sayang, tidak pernah pun sedetik pun perasaan saya berubah terhadap awak."
"I can't...". Syed Azlan memandangku, tak berkedip. Aku cuba kumpulkan kekuatan.
"No, sayang pleasee... don't say that. I love you...".
"I'm sorry. It's over."
"No! It's no over. I sanggupp...".
"I
met someone....". Kali ini wajah Syed Azlan berubah. Jujurnya, bukan
itu alasan yang ingin kuberitahu. Entah kenapa tiba-tiba wajah Hadi
bermain-main di benakku sekarang.
"K, please sayang. Jangan tipu. Saya tahu awak tak maksud.....".
"You heard me. I said I met someone."
"Who? So fast??".
Aku angguk.
"I kenal dia kat sini. I'm sorry, Lan."
"NO!
Lan tak percaya. K saja buat alasan kan? K tahu Lan sangat-sangat
sayangkan K. Lan tak sanggup kehilangan K. Kita lupakan saja apa yang
telah berlaku sayang, please?".
"Lan... I dah fikir
semua ni. Lupakan I. Saya tak layak untuk awak. You deserved better.
Please, let me go. Thanks for the breakfast!!", aku bingkas bangun
tetapi Syed Azlan pantas menarik tanganku.
"Waitt... Lan tak habis cakap lagi. I miss you. Please sayang, let's talk. Have a seat?".
"Lan, please.... Lan balik la KL. Kita lupakan aje semua ni...".
"Sayanggg....".
"I'm sorry...". Tanpa menghiraukan rayuan Syed Azlan, aku berlalu tinggalkannya.
Aku
nekad. Padaku biarlah kisah ini mati di sini sahaja. Menerima Syed
Azlan kembali ibarat menjerat diriku sendiri. Aku yakin Syed Azlan kan
betah melupai aku. Aku pasti ini yang terbaik buat kami.
Aku tinggalkan wajah yang luluh. Aku tinggalkan hati yang hancur. Yang pasti, jiwaku sendiri remuk.
Aku anggap ini sebuah lagi episod. Yang pasti kisahku bakal bermula lagi esok.
Bersambung....
K.
0 comments:
Post a Comment