Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, November 2, 2012

Episod 19 : Hati Wanita


Kartika memberhentikan kereta. Dia masuk tergesa-gesa ke rumah banglo tiga tingkat itu.

Wajah bibik terpacul membuka pintu. Kartika tepis, cepat-cepat dia menjerit nama Aril.

“Aril! Auntie dah dengar apa yang berlaku di pejabat hari ni. Aril tahu tak yang sikap Aril ni dah melampau! Aril nak Auntie report kat papa?”. Kartika menyinga sebaik Aril muncul di depannya. 

“Aahh... auntie sengaja kan nak jauhkan K dari Aril! Auntie tu dah jealous! K layan Aril dan bukannya auntie!”.

“Aril!”. Kartika hampir hilang sabar. 

“Now auntie gembira kan? Auntie hantar K jauh-jauh ke Langkawi untuk pisahkan kami, sama macam yang auntie buat dekat Uncle Hadi! Projek syarikat konon! Auntie ingat saya tak tahu auntie yang hasut papa suruh hantar Uncle Hadi ke Melbourne? Itupun nak pisahkan uncle dengan K juga kan?!”.

“Aril! Aril dah melampau tuduh auntie yang bukan-bukan! Urusan Uncle Hadi ke Melbourne takde kena-mengena dengan auntie. Itu kehendak papa Aril.”

“Aril tak bodoh auntie. Aril tahu auntie yang hasut papa. Auntie yang cadangkan nama Uncle Hadi dalam meeting untuk gantikan Pak Cik Badrul kat sana. Auntie memang dengki! Busuk hati! Sanggup nak rampas boyfriend anak saudara sendiri!”. Pangg! Tak semena satu tamparan hinggap tepat ke pipi kiri Aril. Dia menggetap bibir. Kalau tak kerana rasa hormatnya pada wanita itu yang juga ibu saudaranya, sudah lama dia bertindak-balas. 

“Aril... errr, mmm... mmaafkan auntie...”.

“Aaahhh sudahlah! Dasar hipokrit!!”. Aril menepis tangan Kartika. Dia pantas berlalu naik ke bilik.

“Ibu, ibu gak apa-apa?”. Bibik kelihatan cuak datang memberi pertolongan.  

Kartika terduduk seketika di sofa. Sungguh dia tidak dapat mengawal perasaannya sendiri tadi. Tidak pernah Aril melawan cakapnya begitu. Aril adalah satu-satunya anak saudaranya, anak tunggal abangnya dan Kak Mastura. 

Airmatanya sudah tak tertahan. Dia terlalu sayangkan Aril. Hampir lima belas tahun sejak kakak iparnya itu meninggal, Kartika banyak mengambil alih tugas menjaga Aril. Biarpun tidak tinggal sebumbung, Aril tetap rapat dan manja. Dari kecil tak lokek bercerita dan berkongsi rahsia dengannya. Kartika sudah ibarat ganti ibu dan kakaknya sendiri. 

Masih dia ingat, pertama kali dia mengetahui Aril meminati kaum sejenis ialah sewaktu Aril di tingkatan tiga. 

Ah, silapnya juga. Dia yang mengajak Aril menemaninya ke parti harijadi Johari, teman rapatnya di kolej dulu. Tak sangka Johari tertarik dan mula menaruh hati terhadap Aril. 

“Kat, I cintakan Aril. Dah tiga bulan kami bersama. I harap you tak kisah I’m with him...”.

Itu adalah permulaan segala-galanya. Bertahun dia menyimpan rahsia itu dari abangnya sendiri dan ahli keluarga yang lain. Sehinggalah dia mengetahui Hadi, lelaki yang hampir-hampir menjadi suaminya juga mempunyai kecenderungan yang sama.

Beriya-iya keluarga Hadi, dan Tan Sri Kamal, ayahnya mahu mengahwinkan mereka pada awalnya. Konon, keluarga dah jodohkan mereka sejak kecil. 

“Kamu setuju?”. Kartika pandang wajah papa dan abangnya. Mukanya merah. 

“Orang kata, kalau malu-malu tu setujulah...”, usik ibunya. 

Beberapa kali dia dan Hadi keluar bersama. Meskipun keluarga mereka kenal rapat, tapi tak banyak yang dia ketahui tentang lelaki itu. Hampir sepuluh tahun Hadi bermastautin di Amerika. Hanya beberapa tahun lepas Hadi pulang dan menetap bersama keluarga di Malaysia. 

“Maafkan I, Kat. I can’t. Naluri kita tak sama. You berhak menerima cinta lelaki yang lebih layak...”. Kartika nyata tidak terkejut. Malah dia bersyukur Hadi berterus-terang waktu itu dan menolak hubungan mereka. Tidak dapat dia bayangkan jika mereka benar-benar berkahwin. 

Biarpun luluh, Kartika menerima segalanya atas ketentuan takdir. Tawaran abangnya untuk menguruskan syarikat pengiklanan di ibukota merupakan peluang terbaik buatnya untuk melupakan Hadi. 

Dan, K- hatinya benar-benar terbuka sebaik lelaki itu kali pertama melangkah ke pejabat setahun yang lalu. Nalurinya sangat yakin waktu itu yang K adalah lelaki sejati. Gaya K yang normal dan romantik itu dalam diam mencuri hatinya. Lama dia keraskan hati. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kartika cuba meletakkan ego tiap kali berbicara dengan lelaki itu. 

K padanya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman- kacak, menghormati wanita dang paling penting K ada karisma yang jarang dimiliki oleh lelaki-lelaki lain.  

Namun hatinya sekali lagi hancur sebaik Hadi menunjukkan gambar dan memperkenalkan K sebagai teman lelaki barunya. Hadi juga yang meminta dia merahsiakan kisah lama antara mereka. 

“Kat, promise me you won’t tell K. I trust you. Biarlah K tidak tahu yang keluarga hampir kahwinkan kita. I tak nak rumitkan lagi keadaan...”. Masih terngiang-ngiang permintaan Hadi. 

Keadaan bertambah kusut bila dia mendapat tahu Aril, anak saudaranya sendiri juga bermain cinta dengan K di pejabat. 

“Auntie! Aril dah jumpa...!”.

“Jumpa? Jumpa apa?”.

“Bukan apa, siapa!”, Aril sengih seraya datang mencium tangannya. Mereka duduk berbual di beranda. 

“Maksud Aril?”. Kartika buat-buat belek majalah. Dia tahu Aril ada sesuatu mahu memberitahunya. 

“Aril dah jumpa lelaki yang buat Aril jatuh cinta!”.

“Menarikkk! Siapaaa?”. Kartika mula tidak sabar. 

“Cuba tekaaa... dia designer!”. Hati Kartika mula berkocak. Please, please don’t tell me that......

“K!”. Goshh!! Nama itu juga..... 

“Yes, I’m in love with him...”. Saat itu dia benar-benar terkejut. Aril tak semena memeluknya. 

Dia menangis mengenangkan semuanya. Tangannya memekup muka. Hati wanitanya meronta-ronta. Alangkah baiknya jika semua ini begitu mudah untuk dilaluinya. 

The Apartment, KLCC

Dari parkir, aku berjalan melewati beberapa butik terkenal. Dah lama tak ke sini. Cepat juga KLCC ni berubah. Macam-macam dah ada sekarang. 

Tiba di The Apartment, Kartika dan beberapa orang tetamu telah pun sedia menunggu. 

"How are you darling?". Kartika segera menyambutku.  

"Good... good... am greaat! You okay? Eh, mata you bengkak...". 

"Tak cukup tidur. Biasalah...". Kartika menepis tanganku. Dia tersenyum. Malas nak bercerita kejadian semalam.

“Hmm okay. Eh, you kata kita-kita je?”. Kartika cuma sengih. 

“Relax, kita-kita lah ni. You, me and few clients. Come, I would like to introduce you to Mr. Karl Hidayat!”. 

Karl Hidayat? Hmm macam familiar....

“Karl, this is K, our best creative director in town! He's gonna be your new branding manager di Langkawi nanti. Kenalkan, K, this is Karl, Mr. Karl Hidayat, the owner of the marina and the boat house tempat yang you akan berkerja nanti.” Serius aku hampir pengsan! Tak sangka ‘majikan’ baru aku di Langkawi nanti adalah Karl. Karl Hidayat! Goshh, tak mungkin....

“Ooh, hello K! Tak sangka dapat jumpa you lagi. Kat, I kenal dia... kami dah lama kenal...”. Hidayat pantas menjabat tanganku. Nyata dia seperti teruja sebaik melihatku. Aku hanya mengangguk. Masih lagi terkejut sebenarnya. 

“Good... you guys berbual lah. I pergi tengok food kejap!”. 

“So, you’re the one - our creative and branding manager soon in Langkawi!”. Aku cuma mampu tersenyum. Gila memang tak sangka Si Hidayat ni bakal bos baru aku nanti. Memang tak sangka. Sepanjang tawaran pun Kartika tak pernah cakap apa-apa. 

"Terkejut?". Aku angguk. 

"Sorry. I yang minta Kat rahsiakan. I saw your portfolio and I rasa you paling layak. Kat pun banyak cerita pasal you kat I. Hope you sudi berkerjasama dengan I di Langkawi nanti...". 

“Err, where’s Camelia?”. Aku cuba mengalih topik perbualan. Ingat-ingat lupa sebenarnya nama that lady yang bersamanya tempohari. 

“Ooh, my fiancee! Oh, she’s busy- with work and all. Dia tak dapat hadir. It’s okay. You are here. That’s more important.” Hidayat menepuk tepi bahuku. Tangannya berhenti dan menggosok-gosok perlahan di situ. Aku agak kurang selesa.  

“Okay guys! The food is ready. Come, let’s continue your talk at the table?”. Kartika muncul tiba-tiba. Thanks, Kat! You memang penyelamat... 

Bersambung....

K.

4 comments:

Anonymous said...

I can't wait for the next episode K. Please try to find your time to post the next episode. I have been reading straight from the first episode till this very last! You are amazing. Keep it up.

Anonymous said...

mintak disambung cerita ni..plssss..!!!

Anonymous said...

xde smbgan lg ke??

Anonymous said...

smbungan??