"Kau kemaruk ye?". Aku pandang Saiful. Tiba-tiba dia terpacak di halaman. Earphone kutanggalkan.
"Apasal?".
"Tuuu.... basuh keta ke cuci longkang?". Aku termalu sendiri. Tak sedar hos aku halakan ke longkang.
"Longkang tu... kotor sangat, aku jiruslah!". Saja nak cover malu.
"Sudah. Aku kenal kau. Hadi ke Aril ni?". Ish, mamat ni macam psikik lah!
"Dedua takde dalam senarai. Hmm... yang kau ni bersiap lelawa ni nak ke mana?". Ubah topik!
"Ada movie launching kat Curve. Filem baru Hussein Saad. Kau tau kan?". Teringat yang Saiful ada mention pasal seram terbaru arahan pengarah terkenal tu semalam. Tapi aku tak amik port sangat. Filem Melayu ni aku kureng sikit. Gempak je lebih. Lebih-lebih kalau filem seram.
"Good luck! Have fun...".
Saiful keluar. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Hmmm... hari minggu macam ni, selalunya aku lebih suka lepak rumah je. Malas nak keluar memana. Teringat ada few artwork yang perlu aku bereskan. Paperwork untuk iklan bulan depan tak siap lagi. Itu projek penting. Cik Kartika memang harapkan aku. Marketing plan memang aku yang handle selalunya walaupun title sebenar aku adalah Art Director.
"Assalamualaikumm...". Baru je aku nak masuk ke rumah ada orang datang memberi salam. Aku menjenguk seketika.
Aril?
"Err... alaikummussallam........". Aku pantas ke gate. Tergamam aku melihat Aril tiba-tiba muncul. Badannya separuh basah berpeluh. Baru habis jogging, tekaku.
"Err... macam mana awak tahu rumah saya?".
"Senang je. Kebetulan rumah family saya tak jauh dari rumah awak. Auntie saya kan peminat nombor satu Saiful. Sebab tu saya tahu." Terang Aril panjang lebar. Aku hanya mengangguk.
"Oohh... masuklah". Aril pantas menurut. Kami beriringan ke dalam.
"Mahu shower?".
"Boleh juga. Awak kisah?". Hahaha! Tidak sayangg... ops!
"Nah towel. Pergilah- bilik air kat tepi sana tu. Atau awak boleh pakai hot shower di bilik saya kat tingkat atas."
"It's okay. Saya pakai bilik air bawah ni je. Thanks!".
Lima belas minit berlalu. Aku sibuk membuat minuman di dapur. Tiba-tiba ada satu tangan memeluk dari belakang.
"Shhhh.... jangan bergerak." Aku gamam. Aril semakin kejap memelukku. Tanganku ditariknya ke dada. Terasa hangat dadanya menyentuh belakangku. Lama kami begitu.
"Err, hot chocolate. Jom minum dulu...". Aku cuba meleraikan pelukannya. Aril melepaskan. Kami ke ruang tamu.
"Tunggu...", Aril mulai menarik tanganku kembali. Langkahku terhenti.
"Just one kiss...". Dia merapat. Membenamkan bibir tipisnya ke wajahku. Saat yang sukar aku gambarkan. Aku lemas dengan rangkulan Aril.
Saat itu aku lupa jurang usia kami jauh berbeza.
Aku juga lupa Aril hanyalah remaja kolej dan intern di tempatku berkerja. Aril bijak menundukkan aku. Godaannya hebat. Dengan batang tubuhnya yang kekar (aku pasti jogging dan bersenam membuat tubuhnya kental), Aril pantas membuat aku hampir terkulai di sofa.
"Wait, waitt... Aril, stopp.... I need to go shower first. Baru habis cuci kereta tadi. Smelly!". Aku mula mengundur. Cepat-cepat aku menarik kembali t-shirt yang hampir terlucut. Aku harap dengan alasan itu Aril berhenti menggoda.
"I don't mind. You smells good to me."
"No, wait. I mandi dulu k. You lepak la jap. Nanti I bawakkan shirt for you." Aku terus ke tingkat atas.
Sungguh aku sendiri pun tak dapat nak fikir apa yang sedang berlaku sekarang. Kebetulankah? Aril muncul tiba-tiba di depan rumah, aku menawarkan dia shower dan tadi, tadi hampir sahaja aku dan dia... hmmm- ooh!
Semuanya bagaikan kilat. Terlalu pantas.
Aku meletakkan phone di meja. Baju kutanggalkan. Melihat-lihat sendiri badanku di cermin besar, tinggi lampai, jelas otot-otot hasil senamku di gym. Kulit kuning langsat, aku bertuah barangkali kerana mamaku berdarah campuran Melayu-Siam, sembilan puluh persen wajahku mengikut raut mama membuatkan gelaran "jambu" melekat padaku bertahun-tahun dari zaman sekolah hingga kolej.
Aku urai rambut yang sedikit ikal, aku biarkan dengan potongan panjang sedikit mencecah bahu. Aku selesa begitu. Kasual ala gaya orang seni.
Aku ikat towel, masuk ke bilik air.
"Tuk! Tuk!".
Aku perlahankan bukaan paip. Air terus menyiram.
"Boleh saya masuk?". Tak sempat aku berkata apa-apa, Aril telah pun menyertaiku. Aku hanya membatu. Menegah tidak, merelakan pun tidak.
"Saya serius pasal malam tadi...". Gulp.
"Saya mahu awak, K. Sudikah awak jadi milik saya?". Aril bisik ke telingaku, perlahan dia turun melutut. Tidak sedar hampir sejam kami kebasahan di bilik air.
"Tapi....".
"Shhh.... takde tapi. Saya tahu apa awak nak cakap. Saya tak kisah. Awak milik saya...". Aril ulang lagi kata-katanya. Aku pejam mata. Saat ini aku sendiri tidak pasti adakah aku benar-benar mahukan Aril. Bohong jika kukatakan mataku tidak terkalih sedikit pun saat kali pertama menatap wajahnya. Aril kacak. Bibir tipisnya itu paling kusuka. Seksi dan giur.
"Why?".
"Err, why what?".
"Awak diam...".
"Oh...".
"You okay...?".
"Saya sejuk. Jom masuk. Kita baring...".
Aku cuba leraikan pelukan Aril. Tanganku mencapai towel.
"Tak suka?". Soal Aril perlahan sebaik kami berbaring sama-sama. Aku tenung wajahnya. Wajah keanak-anakkan. Ah, kau terlalu muda Ril...
Aku letak jari-jemariku di bibirnya. Kukuis-kuis perlahan. Aril senyum. Ah, tambah kacak. Dia mula menciumku lagi. Entah berapa kali bibirku jadi mangsanya.
"Awak buat saya jatuh hati...", Aril mengulas lembut pipiku. Aku senyum. Tak semena, wajah Hadi mula menyinggah.
"Mahu makan? Jom keluar...". Ujarku memegang perut tanda lapar. Saja mencari alasan.
"Ke mana?".
"Ke bulan, ke bintang....". Aril macam terpinga-pinga. Aku capai kunci, wallet. Sungguh! Saat ini entah mengapa aku sangat rindukan Hadi!
Oh, maafkan aku, Aril......
Bersambung.....
K.
0 comments:
Post a Comment