Perjalanan hampir sejam ke Kota Bharu tidak terasa. Dari terminal LCCT Kuala Lumpur, aku tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismalil Petra Kota Bharu dengan selamatnya. Ika, adik bongsuku datang menjemput. Ikram, teman lelakinya turut bersama.
Sedar tak sedar, sudah besar dia. Ika kini menuntut di tahun dua pengajian di USM, sama kursus dengan Ikram. Betapa aku bangga dengannya.
"Apa khabar, bang?". Ikram pantas datang bersalam denganku, diikuti dengan Ika.
“Baik.. baik, thanks sebab datang jemput. Susah-susah je Am…”. Ikram senyum. Dia menolongku menolak troli beg ke kereta.
"Err, korang berdua dah makan ke? Along lapar lah...".
"Nek Imah dah pesan makan kat rumah. Dia masak best untuk Along. Nanti kita makan sekali...".
"Err, Ikram pun...?".
Ika gelak.
"Mama dah tahu la Long. Nek imah pun okay. Sporting. Hehe…".
Aku mengurut dada, tanda lega. Bagus la. Aku pasti Ikram budak yang baik. Sesuai benar dia dengan Syafika. Kalau tak masakan bisa meraih kepercayaan mama dan Nek Imah.
"Along ke mana malam ni? Dah ada date?". Ika kulihat tersengih-sengih memandangku.
"Hish, ke situ plak. Along ni calon pun takder, tak macam kamu."
"Alah, Along tu yang jual mahal...".
Aku, jual mahal? Aku hanya tergelak kecil. Mungkinkah?
Malam.
"Long... ke mana tu? Baru je sampai tadi kan... duduk la rumah dulu... ". Tiba-tiba mama muncul menegur. Aku berdiri terpacak di ruang tamu.
"Hmmm... Along kuar jap ma. Jumpa kawan."
Sememangnya aku jarang betah di rumah. Sementelah mama juga telah berkahwin ni, buat aku tambah resah jika pulang ke Kota Bharu. Padaku, mama dan papa seri satu sama sekarang. Jika dulu simpatiku lebih kepada mama gara-gara papaku berkahwin lain tapi kini mama juga sudah punya kehidupan sendiri. Lelaki yang ingin kupanggil 'abah', telah hampir setahun menjadi 'papa' baruku.
[ Along pulang lewat. Jangan tidur. Buka pintu nanti. Along tak bawa kunci. ]
Sempat aku sms Syafika sebelum menghidupkan enjin kereta. Selalunya begitulah.
"Hey guys! Hey-hey... semua ada ya!". Aku singgah di Manis, sebuah café popular tempat muda-mudi bersidai malam-malam di Bandar Kota Bharu.
"Wah, lihat siapa yang datang-". Aku, Mail dan Hafiz berpelukan seketika. Terasa seronok dapat bertemu kembali teman-teman lamaku di Kota Bharu.
"Kenalkan, K- Khairul, kawan kitorang. 'Budak baru'!". Ujar Mail sambil mengeyit padaku. Aku senyum seraya menyahut huluran tangan Khairul.
"Khairul- ni K, kawan we all dari KL!".
“Hai, K! Nice meeting you. Cuti?”.
“Ya, tiga empat hari je. Saja balik jenguk kawan-kawan.” Balasku. Dalam diam aku memerhatikan Khairul. Ah, manis orangnya. Tambah sweet bila dia senyum- cute!
Kami borak-borak. Puas di Manis, Hafiz ajak ke PCB. Port wajib singgah memalam kalau di Kota Bharu.
"Kau sure nak ikut ni? Baru je sampai kan... tak penat?". Aku geleng. Tergelak dengan soalan Hafiz. Masakan boleh penat. Naik flight aja...
"Mana la tahu... hehe…". Hafiz menggaru-garu sendiri kepalanya yang tidak gatal.
Dah lama juga aku tak ke mari. PCB bagaikan mengimbas tiap nostalgia aku di sini. Satu-satunya pantai terdekat di pinggir bandar Kota Bharu ini- jika dulu sering juga aku dan Saiful, sepupuku itu, kami berlari-lari mengejar ombak, mengutip kepah.
"Hey, lihat! Aku punya lagi banyak!".
Aku buat-buat merajuk. Saiful merapat.
"Nah, untuk kau. Jangan merajuk, nanti aku cium!".
Zaman dulu-dulu. Macam budak kecik.
Ah, kenangan.
"hey, K! Mamat tu panggil kau tu- pergilah!". Aku kelek kepala. Ah, tua. Tak minat!
"Eeii, jual mahal. Nanti tak laku tau...". Di benakku cuma terbayangkan Azlan. Ya, Syed Azlan. Lelaki yang telah berjaya merebut hatiku. Telah hampir dua tahun kami berkawan. Syed Azlan punya segala-galanya ciri-ciri lelaki yang kuimpi. Dia bijak, pandai mengambil hati dan paling penting memahamiku sebagai pasangan.
Kehadiran Syed Azlan benar-benar membahagiakan aku. Dengannya, aku bisa melupakan Iskandar dan menolak mereka-mereka yang lain. Aku pasti Syed Azlan lah takdirku.
"Meskipun I dilarikan?".
"I sanggup mengejar...".
"Biarpun I jadi hak orang?".
"I bisa rebut you kembali...".
"Kalau I mati..?".
"I sanggup tikam dada dan mati bersama...". Haha! Dan kami sama-sama ketawa...
Lucu. Namun aku tahu betapa dia benar-benar sayang dan cintakan aku.
"K... jom jalan-jalan!". Khairul tarik tanganku. Aku kaget.
"Ke mana?", tukasku. Pantai agak gelap.
"Hujung sana... jom?". Khairul dengan pantas menarikku. Mahu tak mahu, aku turut bangun, mengikut.
Kami jalan sampai ke hujung teluk. Malam pekat menyelebungi. Seram juga di tepi-tepi laut begini.
"Takut?".
Aku sengih, buat-buat berani.
"Meh, duduk sini. I ada, jangan risau...".
Terasa cam dungu jer, aku patuh seperti diarah Khairul.
"K single lagi?". Berderau darahku disoal begitu oleh Khairul.
"Errr... Hmmm... ya, singleee...". Entah kenapa aku menipunya.
"Rul pula?". Tetiba panggilan itu terpacul dari mulutku. Mmm… romantik la plak…
Khairul senyum. Dia rangkul jari-jemariku- erat!
"Rul single lagi. Kenapa, K suka Rul ya?". Ish, mamat ni, perasan la pulak...
"Mana ada... pandai jek...". Aku buat-buat menguis pasir. Sesekali terdengar deru ombak menghempas.
"Alah, Rul tahu. Rul boleh nampak, dari cara K pandang Rul kat café tadi pun Rul tahu...".
Alamak, dia perasan ke aku pandang? Duh, malu je...
"Errr... Rul... hmmm... tengok tu, ada tahi bintang... cepatt buat wish!". Khairul pantas menoleh.
"Mana?".
"Niii...", aku cubit perlahan hidungnya. Khairul mengaduh manja.
"Ooo... mainkan Rul ya! Nah rasa nii...". Tak semena Khairul pantas menciumku. Tangannya rakus merangkulku.Entah apa yang mengekang, aku cuma membiarkan. Terasa nadi-nadi kami bersatu. Nyata aku jatuh dalam dakapannya.
"Rul suka K..".
Tutur Khairul dengan yakin.
Tapi, kita baru je kenal...
"Tak penting. K suka Rul juga kan?".
Aku paling. Kembali merenung ke dasar pantai. Soalan Khairul termati di situ.
"Hey, korang! Bercinta ke? Jom balikk!". Dengar sayup suara Mail dan Hafiz memanggil.
Aku menarik Khairul. Jom!
Kulihat muka Khairul terpisat-pisat mengikut.
Bersambung...
K.
Tuesday, October 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment