Tuesday, November 3, 2009

Episod 10 : Di Gamit Memori


Aku membuka mata. Ada rasa dingin yang membara. Ada tangan kekar memelukku.

"Sejuk?". Sekelumit Hadi tersenyum buat aku terkebil-kebil.

Hadi terus merangkul, merapatkan tubuh hangatnya ke pangkuanku. Aku selesa begitu. Terasa dinginku berkurang. Aku kejap mata. Terasa ingin kumatikan momen itu lumat-lumat.

"I miss you...". Seketika terlahir dari bibir tipisnya. Mataku mencerah. Cuba merenungnya dalam-dalam.

"Benar?". Namun kubiarkan soalan itu di dalam hati. Aku tersipu. Sejenak dia mengelus bibirku, lalu mengucup perlahan. Aku membiarkan. Lama kami begitu. Aku cuba merakam saat-saat indah itu. Tenang.

"Thanks...". Hanya itu yang mampu kuluahkan. Kepalaku pijar. Masih terkesan dek penangan alkohol semalam.

"For what?". Hadi menguis telingaku penuh manja. Geli.

"For last night, kerana temankan I menari...". Hadi mengucup lagi dahiku.

"Anytime, for you babe...". Tangannya mula menjalar. Hadi mula merapati tubuhku.

**********

Kuala Lumpur.

Saiful merengus. Dah dekat setengah jam Syed Azlan menghalang keretanya. Mati aku kena marah dengan produser. Tak pasal-pasal kena cop pelakon baru tak berdisiplin.

"Lan, kau nak apa lagi? Kan aku dah cakap, aku tak tau mana dia pergi? Cepat alihkan kereta kau. Aku dah lambat!". Dia geram bila Syed Azlan cuba menghadang keretanya keluar. Hampir Saiful menjerit naik angin, namun dia cuba bersabar. Malu dek jiran-jiran yang mendengar nanti.

"Pul... pls la Pul... bagitau la, mana dia pergi? Aku nak cari dia!".

"Aku dah kata, aku tak tahu- plus buat apa kau nak dia lagi? Dah sah-sah kau sendiri pun nampak apa yang berlaku malam tu?!".

"Aaahh, aku tak kisah Pul. Aku tahu K cuma nak balas dendam. Aku yang salah Pul... please la Pul... bagitau aku. Sekali ni je Pul aku merayu dengan kau...".

Syed Azlan mendegus macam orang hilang akal. Saiful mula serba-salah.

"Lan... camnilah. Kau balik dulu. Aku dah lambat ni ada shooting. Aku cuba bercakap ngan K dulu. Nanti tengahari aku call kau k?". Syed Azlan mengeluh.

Hampir putus asa dia merayu Saiful.

Saiful bergegas masuk ke kereta. Dia kembali menghidupkan enjin.

"Aku call kau, jangan risau!", ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Syed Azlan.

Syed Azlan- kenapa K? Kenapa?? Kenapa kau buat aku macam ni!! Ah, aku sengsara tanpa kau sayang.....

**********

Butang kemeja kutanggalkan satu-persatu. Aku ke bilik air. Melihat-lihat sendiri wajahku di cermin. Ada kumis nipis yang sengaja kubiarkan tumbuh. Sesekali begitu tampak kelelakianku. Ramai cakap wajahku sedikit kebudak-budakkan, tak kurang yang sering memanggilku jambu waktu di kolej dulu. Aku tersenyum. Rambut kuseka perlahan. Buka paip, cuci muka. Segar!

"Sayang, it's me... you okay? Call me back. Miss you." Aku mendengus.

Entah kali ke berapa voicemail dari Syed Azlan itu kumainkan. Yang pasti aku juga amat merinduinya.

Seakan terasa bibir tipis Syed Azlan mengucup basah keningku, seketika dia beralih ke telinga... bibir... dan... tiba-tiba ah, wajah Shamir memotong. Shamir pantas merangkuliku. Rakus dan kejap.

Aku cepat-cepat mematikan phone. Khayalanku mati di situ.

Teringat temujanji dengan Hadi dan keluarganya di kediaman mereka di Bukit Jambul malam nanti. Aku melihat jam. Ada tak sampai sejam lagi untuk bersiap. Aku membongkar beg. Ada jeans Calvin Klein dan t-shirt Zara. Ah, kira okaylah. Aku lebih selesa ringkas-ringkas. Tak banyak baju fancy yang kubawa lagipun. Bukan plan nak berjalan. Cuma berehat-rehat je. Lainlah pompuan nak kena pakai lawa-lawa. Heh!

Ikutkan aku nak mengelak, tapi beriya-iya Hadi mengajak.

"Please... ulangtahun perkahwinan mummy dan daddy I. You have to come. I nak kenalkan you pada my family."

Tepat jam 7.30 malam, Hadi telah sedia menungguku di lobi hotel. Dari jauh, dia tersenyum sebaik melihat aku muncul. Aku menapak ke arahnya.

"Sory, dah lama tunggu?".

"It's okay. I pun baru je sampai."

"Dah sedia?". Haha! Aku tergelak.

"Dah. Dah sedia bawa saya ke rumah keluarga awak?".

"Well, it's nice to have you around my family. Hazim dan bebudak lain pun sukakan awak. Dari pagi mereka warning saya, make sure Uncle K datang malam ni....", ujar Hadi bersungguh. Kata-katanya buat kami masing-masing tergelak kecil.

Hazim yang paling tua, juga paling petah bercakap. Dari hari pertama mengenalinya, Hazim sudah mesra denganku.

**********

"Uncle, tolong!". Aku pantas berpaling. Seorang anak kecil pantas memintaku menerbangkan layang-layang. Aku bingkas.

"Boleh, berdiri di situ." Ujarku, memberi arahan.

"Siapa nama?".

"Hazim. Uncle?".

"K."

"Ooo...". Hazim terlihat gembira sebaik layang-layangnya bebas mencecah udara.

**********

Merapati kanak-kanak bukanlah sesuatu yang sukar buatku. Mungkin naluri semulajadiku yang sukakan budak-budak memudahkan aku untuk berkomunikasi dengan mereka.

"Kakak I, Kak Ruby kirim salam. Dia cakap terima kasih... senang kerja dia nak berehat puas-puas kat hotel. Anak-anak tak nak ajak dia keluar. Mahu keluar ngan you!". Aku cuma senyum. Berkali-kali Hadi memujiku kerana pandai mengambil hati anak-anak saudaranya. Kami menghabiskan hujung minggu melawat ke Toy Museum dan juga Bukit Bendera.

"Ooo selama ni kalau dengan orang lain, kamu semua bukan main liat lagi yer. Dah jumpa Uncle K kamu baik pula dengan dia ya. Oh, memilih juga rupa-rupanya budak-budak ni!". Hadi mengusap manja kepala Hazim, Icha dan Efi silih berganti.

"Uncle K baik. Hazim suka dia!".

"Efi pun!".

"Uncle K suka bagi coklat. Icha pun suka dia!". Aku dan Hadi serentak ketawa.

"You look handsome tonight...". Hadi bisik perlahan ke telinga. Aku senyum seraya mengikutnya ke kereta.

"Eh mana kereta you semalam?", soalku sebaik kami tiba di parkir.

"That SX4?". Aku angguk ingatkan tersalah kereta. Hadi dah pun mula menghidupkan enjin MINI.

"Inilah kereta saya. Kecil je. Semalam tu kakak saya punya. Tak muat nak bawak budak-budak tu travel. Cukup untuk kita berdua je," ujar Hadi berlucu buatku tertawa kecil. Hadi menyentuh jari-jemariku, dan tanpa disuruh, dia mencium perlahan.

"Jom?".

"Oh haha- ya ya, dah lambat sebenarnya...". Hadi mula memandu. Kereta mula meluncur laju meninggalkan Batu Ferenggi.

Bukit Jambul.

"Eh, eh Uncle K datang! Uncle K datang!".

"Hai, semua! Apa khabar?". Hazim, Efi dan Icha pantas menyambut kedatanganku dengan gembira sebaik aku dan Hadi tiba.

"Ish, budak-budak ni, kot ye pun bagilah uncle kamu tu masuk dulu-", Kak Ruby, kakak kepada Hadi membebel keluar sebaik melihat telatah anak-anaknya.

"Hah, K, masuklah! Hadi, pergi panggil daddy turun. Bagitau K dah sampai." Arah Kak Ruby.

"Mummy, kenalkan... inilah K, kawan si Hadi tu. K, ini Auntie Hamimah, mummy kitorang. Jap lagi daddy turun, Hadi dah naik panggil tu."

Aku terus menyalam tangan Auntie Hamimah tanda hormat.

"Jom ke belakang. Semua family dah tunggu awak!". Sedikit kaget, aku membontoti Kak Ruby ke laman belakang.

Wah, boleh tahan ramainya keluarga Hadi. Tak sangka pula mereka menganjurkan family gathering macam ni. Ada yang tengah membakar BBQ, ada yang duduk berbual-bual, tak kurang yang sedang menyusun dan menyiapkan hidangan.

Seorang demi seorang Kak Ruby perkenalkan ahli keluarganya kepada aku.

Tiba-tiba...

"K?". Aku paling. Kaget seketika. Serasa seperti mahu rebah melihat Amira terpaku di depan. Perutnya membunting, ada seorang lelaki mat saleh di sebelah.

"Amiraa!".

"K!! Jadi betullah awak!! What a small world..!!", Amira hampir-hampir mendakapku, namun aku membuat isyarat jari menunjuk ke arah perutnya dan lelaki mat saleh di sebelahnya.

"Oh! Haha- sorry, this is Alvin, suami Mira. Dah setahun kami bernikah. Alvin sweety, this is my old friend, K- my long lost friend! OMG!! What happened to you? K, you dah banyak berubah!".  Nyata  Amira teruja memperkenalkan aku kepada suaminya. Matanya tak berkedip memandangku.

"Oh, kamu kenal Amira ya? Dia ni sepupu Kak Ruby, sepupu si Hadi juga," celah Kak Ruby tiba-tiba.  Dia senyum memandang ke arah kami.

Aku geleng tidak percaya. Duh, pusing-pusing ke situ juga. Kecilnya dunia...

"Hadi? You kenal Hadi?", Amira menyoal. Aku angguk. Ketika itu juga Hadi muncul bersama seorang lelaki dalam lingkungan separuh abad. Daddynya kukira.

"Hadi!! You kenal my old friend ni tapi tak pernah mention to me?? How dare you?". Amira buat-buat bercekak pinggang. Mulutnya muncung memarahi Hadi.

"I like him!". Tak semena Hadi rangkul aku di depan ahli keluarganya. Satu kucupan mesra singgah di pipiku. Aku mula panik, terpinga-pinga. Kulihat Amira seperti ternganga!

"Ohh, inilah bakal 'menantu' terbaru daddy ya!", daddy Hadi mencelah. Merah padam mukaku waktu itu.

"K, kenalkan ini daddy I, Uncle Hussien. Anak jati Pulau Pinang. Idola I." Sempat Hadi bergurau. Uncle Hussein mengelak huluran tanganku, sebaliknya dia pantas memelukku kejap.

"Bagus... baguss... semalam kanak-kanak tak putus-putus bercerita hal kamu waktu keluar jalan-jalan. Baguss...", ujar Uncle Hussein sambil menepuk-nepuk belakangku.

Buat beberapa saat aku seperti kebingungan. Aku lihat sekeliling, Auntie Hamimah sporting memandangku, begitu juga Kak Ruby. Cuma Amira sahaja kelihatan seperti gelisah. Wajahnya seakan protes dengan tindakan Hadi tadi.

Amira Natasya Bt. Datuk Yu...

Entah kenapa aku seperti jijik mahu menyebut nama papanya. Hampir tiga tahun sebenarnya aku cuba melupakan kisah silam- kenangan aku dan Amira, cerita Iskandar... selain titik-titik hitam antara aku dan datuk.

Itu antara beberapa episod lara yang sudah kulumat jauh-jauh. Dan kini, wajah mungil putih itu menjelma kembali. Biarpun Amira kini berbadan dua, kondisinya, dia masih Amira yang serupa. Takdir hatinya pernah terpasak terhadapku suatu ketika dulu.

"K, awak okay?". Tegur Hadi lembut. Aku tersentak. Aku memandangnya tanpa berkedip.

"Sorry. Saya cuma terkejut."

"Kenapa?". Aku diam seketika, membiarkan soalan itu tidak berjawab. Hadi memandangku dengan gusar.

"Maaf, saya ada menyinggung perasaan awak?". Aku hanya membatu. Wajah Amira dan Hadi bersilih ganti.

Terlalu awal untuk semua-semua ini. Ah terlalu lewat untuk menyesal. Kalau bukan kerana menghormati jemputan Hadi dan keluarganya, sudah lama aku tinggalkan tempat ini.

"Awak marah saya peluk depan daddy dan mummy tadi?". Aku renung Hadi seraya menggeleng perlahan.

"Mana Amira?". Ujarku mengubah topik perbualan. Mataku buat-buat mencari kelibat Amira.

"Mira ke belakang, dengan Kak Ruby. Wait... ada sesuatu ke yang perlu saya tahu?". Aku geleng. Kesian Hadi. Tak pasal-pasal aku buat dia gelisah.

"Hmmm... jom makan. Saya tahu awak lapar. Kita join daddy dan mummy nak?". Aku senyum seraya mengikut Hadi perlahan.

Nyata tujuan asalku ke sini dah berubah sama sekali. Saiful benar, kalau kita sering lari dari masalah, tak mustahil lebih banyak masalah lain pula yang akan timbul.

Waktu ini aku buntu. Tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Mahu saja aku berlari keluar!

K.



Tuesday, December 23, 2008

Episod 9 : Cinta Yang Tidak Diundang

Kakiku masih membasah di gigi air. Aku selesa begitu. Hampir dua jam aku di sini. Sesekali menyeka rambut yang mengirai ditiup angin. Melayan deruan ombak silih berganti, membuat fikiranku hanyut dan tenang.

Puas berteleku aku kalih mendongak langit. Remangnya indah. Saat ini, aku masih dikira bertuah, punya kesempatan untuk mencanai kembali serpihan-serpihan hidup yang dilalui.

Sesekali hatiku tercuit melihat sekumpulan kanak-kanak berlari keriangan. Ah, senja-senja begini mereka masih leka berkejar ke sana-ke mari. Ah, bagusnya begitu. Betapa kalian bertuah, bebas tanpa masalah, desis hatiku pada diri sendiri.

"Uncle, tolong!". Aku pantas berpaling. Seorang anak kecil pantas memintaku menerbangkan layang-layang. Aku bingkas.

"Boleh, berdiri di situ." Ujarku, memberi arahan.

"Siapa nama?".

"Hazim. Uncle?".

"K."

"Ooo...". Hazim terlihat gembira sebaik layang-layangnya bebas mencecah udara.

"Terima kasih!", tak semena, satu suara mencuitku dari belakang. Aku toleh. Seorang lelaki tampan berdiri tersenyum di depanku. Ah, kacak, wajahnya iras berdarah campuran cina, buatku terkaget seketika.

"Maaf, itu anak saudara saya. Dari tadi kami cari dia. Dekat sini rupanya."

"Oh- maaf. Saya cuma membantunya-".

"Tak apa. Saya Hadi. Awak?". Hadi pantas menghulur salam.

"Err, K. Panggil sahaja K." Ujarku membalas.

"K?".

"Ya- K sahaja.."

"Oh, ok. Sering ke mari?". Aku geleng.

"Pertama kali. Saja nak amik angin, tengok pemandangan."

"K tentu bukan orang sini, bukan?". Aku teragak-agak sebelum menggeleng perlahan.

"Dari KL ya?". Aku angguk.

"Seorang sahaja?". Aku senyum. Mamat ni dah macam polis pulak soal aku macam-macam.

"Maaf, saya fikir K tidak senang saya menyoal...".

"Saya kena pergi," ujarku, tiba-tiba.

"Cepatnya! Tak nak borak-borak dulu?". Sekali lagi aku menggeleng.

"Dah senja. Saya kena pergi sekarang. Jumpa lagi!".

Aku segera bangun meninggalkan Hadi terkebil-kebil di situ. Sumpah aku tidak mahu memulakan apa-apa. Tidak buat masa ini.

Tiba di lobi hotel, telefon bimbitku berdering.

Aku menata skrin. AM!

"Hello...".

"Hey, apa cerita nih- abang dengar kamu kat Penang ya. Kenapa tiba-tiba?".

"Saja bercuti. Saiful bagitau?".

"Nope. Abang call K kat ofis. Yelah susah sangat nak jumpa awak sekarang. Ada hal sebenarnya tapi takpe la since awak kat Penang. Berapa lama cuti nih?".

"Err, belum tahu- seminggu, mungkin?". Aku teragak-agak memberitahu AM hal sebenar.

"Hmm... lama tuh. Apahal sebenarnya nih? Kamu okay?".

"Ya, ya, okay. Abang sihat?". Sengaja aku mengubah topik perbualan.

"Hmm... sihat. Macam biasa. Kamu? Lain macam je suara. Mesti ada apa-apa ni. Mahu kongsi?".

"Eh, tak, tak, I'm good. K okay kat sini. In fact saja amik cuti, nak release tension. Kepala dah beku." Ujarku berdalih. Malas bersoal-lanjut.

"Hmm.. okay lah. I'll talk to you soon then. Jaga diri." Klik!

Talian termati. Belum masanya aku beritahu AM tentang apa yang terjadi. Lagipun aku malas nak kusutkan lagi fikiran.

Tiba di bilik, aku menghempaskan dirik ke katil. Bosan. Teringat mamat tadi yang aku jumpa di pantai, ah siapa namanya, ya Hadi- hmmm.. not bad looking. Nasib baik aku cepat-cepat lari. Kalau tak tentu dah cair. Ah, lagipun belum tentu dia pun sama. Macam normal je aku tengok. Hmm.

Aku ambil novel karya Paulo Coelho di tepi katil. Baru aje habis tiga halaman, aku kembali bosan. Apa nak buat malam-malam minggu begini? Jalan-jalan tepi pantai? Hmm... maunya terserempak dengan si Hadi tu tadi lagi…
Hmm, tengok live band kat lobi?
Menarik juga.
Aku bingkas mandi dan bersiap. Bau air pantai siang tadi membuatkan aku tidak selesa.
Jam hampir menujukkan ke pukul sepuluh malam. Aku turun ke lobi.

Ramai juga orang malam ni. Ada yang menikmati muzik, seperti tak kurang yang berborak sesama mereka. Mujur juga ada banyak lagu-lagu yang kusuka. Sesekali mulutku turut terkumat-kamit mengikut lirik-lirik yang disebut.

"Hai, K. Sorang aja ya?". Aku toleh. Hadi!

"Eh, you, eh Hadi- hmm.. duduklah, hmm… dari mana ni?". Hampir buat aku gelabah seketika. Tiba-tiba aje munculnya.
"Saya kat meja hujung tu tadi. Duduk ngan bebudak and my sis tadi tapi mereka dah naik tidur. Saya nampak awak sorang-sorang kat sini. Boleh join?".

"Duduklah, mm saya pun sorang je."

"Thanks." Hadi mula duduk bersebelahan denganku.
Relaks K, tenang… tenang…
"Tak sempat nak berbual panjang petang tadi. Kenapa awak lari?".

"Lari? Eh, taklah. Saya ada hal tadi, kena buat call." Dalihku. Hadi cuma senyum. Terukir senyum lesung pipitnya. Duh, handsomenya!!

"Awak ada apa-apa plan malam ni? Mahu ikut saya keluar?". Aku pandang Hadi.

"Ke mana?".
“Suka menari?”. Tak semena aku angguk!

"Okay, cool. Kita ke Momo then. It's a club actually, di Geogetown. Saya ada kawan-kawan di sana."

"Oh, okay. What time nak pegi?".

"Sekarang?".

"Hmm... okay. Saya naik dulu. Jumpa awak kat lobi lagi lima belas minit?".

"Okay, sure. I'll wait you here."

Aku cepat-cepat bangun meninggalkan Hadi. Aduh, baru pertama kali kenal dah ajak aku ke kelab pulak. Hmmm dia ajak ke Momo. Sah-sah itu tempat ramai PLU melepak. Tapi tak leh nak kata juga, ramai apa straight and girls yang pergi ke sana.

Aku mempercepatkan langkah. Lif!! Tingkat 8 pleasee....!!

Momo.

Masuk kali ni dah tigak aku ke sini. Teringat sewaktu beach party tahun lalu, Simon, temanku yang berbangsa Cina pernah muntah-muntah akibat terlebih minum.

Aku dan Hadi masuk ke bar. Kelihatan kelibat beberapa orang temannya sudah berada di situ. Ada enam orang semuanya, empat lelaki dan dua perempuan. Sah!! Mamat ni straight!

"Kenalkan, Shila... Andrian, Lucy, Hakimi, Joseph dan Man...".

"Hai... haii.... I'm K!". Ujarku tersenyum sambil bergilir menghulur salam.

"Oh ya, mereka semua ni adalah kawan-kawan saya. Saya orang sini. Kerja di sini." Oh! Mati-mati aku ingat Hadi ni juga pelancong, sama sepertiku.

"Keluarga kakak saya datang bercuti di sini. Mereka dari Kuala Lumpur. Jadi saya bawa mereka jalan-jalan. Mereka duduk di hotel sama dengan awak." Aku angguk. Suasana agak bingit, aku dengar tak dengar apa si Hadi ni cakap.

"Mahu menari?". Tanpa menunggu jawapanku, Hadi cepat-cepat tarik tanganku ke dancefloor. Rakan-rakannya bertepuk tangan. Aku kaget dan malu.

"Awak okay?". Aku angguk seraya tersenyum.

Makin lama semakin rancak aku dan Hadi menari. Muzik semakin panas, kulihat ramai juga yang mulai mabuk dan terhuyung hayang sana-sini.

Hadi tiba-tiba merangkul.

"I like you.. so muchh!". Gulpp! Dari awal aku dah mengagak. Cuma fikiranku bodoh mengatakan Hadi ni straight. Jangan bermain api, K...

"Err... err... saya nak keluar. Bau asap... sesakk!". Aku lepaskan rangkulan Hadi dan berjalan keluar. Hadi mengejar.

"K, tungguuu...". Pergelangan tanganku ditarik. Aku toleh dan berhenti.

"I'm sorry...".

"It's ok. Kita berbual di luar? I need fresh air." Kali ni Hadi memegang tanganku dengan lebih lembut. Perlahan-lahan dia tarik aku ke luar.

"One beer please!". Hadi membuat pesanan kepada salah seorang pelayan di bar luar.

"Awak, minum?".

"Err, I just need coke aje, please... thanks!".

"One coke!".

Kami duduk di bangku hujung di tepi bar. Terdapat tiga empat orang pasangan kelihatan turut menikmati minuman.

"I like you." Hadi mengulang kembali pernyataannya tadi, kali ini lebih jelas di telingaku. Tangannya menguis-nguis jari-jemariku.

Aku tatap Hadi dalam-dalam. Kenapa? Kenapa terlalu cepat semua ni berlaku?

K.

Monday, October 27, 2008

Episod 8 : Cinta Ini Membunuhku

Sebuah kereta berhenti di perkarangan. Syed Azlan mula mematikan enjin. Dia melihat kelibat Saiful menghampiri.

"Hey, Lan! Apa kau buat kat luar ni. Nape tak masuk?". Syed Azlan kaget seketika.

"Aku.. err, aku nak merokok jap tadi. Dari mana?", dia menjeling beg-beg yang dibimbit Saiful.

“Ni beg ni, tak Nampak? Shooting-lah. Kat Melaka, dua hari. Hmm.. btway sejak bila pula kau merokok?”, sinis Saiful memerli.

Syed Azlan tersipu.

"Dah, jom masuk. Sejuk kat luar memalam ni."

"Err, takpe lah Pul… aku nak amik angin jap…".

“Amik angin ke layan perasaan?”. Sekali lagi Syed Azlan terkena.

“Tapi, Pul…”.

“Dah, jangan nak tapi-tapi lagi. Jom masuk. Aku tolong kau. Jap lagi si K balik kita bincang..".

Syed Azlan tiada pilihan. Dia mula membontoti Saiful masuk.

“Ishh… apahal pulak rumah ni gelap je nih, hmmm ke mana aja la si K nih…”. Saiful memetik suis lampu. Belum pun beberapa tapak dia melangkah, matanya terbeliak tiba-tiba...

"Lan, wait, tunggu situ!”. Syed Azlan berhenti melangkah. Terkejut dengan sergahan Saiful.

Petaka!

"Kenapa, Pul?". Syed Azlan terus meluru masuk, bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

"Shhh... kau tunggu je situu! Jangan dekat!!".

"Pull, kenapaa... whatt?! K-".

Setengah jam kemudian…

"K sayang, please, apa you buat nih? Siapa lelaki tadi, cakap sayang, cakap??!". Dari tadi K cuma membatu. Lidahnya kelu. Baginya tiada apa-apa penjelasan yang harus diberikan. Semuanya jelas.

Terang-terangan Syed Azlan dah nampak apa yang berlaku antaranya dan Shamir sebentar tadi. Sedikit pun dia tidak menyesal. Hatinya puas kerana Syed Azlan dapat menyaksikan 'kecurangan' yang dilakukannya. Rasa sakit hatinya berbalas.

"K, sayang. Look, lihat sini- look at me, sayang. I love you- kenapa you sanggup buat I macam ni, kenapa sayang....".

"Sayang, pleaseee... answer me, say something- I love youu!!". Syed Azlan masih tak putus asa. Airmatanya laju menderas. Betapa jiwanya luluh melihatkan 'persembahan panas' kekasihnya tadi.

"I’m sorry Lan you harus saksikan semua tadi. Pleave leave me. Tiada apa lagi yang perlu kita bincang. Antara I dengan you, kita putus di sini sahaja. Tamat. Please, I penat. Please leave now...", ujar K merayu. Airmatanya turut menitis. Sial- sungguh dia tak sangka Syed Azlan akan meredah masuk tiba-tiba. Sial juga kerana dia terpaksa menyaksikan adegan sumbang aku dan Shamir sebentar tadi.

"Sayang, no matter what, I still love you- jangan cakap macam ni, please. Lan tak kisah... Lan maafkan sayang. Lan tetap terima...".

"No, Lan! Antara kita putus. P.U.T.U.S.!! Please leave the house now. Saiful... Kau tolong halau dia ni keluar. Aku tak nak tengok muka dia lagi-". Sungguh itu bukan kata-katanya. Shit, shitt!! Berkali-kali K mengutuk dirinya sendiri.

Shamir meluru ingin menarik K namun dihalang Syed Azlan.

"Hey, setan. Lepaskan dia- dia kekasih aku! Bangsatt!". Dushh! Satu tumbukan tepat mengenai ke muka Shamir. Dia tersungkur ke lantai. Pergelutan hampir terjadi namun sempat dihalang Saiful. Nyata Syed Azlan tidak mengawal emosinya. Hatinya benar-benar hancur malam itu.

"Sudahhh! Sudaahhh! Kau orang ni kalau nak bergaduh pergi keluar. Sudah, Lan! Kau balik dulu. kita settlekan hal ni kemudian. Dah lewat ni. Apa kata jiran-jiran. Shamir! Kau pun balik dulu. Biar aku cakap ngan K malam ni." Saiful mula menyinga.

"Lannn, stop!- aku cakap balik, balik. Besok kita settle!". Syed Azlan masih memandang Shamir penuh kebencian. Lelaki itu tidak berhak merampas K darinya.

Saiful segera menarik Syed Azlan keluar. Lebih baik dia bertindak dari pelbagai lagi perkara tak elok berlaku. Malu jika terdengar dek jiran malam-malam, lelaki dengan lelaki bergaduh gara-gara merebutkan seorang lelaki juga.

"Sabar, Lan.. sabarr... aku faham perasaan kau. Kau kena percayakan aku, biar aku bincang dengan K malam ni."

"Pul... aku cintakan dia Pul... masihh... aku sayangkan dia... aku minta maaf kalau aku dah sakitkan hatinya, tapi aku benar-benar tak dapat hidup tanpanya, Pul... tolonglah-".

"Ya, ya… aku tahu. Nanti aku cuba cakap dengannya ok. Kau balik la dulu. Hati-hati memandu. Fikiran kau kusut. Call aku dah sampai nanti."

Saiful memerhati sehingga kelibat kereta Syed Azlan hilang dari pandangan. Rasa sesal pun ada kerana beriya-iya mengajak Syed Azlan masuk ke rumah tadi. Jika tidak, perkara ini takkan terjadi.

"Pul, maaf ya!". K bungkam. Dia tidak tahu lagi apa yang harus dicakapkan. Shamir masih lagi duduk di sofa. Matanya bengkak gara-gara terkena penumbuk Syed Azlan tadi.

“Nah, ais…”. Hulur Saiful. Shamir teragak-agak mengambil.

"Sedapp? Buat lagi-". Perli Saiful.

"Pul... Tolonglah aku-".

"Sendiri buat, sendiri tanggung-".

"Pul, sini. Aku nak cakap dengan kau, “ gamit Shamir perlahan. Sesekali dia mengaduh bila K menyapu-nyapu ais di mukanya.

"Korang kena serius. Aku tak nak benda-benda macam ni berlaku lagi di rumah ni."

"Pul, duduk. Kita bincang,” ujar Shamir lembut, sekali lagi dia memujuk. Air mukanya kelihatan tenang.

"Aku bukan apa. Serba-salah. Kau-Syed Azlan, dua-dua kawan, K sepupu aku…".

"Takpe, pul. Aku yang patut minta maaf. Perkara ini tak sepatutnya berlaku. Bukan salah K, aku yang silap kerana menggoda dia." Shamir diam seketika sebelum menyambung ayatnya kembali.

"Aku serius, Pul nak amik dia sebagai kekasihku. Kali ini aku harus jujur pada diri sendiri. Aku benar-benar sayangkan dia. Aku tak nak hilang K lagi. Aku akan jaga dia Pul...". Benar-benar dia cuba meyakinkan Saiful. Tangannya tak putus mengusap K penuh kasih-sayang.

Aku tersentuh. Terharu mendengar kata-kata Shamir. Kali pertama dia berani meluahkan begitu, lebih-lebih di hadapan Saiful.

"Kau percaya aku sekarang?".

"Soalan itu kau harus tanya K, bukan aku...". Shamir pandang K.

"Kau percaya aku, sayang?". Aku tunduk. Biarpun aku hampir yakin dengan kata-katanya, namun jauh di sudut hati, masih wujud sedikit ruang untuk Syed Azlan.

Betapa aku bungkam seketika. Cinta ini terlalu membunuhku. Membuatkan aku keliru.

"Hmmm. Aku penat. Kau baliklah dulu ya. Nanti aku call."

Wajah Shamir bertukar hampa.

"Ok, maafkan aku. Aku tak niat nak memaksa kau. Tapi sekurang-kurangnya kau berilah aku ruang untuk kembali mencintai kau...".

Hampir seminggu berlalu. Baik Shamir mahupun Syed Azlan, K cuba mengelakkan dari menghubungi apatah lagi berjumpa dengan kedua-duanya. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya kebelakangan ini. Terlalu banyak yang berselirat.

“Woii, braderrr… moyok je kau aku tengok dua tiga menjak nih. Amik je la cuti, pi berehat memana… rehat sikit pala otak tu… hilangkan stress!”. Usul Epa tiba-tiba. Aku pandang Epa.

Ya tak ya. Bercuti. Hmm… bagus cadangan Epa. Aku mula senyum.

“Thanks Epa!”. Aku bingkas bangun dari kerusi. Epa hairan melihat perubahan sikapku.

“Hormon ke?”.

Aku tinggalkan Epa. Ya, aku perlukan ketenangan. Pantas aku segera mendapatkan Jue.

"Jue, bisa kau luluskan cuti aku?".

"Cuti? Berapa hari kau nak?".

"3 bulan?".

"Mak aiihh… tiga bulan??”. Hampir tersedak Jue yang sedang menguyah biskut di mejanya.

“Haha, aku gurau aje lah. Hmm… tiga minggu?”.

"Hmmm… apa aku nak bagitau Puan Kartika nanti??". Sambung Jue agak gelabah. Mukanya berkerut.

“Alah, kau cakap je aku masuk wad gila-".

"Hey, seriuslah-".

"Aku perlu rehat. Macam-macam hal berlaku lately. Nanti aku hubungi puan kemudian. Kau tolong ya!".

"Ya, ya ok- aku cuba. Tak janji tau. Kau faham-fahamlah puan tu. Angin semacam-".

"Thanks, jue. Aku tahu kau sayang aku! Hik."

"Eeiii... pleaseeee...".

K nekad. Habis mengemas beberapa helai baju, dia ke bilik air untuk mencuci muka. Handphone berdering. Tergesa-gesa juga dia menjawab panggilan.

"Hey, sorry aku baru baca mesej kau. Tak sempat nak reply tadi. Kau pasti nak ke Pulau Pinang?". Kedengaran suara Saiful dari hujung gagang. Aku pantas melekatkan Bluetooth di telinga.

"Yup!".

"Bila?".

"Flight malam ni. Puan kartika dah luluskan cuti aku."

"Berapa lama?".

"Tiga minggu-".

"Wah, lama! Apa kau nak buat kat sana?".

"Berehat, tenangkan fikiran."

"Kau serius ke ni? Nape tak bagitau awal-awal? Aku shooting sampai rabu depan-". Geram juga dia kerana tidak diberitahu awal-awal. Pelik pun ada kadang fikirkan perangai si K ni. Sepupunya ini tak pernah nak berubah, dari kecil lagi susah nak jangka tindakannya.

"Okay good luck then! Apa-apa update aku ya!”.

"Okay, Pul- thanks. Ciao!". Klik!

K.

Monday, July 28, 2008

Episod. 7 : Aku Yang Tertewas


gila!

hanya itu perkataan yang mampu difikirkan. mengingatkan kejadian semalam- dushh, bagaimana aku begini bodoh! syed azlan yang kusangka lurus dan baik itupun boleh menipuku. memang kuala lumpur ketandusan lelaki yang baik-baik barangkali.

"hey, kau okay?". shamir mengelus rambutku perlahan. dia duduk di tepi.

lama kami membatu.

"makan? nanti sejuk...". aku lihat shamir telah pun mengambil sekeping sandwich lalu disuapkan kearahku.

"ngangaa!". aku menurut perintah. dah lama kami tak macam ni. aku hampir tergelak namun cuba kutahan.

"aku suka bila kau happy camni." ujar shamir tak semena. aku ralit menguyah roti. sedapp!

"thankss...".

"you're most welcome."

"kau papah aku semalam?". shamir angguk.

"nasib baik ada saiful dan jimmy. kau berat tahu!". aku sengih.

perlahan aku rangkul shamir, erat, seakan tak mahu melepaskan.

seminggu berlalu.

"sayang, please i nak jumpa you!". klik! aku mematikan phone. jelak mendengar rayuan syed azlan berkali-kali menelefonku. syed azlan tak putus asa. dia ke ofis K di bangsar.

"maaf encik syed, encik K keluar. dia ke ofis klien." tegas jue. awal-awal lagi aku dah pesan kat jue, setiausaha pejabat.

"please, jue! saya tahu K ada kat dalam. saya cuma nak jumpa dia, sekejap je!". jue gelisah. dia buat-buat mendail telefon. seketika kemudian keluar syarifah tercegat kat lobi.

"apahal? cari siapa?".

"saya syed, errr, syed azlan. kawan K. boleh saya jumpa dia?".

"macam ni la encik ya, K keluar. tak tau pukul berapa dia balik. jadi saya mintak encik tinggal je pesan kat cik jue kita nih. nanti saya pasti encik K akan contact encik balik."

syed azlan mendengus. nampak dia kecewa. sangkanya dia dapat bertemu dan memperjelaskan apa yang berlaku.

"macam mana, epa? dah balik?". aku pantas mendapatkan syarifah sebaik dia kembali ke tempat duduk.

"dah. semua set!!".

aku menarik nafas lega. sebolehnya aku cuba mengelakkan dari bertemu syed azlan. ntah lah. hati aku masih berbelah-bagi sebenarnya. padaku sebarang penjelasan tidak akan merubah apa-apa. bukan pertama kali aku diperlakukan begini.

"kau okay?". aku pandang syarifah sebelum mengangguk laju.

"ok, ok!", kataku berkali-kali.

********

balik dari kerja, aku lepak sorang-sorang kat umah. selesai mandi, aku turun mengadap tv kat tingkat bawah. berkali-kali channel di astro kutukar. satu pun takder rancangan yang menarik. aku ke dapur, lapar pula tetiba. hmmm... malas nak masak, aku membuat milo dan mengocoh-ngocoh sendiri. tiba-tiba loceng berbunyi.

"duhh, siapa pulak datang malam-malam ni!". aku tinggalkan milo yang belum siap dibancuh.

"krriitttt....".

"cominggg... waitt...".

"siapaa...".

"ohh..!". hampir terperanjat aku. shamir berdiri sambil membawa dua plastik berisi makanan.

"thai-food. kau suka kan?". aku tersengih. ah, macam tau-tau je.

"masuklah!".

"maaf datang tak bagitau. aku dari ofis klien tadi. langsung terasa nak singgah ke sini. aku tau kau belum makan."

aku mengambil makanan dari tangan shamir.

"terima kasih!".

"untuk kau...".

aku ke dapur sementara shamir lepak di luar.

tak sampai lima minit, aku memanggilnya semula.

"kita makan? aku dah sediakan food."

"okay." shamir akur. kami ke meja makan bersama-sama.

"rajin kau beli ya! sedappp..".

"kat restoran yang kau selalu pegi dulu tu. di bukit bintang."

aku angguk. tak sangka shamir masih ingat restoran thai kegemaranku.

habis makan, kami ke ruang tamu.

"minum? aku buatkan kopi?".

"boleh juga. kurang gula ya- kau tahu bukan?". aku angguk, pantas berlalu ke dapur.

setapak.

syed azlan memandu penuh hati-hati. dia nekad. dia harus bertemu K malam ini juga. dia akan meminta maaf, melutut, merayu, ah apa sahaja- asalkan hubungan mereka kembali pulih seperti sedia-kala. paling penting dia dah pun tinggalkan indra.

indra, yang juga merupakan kekasihnya- maaf! pembetulan, bekas kekasih.

hampir tujuh tahun mereka bersama. dia mengenali indra sejak mereka menuntut di luar negara bersama-sama. indra adalah lelaki pertama yang dicintainya.

namun, kira-kira setahun yang lalu, indra telah memutuskan hubungan mereka.

"i mahu kahwin. family desak i...".

"tapi, you dah janji. kita sehidup-semati, ind...".

"i tahu, tapi father dan mother i dah tanya berkali-kali. mereka dah risik seorang gadis. hujung bulan nanti mereka nak masuk meminang...".

"secepat itu?". syed azlan bungkam. dia hampir tak tentu arah seketika.

"kenapa ind, kenapaa???".

"maafkan, ind sayang! maafkan indd...".

syed azlan menyeka airmatanya. tak hiraukan hujan yang turun renyai-renyai, dia teruskan pemanduan. saat ini, dihatinya cuma satu. mahu memperjelaskan segala-galanya kepada K....

"K, i masih cintakan you...".

"maafkan, lan sayang. malam itu hanya satu kesilapan...". berkali-kali syed azlan salahkan diri sendiri. dia tak patut bertemu indra kembali.

"i dah bercerai, lan. i dah bercerai... kami tak serasi."

*******

"coffee?". shamir memandangku, tak berkedip.

"kenapa kau pandang aku macam tu?".

"kau comel, kacak. masih seperti dulu." shamir menggenggam erat jari-jemariku. kopi diletakkan ke tepi.

"mari sini, rapat kesisiku." aku tergelak. tiba-tiba shamir jadi begitu romantis.

"kau demam ya?".

"i miss you...". kali ini shamir telah benar-benar menarikku ke pangkuannya. aku seakan rebah, luruh ke hatinya.

"K, i want you sayang... dah lama aku impikan saat-saat ini...". aku diam, membatu. otakku berperang. antara perasaanku yang mula memuncak dan menginginkan shamir, aku masih dibaluti rasa bersalah terhadap syed azlan.

"lupakan dia, dia curang padamu. aku bisa menggantikan tempatnya. aku.. akuuu cintakan kau, K!".

kali ini aku benar-benar tewas. shamir pandai memainkan peranan. aku lemas dalam pelukannya!

K.

Monday, July 14, 2008

Episod. 6 : Kau Ku Cinta

"mana kau pergi? lambat balik...". tegur saiful sebaik aku melangkah masuk ke rumah. jimmy duduk merangkul di sebelah.

"makan...".

"sama syed? dia dah contact kau ke?". aku geleng.

"habis? kau keluar ngan sapa?". saiful mula kepoh. aku melabuhkan punggung ke sofa. kancing kemeja ku lepaskan satu-persatu.

"hey, ceritalah! dengan siapa kau keluar?".

"shamir.." ringkas nama itu terpacul keluar.

"sham- what? shamirr??".

"kami keluar makan aje lah. takde apa-apa."

"mana leh takde apa-apa. dia masih syok kat kau tau tak!".

"aku tahu...".

"then?".

ah, aku keliru!

hampir dua minggu berlalu. aku masih belum terima apa-apa khabar dari syed azlan. semakin tak keruan jadinya. aku buntu. tak tahu ikhtiar apa lagi yang harus aku lakukan. terfikir juga untuk ke rumah keluarganya di kajang. hmm... terfikir-fikir juga. kenapa tidak?

syed azlan pernah beberapa kali membawaku ke sana dulu sebelum arwah ibunya meninggal.

"mereka ok ke ni sayang? i segan lah...". syed azlan tersenyum di sebelah.

"okkk.... jangan risau. papa dan mama lan orang baik-baik. buat macam biasa je. mama dah banyak kali tanya lan bila nak ajak K datang rumah. mama lan pandai masak tau!". kata-kata syed azlan melegakan aku. pertama kali aku dibawa ke rumah kedua orang tuanya.

banglo mewah di kawasan perumahan elit di daerah kajang itu hanya dihuni oleh ayah dan ibunya sahaja. syed azlan anak tunggal. meskipun mempunyai kediaman sendiri di bandar, masanya banyak dihabiskan di situ lebih-lebih sejak arwah ibunya, datin rupawan meninggal. profesor syed akil, ayah syed azlan juga sering jatuh sakit sejak kebelakangan ini. itu antara sebab mengapa dia membatalkan rancangan untuk membawaku berhijrah ke Germany.

"maafkan i...".

"hey, it's ok. jangan cakap macam tu. your mom kan baru je meninggal. ayah you pun tengah kan sakit. tak elok tinggalkan dia. kita masih ada peluang. mana tau, ada rezeki lagi nanti...".

"i janji. lepas ayah sembuh, kita pergi ya. i nak tinggal dengan you di sana selama-lamanya."

"lan...".

"lan serius sayang...".

"i tahu...".

"K tak percaya ya?".

"lan... bukan macam tu. kita jaga ayah dulu kay. apa-apa pun itu keutamaan awak sekarang."

"assalamualaikum!".

"waalaikumussallam... eh, K! aunty ingatkan siapa tadi. tak cam kereta kamu. jemput masuk!". puan mazni, ibu saudara syed azlan datang menyambutku. puan mazni adalah adik kepada professor syed akil, beliaulah yang kini menjaga makan-minum abangnya itu.

"maaf, aunty. K datang tak bagitau. kebetulan lalu kawasan ni tadi...". dari semalam aku memikirkan alasan, kukira itulah paling logik.

"alah, kalau dah lalu tu, apa salahnya singgah... masuk K, masuk...".

puan mazni masih seperti mula-mula menyambutku dulu, sewaktu arwah ibu syed azlan masih hidup. sama seperti kakak iparnya, ramahnya tak kurang.

"hah, kebetulan aunty ada suruh kak rosnah kamu tu masakkan bubur kacang tadi. K suka kan? tunggu ya, aunty ke dapur sekejap."

aku angguk. membiarkan puan mazni berlalu.

"kamu dari mana ni? lama tak datang ya...". tak lama, puan mazni muncul kembali diiring kak rosnah, pembantu rumah yang membawa hidangan minum petang.

"sibuk sikit aunty. banyak kerja kat ofis...".

"hah, muda-muda ni lah nak cari duit yer tak...".

"eh, prof mana aunty? tak nampak pun...".

"prof kamu tu ada kat dalam nu hah. tak sihat. dah dua hari demam. baik aja si syed ke bangkok minggu lepas, dia terus tak lalu makan. dah puas aunty call syed tapi tak berjawab. hai, entah lah budak-budak sekarang...".

"syed, dia ke bangkok? dengan siapa?".

"oh, kamu tak tahu ya? dia ke sana dengan indra, teman satu universitinya dulu. indra tu menyewa kat rumah arwah mama syed di shah alam nu hah." aku kelu. telan liur mendengar penjelesan puan mazni.

indra? teman seuniversiti?

delicious.
makan tengahari.

"kau pasti?".

"dah auntynya sendiri yang bagitau. takkan tipu!". aku mendengus. memandang shamir di depan dengan perasaan yang membuak. shamir mengelus tanganku, perlahan. dari dulu dia tahu bagaimana untuk meredakan keteganganku.

"sabarlah. nanti aku selidik. entah-entah urusan bussiness." shamir masih cuba memujuk. aku pandang siling. terasa bodoh sangat kerana selama ni aku mempercayai syed azlan bulat-bulat- ini balasan dia padaku.

"hey, relaks... malam ini kita ke kelab. mahu? macam dulu-dulu...".

"aku buntu, mir... buntu...".

"takpe. kau ada aku...".

malam itu shamir mengambilku di rumah. saiful awal-awal lagi dah keluar dengan si jimmy. ke kelab juga katanya. kekok juga. hampir setahun aku tak jejakkan kaki ke kelab. pasti ramai yang berbisik-bisik bila melihatku.

sangkaanku tepat. beberapa pasang mata kelihatan memandangku ke arahku dan shamir.

"ada masalah?". shamir meninggikan suara. nyata dia masih seperti dulu, sentiasa melindungiku.

"relaks. kau kacak malam ni. mereka cemburu." aku senyum.

"minum? aku ambilkan."

"coke aja. aku belum mahu mabuk."

"ok. kau tunggu sini. jangan gatal."

"hey, K. lama tak nampak kau! wah wahh... diam-diam dah ada bf ya. siapa mamat tu?". aku toleh. terpacak wajah reza yang serba ranggi. masih tak berubah perawakannya.

"hey, reza! aku away. sibuk sikit. hmmm... kawan aje lah!". ujarku mereka alasan.

"hahaha... ok. by the way aku ngan zack sekarang. kebetulan kami satu ofis!".

"oh- wow. tahniah! mana dia?".

"sana- tengah menari. hey, zackk! sini... sinii!". zack menoleh. dia menganguk-ngangguk seketika.

"K!! wahh... makin handsome kau sekarang! kau langsung tak berubah- kacak macam dulu!". aku tersipu mendengar pujian zack.

"kau pun apa kurangnya. masih toughhh! rajin workout. bertuah reza...".

"kena la jaga. nanti aku larii...". hahaha! kami tergelak serentak.

"hai, meriah nampak. lupa aku ya!". tiba-tiba shamir muncul.

"eh, shamir pun ada-". zack agak terkejut. mungkin dia ingatkan aku datang sendirian.

"hai, shamir!". shamir memperkenalkan diri.

"err, maaf. aku fikir kau datang dengan syed azlan. mana dia?". aku tunduk sebaik mendengar zack menyoal tentang syed azlan.

"err, zack. let's have fun. tak sesuai kau tanya pasal syed sekarang." shamir cuba menyelamatkan keadaan.

"oh- okay. i get it. jomlah.. let's dance!".

hampir dua jam aku di kelab. sudah tiga gelas beer kuteguk. persoalan tentang syed azlan tetap menjadi fokus utamaku. muzik dan kehangatan di kelab tidak berjaya menghalangku dari terus memikirkannya.

"baby, you okay?". shamir muncul di bar. tak pernah-pernah dia memanggilku begitu.

"err, okay, okayy.. seronok menari?, soalku seperti orang bodoh.

"jomm... let's dance with me, sweety." belum sempat aku menjawab apa-apa, shamir dah tarik tanganku ke dancefloor.

tiba-tiba mataku tertumpu pada sepasang lelaki. tak silap. memang aku tak silap. tak berlengah, aku ke bar utama mengadap sofa.

"lann!". syed azlan seperti terperanjat. tembelangnya pecah. sungguh dia tak menyangka K akan ke kelab malam itu. dia menyumpah-nyumpah dirinya sendiri kerana membawa indra ke sini.

"eh, K.. err, kenalkan..."

"indraa!".

"you kenal dia?".

"lebih dari kenal! lan... K tak sangka lan sanggup buat K macam ni...".

"sabar K, sabarr... biar i terangkan."

"nak terang apa lagi. no wonder you tak jawab my call, i pegi your house and your aunty said you ke bangkok dengan indra! apa alasan you?".

"K, trust me sayang. kami hanya kawan...".

"kawan, pegang-pegang macam ni? indraa! tell me the truth, korang ni couple ke?".

"lupakan dia...". bisik shamir berkali-kali di telinga. aku pandang shamir, tidak berkedip.

"lupakan dia. beri aku peluang. kali ini, aku takkan tinggalkan kau...". aku hampir rebah mendengar kata-kata shamir.

"kau pandang aku, aku cintakan kau, K. serius ni!". aku pengsan!

aku membuka mata. kepalaku masih terasa sakit. terlalu banyak minum barangkali.

aku cuba bangkit. terasa suasana bilik begitu lain.

"hey, kau dah bangun ya? nah, aku bawakan sarapan. ada susu, roti.. makanlah." shamir duduk di sebelahku. dia hanya bertuala, menampakkan dadanya yang bidang itu.

"maaf, aku baru habis mandi. makan ya, aku ke bilik sebelah- pakai baju."

"mirr... kejap!". aku menahan.

"ya, ada apa sayang?".

"kau... kauu serius sayangkan aku?".

"ya, dari hari pertama aku menemui kau."

"tapii..".

"shhh... kau rehat dulu ok. makan sarapan tu, nanti sejuk. aku pakai baju jap k?".

K.