Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, January 13, 2017

Episod 29 : Fahrin


"You okay?”. Hidayat seakan risau melihatku. Hampir lima belas minit aku menghilang.

“Yup, I’m fine. Let’s go, Hid. I rasa macam tak sihatlah. Kita naik ya. Hmm.. I dah bayar.” Tanpa menunggu lebih lama, aku berjalan mendahului Hidayat. 

“Sayang, kenapa ni? I hantar you balik ya?”.

“No, it’s ok. I’m good. Cuma rasa tak sihat je, pening-pening. Hmmm I masuk bilik dulu ya? Later we go dinner sama.”

Aku biarkan Hidayat terpinga-pinga sendirian. Pertemuan dengan Fakhri tadi membuat fikiranku jadi terganggu. Sengaja aku ajak Hidayat tinggalkan The Loaf cepat-cepat, bimbang tiba-tiba Fakhri datang mengganggu lagi. Boleh perang dunia nanti.

“Fakhri... stoppp pleaseee... don’t do this!!”.

Tanpa menghiraukan rayuanku, Fakhri sudah pun rakus mengucup bibir dan juga bahagian telingaku. Butang bajuku dibuka satu persatu.  

“Excuse me....”, mujur seorang lelaki datang. Aku cepat-cepat menolak tubuh Fakhri dan meninggalkannya. 

“I’m sorry, Fakh... I tak dapat terima cinta you... Hidayat lebih dulu datang dalam hidup I... I tak sanggup untuk hancurkan hatinya....”.

“Ding donggg!”. Aku bangun malas membuka pintu. Tersembul wajah Hidayat.

“Tadaaa... I tahu you tak sihat. I bawakan dinner for us.” Hidayat menunjukkan bungkusan KFC.  Hmmm pandai betul dia ni nak ambil hati aku. Tau-tau aku je aku mengidam nak makan KFC.

“Boleh I masuk?”. Ujarnya sebaik melihat aku yang masih tercegat di muka pintu.

“Errr.. silalah. Sorry...”, aku biarkan Hidayat masuk.

“Ok. let me serve you. You rest je kay, pergi sambung tengok tv ke apa...”. Dia mula memberi arahan. Nak tak nak aku ikut je. Bila lagi nak bermanja ye tak?

Seketika kemudian Hidayat kembali dengan membawakan hidangan. 

“Nah, one for you, one for me... kejap, I ambil drinks...”.

“Ice lemon tea for you, Sir...”, ujarnya dengan meniru gaya dan telor Inggeris. 

Aku cuma tersengih. Hmmm macam mana lah aku tak cair dan jatuh hati dengan kau ya Hidayat?

“Nah, untuk khidmat dinner delivery you malam ni...”. Aku suakan dia kentang goreng. 

Hidayat nganga luas-luas. Kami sama-sama ketawa.

“Hid... thanks...”.

“For?”.

“Everything....”.

“No worries. I buat semua ni bukan untuk orang lain, untuk you jugak... orang yang paling I sayang... tengok you happy macam ni, legaaaa hati I....". Jemarinya bermain rerambutku, itu paling digemarinya. 

“You tak menyesal?”.

“Menyesal? Maksud you...”.

“Pilih I...”. 

“Shhh..... don’t say that please. I tak suka. You tahu kan how much I love you... you takdir I, sayang....”. Hidayat meletakkan jari telunjuknya di bibirku. Ada getar perlahan yang mengalir di tubuhku saat kini. Aku mulai rasa bersalah. Hidayat terlalu ikhlas dan jujur mencintai aku, sedangkan aku? Hmmm... Haruskah aku berterus-terang sahaja tentang apa yang berlaku? Saat ini aku rasa seperti tidak berlaku adil terhadap Hidayat.  

“I kiss Fakhri...”. Tak semena ayat itu terpacul dari mulutku. Serta-merta kulihat wajah Hidayat berubah. Dia kaget seketika.

“What?! When... why??”. Hidayat tiba-tiba berdiri. Terasa adrenalinku mengalir laju. 

“Hmmm waktu di The Loaf tadi.... I’m so sorry, I rasa guilty, sebab tu I rasa I kena bagitau you. Fakhri tiba-tiba muncul waktu I ke toilet, I dah cuba untuk mengelak tapi....”.

“Tapi you pun suka kan? You cintakan dia?”. 

“No, Hid... I love you...”.

"Tell me the truth, K...".

"I tak cintakan dia, Hid.... sumpah!".

“Then kenapa you biarkan dia kiss you?”. Wajah Hidayat kelihatan merah padam menahan marah. 

“I’m sorry Hid. I thought dengan memberitahu you pasal ni boleh hilangkan perasaan bersalah I. I cuba nak jujur pada you, pada hubungan kita....”.

Hidayat memandangku tepat ke wajahku. Aku tunduk, tidak sanggup bertentang mata dengannya. 

Aku tahu, saat ini sukar untuk Hidayat terima dan percaya kata-kataku. 

“I’m sorry, but I got to go... kita jumpa aje pagi esok k...”. Hidayat bangun, tanpa menoleh dia pantas melangkah ke muka pintu.

*******
  
Err, minta maaf encik, boleh tolong ambilkan gambar kami?”. Seorang lelaki menegur. Disebelahnya seorang wanita cantik tersenyum.

Aku mengambil kamera. 

“Sediaaa... satu, dua, tigaa!” Klik!

“Terima kasih.”

“Sama-sama.”

Seketika pasangan itu berlalu. Ah, sama cantik, sama padan. Aku menguis air. Pagi terasa sejuk. Dari jauh, Mummy Kamariah tersenyum menggamit. Aku berlari-lari anak mendapatkannya. 

Saban hari Mummy Kamariah ke sini. Berjalan pagi-pagi sihat katanya. Hampir setiap pagi juga jika berkelapangan aku akan menemaninya.  

"Nak harapkan Hidayat teman Mummy? Hah, dia tu dulu-dulu waktu kecil rajinlah ikut Mummy, now dah besar panjang suka tidur je kerjanya.... nasib baik lah kamu ada boleh lah juga temankan Mummy...", penat berjalan, kami duduk di celah-celah batu berhampiran. 

"K nampak sedih pagi ni?".

"Takde apa Mummy... K okey. Mummy yang nak tinggalkan K, mestilah K sedih."

"Alah, Mummy pergi sekejap aje. Balik jenguk kampung halaman, jumpa adik-beradik....". Aku sentuh tangan Mummy. Wanita yang sudah kuanggap seperti ibuku sendiri. 

"K jaga diri. Tolong tengok-tengokkan Hidayat. Hanya K keluarga yang dia ada di sini....".

"Mummy, jangan cakap macam ni Mummy... K pasti akan tengokkan Hidayat ya... Mummy jangan risau...".

"Semalam dia balik, macam orang sedih... Mummy risau. Semalaman dia berkurung di dalam bilik. Mummy tegur dan panggil pun dia buat tak tahu...".

Aku terdiam mendengar kata-kata Mummy Kamariah.

"Kamu pujuklah dia ya... biasa lah tu, kadang-kadang hubungan ni, ada cerah, ada mendung. Mummy nak anak-anak Mummy happy dan bahagia sebelum Mummy berangkat ke Paris...".

Aku mengesat muka. Aiseymen, aku menangis rupanya. Deh, tak macho langsung. Perlahan-lahan aku keluar ke toilet. Habis cuci muka, aku kembali ke bilik.

Hampir seminggu Hidayat tinggalkan aku. Hampir seminggu juga aku bagaikan orang hilang punca. Baik di pejabat, mahupun di rumah, suasana dah tak macam dulu.

"You jaga diri. I temankan Mummy ke Paris. Jaga ofis ok? Maybe this is the best for us." Hanya itu ayat pendek terakhir Hidayat buatku sebelum kami berpisah di lapangan terbang minggu lalu. Lidahku kelu. Tiada kata-kata untukku balas. Aku hanya mampu membiarkan mata menghantar kelibat Mummy dan Hidayat sehingga hilang dari pandangan.    

“Mahu ke Lipe juga?”. Aku tersentak sebelum mengangguk. Tak berminat untuk terus berbual.

“Fahrin.”

Mukaku berkerut. 

“Nama I, Fahrin. You?”.

“K... K sahaja...”.

Fahrin menghulur salam, nak tak nak aku menyambut. 

“This is Sabrina, isteri I. Kami mahu honeymoon di Koh Lipe.”

Tak lama, Fahrin minta diri dan berlalu. Mungkin dia sedar aku seperti tidak berminat untuk berbual. Wanita tadi mengikutnya turun ke bawah. Aku kembali menyandar ke dek. Rambutku terhurai ke belakang. Sesekali aku seka perlahan. Pulau Lipe sudah kelihatan. Hanya beberapa ketika sahaja lagi bot akan tiba di platform.

Lipe atau Pulau Lipe.

Buat apa sebenarnya aku di sini? Di pulau terpencil ini, suasananya tak ubah seperti Langkawi, pulau, pantai, orang-ramai berpusu-pusu.

Aku langkah ke chalet di pantai yang paling hujung, jauh dari kekecohan di Walking Street.

"How much?".

"3000B."

Selesai membayar harga bilik, aku pantas mengikut petugas chalet yang membawaku ke kamar.

"Sawaddeekap...". Err, apa aku nak jawab ni?

"Err sawaddeekap too!", ujarku sambil menghulurkan sedikit wang tip.

Aku tutup tirai, tarik bantal. Perkara pertama yang kubuat sebaik tubuh menyembah katil - tidur!

Jam hampir ke lapan malam. Aku bangun cuci muka. Capai t-shirt dan celana pendek, aku bingkas ke Walking Street. 

"Ish, lapar pula... mana mau makan ni?". Aku jalan meredah deretan kedai yang dipenuhi umat manusia, berbeza dengan kawasan Pantai Cenang di Langkawi, di sini semua orang berjalan kaki. Seakan suasana di pasar malam, manusia pelbagai bangsa boleh aku lihat di sini.  

Beberapa minit berjalan, aku singgah di salah satu gerai di tengah-tengah Walking Street, hmmm nampak macam sedap. Ada la beberapa orang yang sedang makan.

"Ya, bang... masuk bang. Makan... makan...", pelawa si gadis Tomboy. Tangannya mengibas-ngibas ayam yang sedang dipanggang. Eh, pandai pula dia ni cakap Melayu. 

"Melayu ke?".

"Dari Satun. Masuklah. Sini gerai Muslim bang". Aku tak berlengah, cari tempat. Lapar beb!

"Hey, jumpa lagi kita. Seorang sahaja?". Aku toleh ke meja sebelah. Puas kuamati, ah, mamat yang kat dalam feri tadi rupanya. Wanita cantik disebelahnya tersenyum-senyum memandangku.  

"Ingat lagi? Dalam feri tadi. Saya Fahrin, yang tegur awak siang tadi." Aku buat-buat angguk. 

"Ya, ya... saya ingat. Sorry tak perasan."

"Come lah, duduk sekali. Kami pun berdua je ni." Dia mempelawa. Entah mengapa rajin pula aku bangun dan bertukar meja. 

"Hai, saya K...", ujarku seraya bersalam.

"Fahrin... ini Sabrina, wife saya."

"Hai...".

"Mana geng? Travel sorang je ke?". Aku angguk. Si Tomboy datang mengambil pesanan. Bagus budak ni, multitask. Semua kerja dia buat. 

"Err, bagi saya Phad-Thai sama teh ais ya!".

"Waah, dah biasa. Sering ke sini?".

"Baru dua kali. Saya dari KL. Tapi dah pindah kerja di Langkawi."

"Oh, no wonder lah. Dekat je...".

Kami berbual, dari hal simple-simple hinggalah ke hal-hal semasa. Ramah juga mereka berdua ni, ah okey lah sekurang-kurangnya ada jugak aku member nak berbual malam tu. 

"Abang, Ina jalan-jalan sekejap boleh ya? Nak tengok baju kat depan tu!".

"Ok, baik-baik ya sayang. Nanti abang datang." Sabrina minta diri. Tinggal aku dan Fahrin sahaja sambung berborak. 

"Tak nak balik KL dah ke?".

"Hmmm hard to tell. Dah selesa di Langkawi. Lagipun I terikat dengan kontrak."

"Oh, berapa lama?".

"Tak tahu lagi. Mungkin empat, lima tahun lagi."

"K single lagi?". Tak semena soalan itu diajukan Fahrin. 

"Err, yup single. Belum ada sapa-sapa nak kat I ni...", ujarku cuba berseloroh.

"Ada... saya pasti setiap dari kita ni sudah ada jodoh yang tertulis untuk dia. Kadang-kadang, kita tak sedar, jodoh yang kita cari dan tunggu tu, ada di depan mata!". Terasa dalam maksud di sebalik kata-kata Fahrin tu. Aku cuba merenung ke anak matanya, ada sinar yang sukar aku jelaskan di situ.

"Abang, jom!". Tiba-tiba Sabrina terpacak di depan. Aku kembali terbang ke tanah. Nasib baik kau cepat Sabrina. Kalau tak, tak pasal-pasal ada drama tv baru kat Lipe malam ni. 

"Ok, K. Nice meeting you. Hopefully nanti kita jumpa lagi ya!". 

Bersambung.... 

K.

1 comments:

Anonymous said...

Where have you been k? It’s been for more than a year.