Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Thursday, August 16, 2012

Episod 13 : Enam Bulan Bermula




“Selamat pagi, Encik K!”.

“Pagi- Eh, Aril! Awal kamu sampai?”. Terkejut pula aku lihat awal pagi lagi si Aril ni dah terkocoh-kocoh membuat minuman di pantry pejabat. Selalunya aku pemegang rekod pekerja paling awal tiba. 

“Nah, milo Encik K. Tak nak susu kan? Saya dah buatkan...”. Hah? 

“Macam mana awak-”.

“Saya tahu? Alah, nak kenal seseorang, kena lah tahu semua pasal dia kan?”. 

Pergh ayat! Boleh tahan mamat ni. Hmm... misteri jugak tetibe dia tahu minuman kegemaranku.


“Err, yelah, yelaaah.... Hmmm... by the way, thanks!”, ujarku sebelum cepat-cepat berlalu keluar. Makin lama aku di pantry, nanti lain pula jadinya. Baik aku blah. 

“Beep, beeepp!”. 

Aku memandang ke skrin telefon. Tertera nama Hadi “memanggil”. Wajahku automatik bertukar ceria. Happy beb! 

“Hai... apa khabar?”. Getar suara Hadi di hujung gagang membuat hatiku berbunga-bunga.

“Hello.... you masih ingat I rupanya, ingat dah lupa.”

“Sorry ya Di... I balik tak sempat nak bagitau you. Emergency...”. Aku cuba mengawal emosi.

“Hmmm it’s okay. I faham. I ingat you marah. I minta maaf pasal dinner malam tu.”

“Eh, no- no. Bukan pasal dinner tu. Takde kaitan dengan you. Hal lain. I’m sorry.”

“I rindu you. Jom lunch? I jemput...”.

“Lunch? Haha... you kat mana ni?”.

“Surprised! I jemput you jam satu tengahari k. See you!”.

Hadi segak dan kacak dengan jeans hitam dan kemeja coklat polos. Kami ke Restoran Delicious di Midvalley. Dia benar-benar datang menjemputku. 

Tak tergambar perasaanku waktu itu. Fikirku, setelah kembali dari Pulau Pinang, memoriku dan kisah bersama Hadi terhenti di sana. Terasa bersalah pula kerana pulang ke Kuala Lumpur tanpa sempat memberitahunya. Aku tahu, Hadi pasti kecewa dengan tindakanku. 

“Again, I’m sorry ya Di. I balik KL tak bagitau you.”

“It’s ok. I tahu....”.

“You tahu? Maksud you...?”.

“Amira dah ceritakan segala-galanya....”. Aku hairan. Amira? Hmmm... bagaimana Amira boleh tahu tentang kisahku? Hampir beberapa tahun aku tidak bertemunya-

“Honestly, I tak salahkan you. I faham situasi you. But I nak you tahu, I rela berada di samping you dan terima you bila-bila masa, K. I fall in love with you already. Beri I peluang.....”. Aku kaget. Hadi nyata serius. Pendiriannya tak berubah, sama seperti waktu kami di Pulau Pinang. 

Hadi mula menarik tanganku, dia menggenggam erat jari-jemariku. 

“Hadii.... I, err... hmmm I.... kita kawan okay? I’m not ready for now. Hidup I dah banyak masalah. Let me settlekan few things first. I tak nak keadaan bertambah buruk.”

“I faham. Tapi sekurang-kurangnya beri I dan cinta kita peluang?”. Hadi masih tak puas merayuku.

Aku getap bibir. Buntu apa yang harus kukatakan. Saat ini aku benar-benar harapkan Saiful muncul dan menarikku pergi. Hanya sepupuku itu sahaja yang boleh selamatkan aku waktu-waktu macam ni. 

“Beri I masa, Di. I minta maaf kalau I dah bagi you harapan waktu kita di Pulau Pinang. I tengah keliru waktu tu. I ada masalah dengan my previous relationship.”

“Do you still love him?”, Hadi cepat-cepat memotong. 

Aku hela nafas. 

“Entahlah. Technically, kami dah putus. But, beri I masa kay? I need time untuk cari balik apa yang I dah tertinggal. I harap you faham. You’re such a nice guy, Hadi. I like you, but....”.

“But, what?”.

Ah, Saiful... mana kau??

“Encik K, ini lakaran artwork yang encik minta pagi tadi. Cik Syarifah kata suruh saya tunjuk pada Encik K terus.” Aril berdiri sambil menghulurkan beberapa keping mounting board bersaiz A3 kepadaku. 

Aku amati lakaran-lakaran yang dilukis Aril. Not bad. Dia berbakat, pujiku dalam hati.   

“Okay, awak boleh pergi dulu. Bagi saya nilai dulu artwork ni. Apa-apa saya akan panggil awak.”

“Terima kasih.”

“Oh, Aril- malam ni awak buat apa? Sudi keluar dengan saya?”. Ingin sahaja aku ajukan soalan itu kepadanya tapi ayatku terkunci di kerongkong.

“Er, Ecik K free malam ni?”. Gulp!

Sungguh aku tidak menyangka Aril akan menyoalku, soalan yang sama yang ingin aku ajukan padanya.  

“Saya ada latihan futsal di Ampang. Selepas tu saya free. Kita dinner?”.

“Hmm, maaf, saya ada hal malam ni. Err, thanks for the invitation. Awak pergi lah buat kerja. Enjoy latihan malam nanti ya.” Sumpah! Bukan itu jawapan yang ingin aku berikan. How I wish-

Aril angguk sebelum berlalu. 

Please K, don’t start. Dia budak lagi. Jaga reputasi. 

Ok, ok..... 

Segera aku pangkah nama Aril dari senarai.

Bersambung....

K.

3 comments:

Anonymous said...

Tak sabar nk baca lagi...satu mlm je sy dh sampai ke chapter ni...

stabuxguy said...

terima kasih. nanti saya sambung. tunggu episod seterusnya k!

K.

Mikhael KS said...

u're back!! happy gile. every sentence touch my heart.