Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Tuesday, October 23, 2007

Episod Pilot (Musim Ke-3) : K Itu Aku

Dua tahun berlalu. Sedar tak sedar aku telah pun menamatkan pengajian di kolej, punya kerjaya sendiri (yang kukira agak bagus juga) di sebuah syarikat periklanan terkenal di ibukota, jauh dari bayangan Amira, Iskandar dan semua-semuanya.

Meninggalkan seribu-satu kenangan di zaman-zaman awal aku bergelar wargakota, kisah suka-duka - sana sini terpalit, calar dan hiba. Ah, terlalu banyak untuk diceritakan.

Aku cuba lari dari kemestian. Awal dua puluhan, ah masih muda.

Penat berteka-teki. Siapa aku? Apa namaku? Ah, K saja. Tak pernah berubah. Apa, tidak cukup? Hahaha... aku terduduk. Gelak sendiri. Manusia takkan berhenti bertanya. Biarlah. Bisa kusimpan aja ya? Yang penting aku tak kacau sesiapa. Bebas. Dan aku senang begini. Punya sedikit teman-teman yang memahami, itu sudah memadai. Joe, Hisham dan Andrew. Mereka adalah keluarga baruku.

K, mana Aina, Zafir, Ema?

Oh, mereka. Erm, di mana kalian agaknya? Kukira masing-masing dah bawa haluan sendiri. Tamat sahaja pengajian, kami terputus hubungan. Aina - pasti dah bertunang dengan Zafir. Pasangan belangkas of the year. Dari awal semester mereka bersama. Ah, cinta!

Ema, ya ema... Hmmm, sebaik berhenti dari pengajian di kolej, terakhir kudengar, dia juga dah berubah. Dari gadis tomboy kepada wanita ayu, bertudung litup dan mempunyai kekasih- biarpun seorang kerani cabuk, ah yang penting bahagia. Dan aku tumpang gembira.

K, mana kesudahan Irfan si abang tentera? Shamir, ya apa jadi padanya? Saiful sepupumu? Ah- pusing, pusing. Sabar ya. Biarku tulis satu-persatu. Tunggu aja. Sabar.

Cepat benar masa beredar.

Dan aku, ah, masih lagi begini. Masih seorang K yang kalian kenali. Sendiri dan tersenyum membaca diari catatanku hari-hari...

Kalian, bersedia untuk kembali?

K.

1 comments:

Unknown said...

Takder lagy ker sambungan citer ni