Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Tuesday, December 23, 2008

Episod 9 : Cinta Yang Tidak Diundang


Kakiku masih membasah di gigi air. Aku selesa begitu. Hampir dua jam aku di sini. Sesekali menyeka rambut yang mengirai ditiup angin. Melayan deruan ombak silih berganti, membuat fikiranku hanyut dan tenang.

Puas berteleku aku kalih mendongak langit. Remangnya indah. Saat ini, aku masih dikira bertuah, punya kesempatan untuk mencanai kembali serpihan-serpihan hidup yang dilalui.

Sesekali hatiku tercuit melihat sekumpulan kanak-kanak berlari keriangan. Ah, senja-senja begini mereka masih leka berkejar ke sana-ke mari. Ah, bagusnya begitu. Betapa kalian bertuah, bebas tanpa masalah, desis hatiku pada diri sendiri.

"Uncle, tolong!". Aku pantas berpaling. Seorang anak kecil pantas memintaku menerbangkan layang-layang. Aku bingkas.

"Boleh, berdiri di situ." Ujarku, memberi arahan.

"Siapa nama?".

"Hazim. Uncle?".

"K."

"Ooo...". Hazim terlihat gembira sebaik layang-layangnya bebas mencecah udara.

"Terima kasih!", tak semena, satu suara mencuitku dari belakang. Aku toleh. Seorang lelaki tampan berdiri tersenyum di depanku. Ah, kacak, wajahnya iras berdarah campuran cina, buatku terkaget seketika.

"Maaf, itu anak saudara saya. Dari tadi kami cari dia. Dekat sini rupanya."

"Oh- maaf. Saya cuma membantunya-".

"Tak apa. Saya Hadi. Awak?". Hadi pantas menghulur salam.

"Err, K. Panggil sahaja K." Ujarku membalas.

"K?".

"Ya- K sahaja.."

"Oh, ok. Sering ke mari?". Aku geleng.

"Pertama kali. Saja nak amik angin, tengok pemandangan."

"K tentu bukan orang sini, bukan?". Aku teragak-agak sebelum menggeleng perlahan.

"Dari KL ya?". Aku angguk.

"Seorang sahaja?". Aku senyum. Mamat ni dah macam polis pulak soal aku macam-macam.

"Maaf, saya fikir K tidak senang saya menyoal...".

"Saya kena pergi," ujarku, tiba-tiba.

"Cepatnya! Tak nak borak-borak dulu?". Sekali lagi aku menggeleng.

"Dah senja. Saya kena pergi sekarang. Jumpa lagi!".

Aku segera bangun meninggalkan Hadi terkebil-kebil di situ. Sumpah aku tidak mahu memulakan apa-apa. Tidak buat masa ini.

Tiba di lobi hotel, telefon bimbitku berdering.

Aku menata skrin. AM!

"Hello...".

"Hey, apa cerita nih- abang dengar kamu kat Penang ya. Kenapa tiba-tiba?".

"Saja bercuti. Saiful bagitau?".

"Nope. Abang call K kat ofis. Yelah susah sangat nak jumpa awak sekarang. Ada hal sebenarnya tapi takpe la since awak kat Penang. Berapa lama cuti nih?".

"Err, belum tahu- K apply tiga minggu, hmm lebih kuranglah...". Aku teragak-agak memberitahu AM hal sebenar.

"Hmm... lama tuh. Apahal sebenarnya nih? Kamu okay?".

"Ya, ya, okay. Abang sihat?". Sengaja aku mengubah topik perbualan.

"Hmm... sihat. Macam biasa. Kamu? Lain macam je suara. Mesti ada apa-apa ni. Mahu kongsi?".

"Eh, tak, tak, I'm good. K okay kat sini. In fact saja amik cuti, nak release tension. Kepala dah tepu." Ujarku berdalih. Malas bersoal-lanjut.

"Hmm.. okay lah. I'll talk to you soon then. Jaga diri." Klik!

Talian termati. Belum masanya aku beritahu AM tentang apa yang terjadi. Lagipun aku malas nak kusutkan lagi fikiran.

Tiba di bilik, aku menghempaskan dirik ke katil. Bosan. Teringat lelaki tadi yang aku jumpa di pantai, ah siapa namanya, ya Hadi- hmmm.. not bad looking. Nasib baik aku cepat-cepat lari. Kalau tak tentu dah cair. Ah, lagipun belum tentu dia pun sama. Macam normal je aku tengok. Hmm.

Aku ambil novel karya Paulo Coelho di tepi katil. Baru aje habis tiga halaman, aku kembali bosan. Apa nak buat malam-malam minggu begini? Jalan-jalan tepi pantai? Hmm... maunya terserempak dengan si Hadi tu tadi lagi…

Hmm, tengok live band kat lobi?

Menarik juga.

Aku bingkas mandi dan bersiap. Bau air pantai siang tadi membuatkan aku tidak selesa.

Jam hampir menujukkan ke pukul sepuluh malam. Aku turun ke lobi.

Ramai juga orang. Aku menghampiri ke bar.

"Hai, K. Sorang aja ya?". Aku toleh. Hadi!

"Eh, you, eh Hadi- hmm.. duduklah, hmm… dari mana ni?". Hampir buat aku gelabah seketika. Tiba-tiba aje munculnya.

"Saya kat meja hujung tu tadi. Duduk ngan bebudak and my sis tadi tapi mereka dah naik tidur. Saya nampak awak sorang-sorang kat sini. Boleh join?".

"Duduklah, mm saya pun sorang je."

"Thanks." Hadi mula duduk bersebelahan denganku.

Relaks K, tenang… tenang…

"Tak sempat nak berbual panjang petang tadi. Kenapa awak lari?".

"Lari? Eh, taklah. Saya ada hal tadi, kena buat call." Dalihku. Hadi cuma senyum. Terukir senyum lesung pipitnya. Duh, handsomenya!!

"Awak ada apa-apa plan malam ni? Mahu ikut saya keluar?". Aku pandang Hadi.

"Ke mana?".

“Suka menari?”. Tak semena aku angguk!

"Okay, cool. Kita ke Momo then. It's a club actually, di Geogetown. Saya ada kawan-kawan di sana."

"Oh, okay. What time nak pegi?".

"Sekarang?".

"Hmm... okay. Saya naik dulu. Jumpa awak kat lobi lagi lima belas minit?".

"Okay, sure. I'll wait you here."

Aku cepat-cepat bangun meninggalkan Hadi. Aduh, baru pertama kali kenal dah ajak aku ke kelab pulak. Hmmm dia ajak ke Momo. Sah-sah itu tempat ramai PLU melepak. Tapi tak leh nak kata juga, ramai apa straight and girls yang pergi ke sana.

Aku mempercepatkan langkah. Lif!! Tingkat 8 pleasee....!!

Momo.

Masuk kali ni dah tigak aku ke sini. Teringat sewaktu beach party tahun lalu, Simon, temanku yang berbangsa Cina pernah muntah-muntah akibat terlebih minum.

Aku dan Hadi masuk ke bar. Kelihatan kelibat beberapa orang temannya sudah berada di situ. Ada enam orang semuanya, empat lelaki dan dua perempuan. Sah!! Mamat ni straight!

"Kenalkan, Shila... Andrian, Lucy, Hakimi, Joseph dan Man...".

"Hai... haii.... I'm K!". Ujarku tersenyum sambil bergilir menghulur salam.

"Oh ya, mereka semua ni adalah kawan-kawan saya. Saya orang sini. Kerja di sini." Oh! Mati-mati aku ingat Hadi ni juga pelancong, sama sepertiku.

"Keluarga kakak saya datang bercuti di sini. Mereka dari Kuala Lumpur. Jadi saya bawa mereka jalan-jalan. Mereka duduk di hotel sama dengan awak." Aku angguk. Suasana agak bingit, aku dengar tak dengar apa si Hadi ni cakap.

"Mahu menari?". Tanpa menunggu jawapanku, Hadi cepat-cepat tarik tanganku ke dancefloor. Rakan-rakannya bertepuk tangan. Aku kaget dan malu.

"Awak okay?". Aku angguk seraya tersenyum.

Makin lama semakin rancak aku dan Hadi menari. Muzik semakin panas, kulihat ramai juga yang mulai mabuk dan terhuyung hayang sana-sini.

Hadi tiba-tiba merangkul.

"I like you.. so muchh!". Gulpp! Dari awal aku dah mengagak. Cuma fikiranku bodoh mengatakan Hadi ni straight. Jangan bermain api, K...

"Err... err... saya nak keluar. Bau asap... sesakk!". Aku lepaskan rangkulan Hadi dan berjalan keluar. Hadi mengejar.

"K, tungguuu...". Pergelangan tanganku ditarik. Aku toleh dan berhenti.

"I'm sorry...".

"It's ok. Kita berbual di luar? I need fresh air." Kali ni Hadi memegang tanganku dengan lebih lembut. Perlahan-lahan dia tarik aku ke luar.

"One beer please!". Hadi membuat pesanan kepada salah seorang pelayan di bar luar.

"Awak, minum?".

"Err, I just need coke aje, please... thanks!".

"One coke!".

Kami duduk di bangku hujung di tepi bar. Terdapat tiga empat orang pasangan kelihatan turut menikmati minuman.

"I like you." Hadi mengulang kembali pernyataannya tadi, kali ini lebih jelas di telingaku. Tangannya menguis-nguis jari-jemariku.

Aku tatap Hadi dalam-dalam. Kenapa? Kenapa terlalu cepat semua ni berlaku?

K.