Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Thursday, October 27, 2016

Episod 28 : Bukan Takdirku


“I tak sangka...”

Suasana hening seketika. Aku merenung senja. Hidayat berpaling, kembali menatap ke wajahku.

“Do you like him?”. Soalan yang sama Hidayat ajukan kepadaku sejak kami tiba di sini. Aku memandang ke gigi air. Perlahan-lahan aku menapak.  

“I nak kayak. You nak ikut?”, aku cuba mengalihkan perhatian Hidayat. Tanpa menunggu Hidayat membuka mulut, aku sudah pun mencapai pengayuh. 

Pulau Tuba. 

Kami sering ke sini. Ke rumah peninggalan arwah Uncle Zainol, bapa Hidayat. Rumah pusaka tempat arwah bapanya membesar, masih tersergam cantik bersebelahan jeti nelayan. 

Sejak arwah meninggal, Mummy Kamariah lebih banyak menetap di Langkawi. Sesekali Hidayat dan dia pulang melawat rumah pusaka.

Aku di depan, Hidayat di belakang. Aku cuba menikmati alam.

“I akan pergi, Hid.... kontrak I akan tamat...”.

“I takkan benarkan you balik, let me talk to Kat....”.

“No, it’s fine. Lagipun hubungan kita dah tak dapat nak diselamatkan. I’m sorry...”.

“I don’t care. You’re mine. I want you to stay...”. Aku berhenti berkayuh, membiarkan Hidayat mengemudi sendiri. 

“Kat perlukan I. Dah lapan bulan I kat sini...”.

“I lagi perlukan you... you dah tak sayang I?”.

“I’m not the right guy for you, Hid...”. Entah kenapa, kata-kataku itu tidak terpacul dari bibir. Aku pandang Hidayat. Dia ukir senyum. Senyuman yang paling memikat hati dan membuatkan aku kalah dan jatuh hati berkali-kali.

“Sayang, please... stay. I’ll talk to Kat. I will tell her Blue Ocean perlukan you untuk setahun, dua lagi. She’s my good friend, I know her well. I’m sure dia benarkan. Jika tak kasi juga, you resign and kerja dengan I permanently kat sini.”

Mudah bagi Hidayat. Kadang-kadang, tak semua yang kita rancang itu bisa kita dapat. 

"Hey, mengelamun, I tanya ni you sayang I tak?".

"I nak balik, jom? Mummy mesti dah lama tunggu...", ujarku menukar topik perbualan. 

Hidayat merapat. Tanganku digenggam perlahan.

"Wait... you mesti suka ni....", tak semena dia bangun dan menjerit :

"Wahai penduduk Pulau Tuba.... aku Karl Hidayat Bin Zainol... dengan ini mengumumkan yang aku mencintai K dan ingin mengahwininya!", tak sempat aku nak tarik dia duduk, kayak kami mula bergoyang perlahan dan... dussshhh, terbalik!

"Sorry sayang... I excited tadi. You ok?", Hidayat cuba membantu. Dia berenang ke arahku. 
"Part cinta tu ok, tapi kahwin?". Ujarku sambil cuba mengapungkan diri.  

"Ya, kahwin. Kenapa, I serius!". Hidayat senyum, dia merapat. 

"Serius?".

"Ya, serius!". Hidayat seakan bersungguh. Aku merenung ke anak matanya. Aku tahu dia jujur. 

Mummy Kamariah.

“Kamu dah makan K? Ke mana basah-basah ni?”. Mummy Kamariah menegur, diambilnya towel di bilik sebelah lalu diberikan kepadaku. Aku masih berdiri di tangga rumah. 

“Kayak kitorang terbalik tadi mummy!”.

"Terbalik? Ya, Allah... Kamu ok ke ni? Hidayat mana? Mesti dia sengaja kenakan kamu ya?".

“Tuuu...”, juihku. Kelibat Hidayat muncul. Ada tiga-empat ekor kerapu di tangannya.

“Pak Atan kasi tadi masa kat jeti. Dia kirim salam kat mummy.”

“Waalaikumussallam.... Nah, towel. Habis basah korang ni. Macam bebudak. Er, K makan kat sini ya. Nanti mummy masak lauk kegemaran kamu...”. 

“Mummy asyik masak lauk kegemaran K aje. Habis Ayat anak mummy ni cemana?”.

“Ishh, kamu ni, dah besar panjang nak manja-manja... hah dah lekas. Pergi mandi dan cuci dulu, nanti makan....”.

Aku cuma tersenyum melihat kemesraan mereka. Serta-merta aku teringatkan mama dan Nek Imah di kampung. Dah lama aku tak melawat mereka. Apa khabar Nek Imah agaknya...

“Tuk, tukk!”.

“Masukk...”. Kat dongak. Terpacul wajah Julia, PAnya.

“Cik Kat... ada faks.” 

“Dari siapa?”.

“Err, Blue Ocean Langkawi.”

“Bagi... saya baca...”.

Kat senyum. Bait demi bait dia membawa. Nampak wajahnya berubah. Tak sangka rancangannya untuk merapatkan Hidayat dan K berjaya. Lapan bulan dia menunggu berita gembira ni. 

“Thanks, Julia. Kamu boleh keluar. Terima kasih ya...”.

"Kriiinnggg....".

"Hello...". 

“Kat...”.

“Yes, Hidayat... congratulations!”.

“You tak marah?”.

“Nope. Why I nak marah. I’m happy for you both!”.

“Thanks, Kat... you should come over. Datang lah, I invite you ni. Nanti I belanja you lunch.”

“Hai, nak lunch sampai I kena turun sana?”.

“Bolehlah... lagipun you pun dah lama tak jumpa mummy kan?”.

“Okay.. okay.... let me check my schedule dulu. I’ll let you know k?”.

“Okay darling... take care! Klik!”.

Talian terhenti. Kat segera merapat ke intercom.

“Ika, Julia mana?”.

“Julia keluar Cik Kat...”.

“Hmmm... okay takpa. Nanti minta Julia tolong bookkan tiket untuk saya ke Langkawi hujung minggu ni.”

“Baik, Cik Kat... ada apa-apa lagi Cik Kat?”.

“Takde, itu sahaja. Thanks, Ika...”.

“Sama-sama...”.

Langkawi.

Mata Kat melilau. Dia melihat sekeliling. 

“Heyy... Kat! Here... we are here!”. Hidayat lambai tangan. Dari jauh Kat tersenyum. Troli ditolak penuh hati-hati, dia merapat ke arah dua jejaka yang sudah sedia menunggu ketibaannya. 

Mereka berpelukan seketika.

“How’s flight, darling?”. Aku membantu Kat menarik beg. Kami berjalan ke parkir. 

“Good... but I’m super hungry now! Korang suruh I datang before tengahari. Make sure lunch yang sedap okay!”.

“Jomm... hahaha!”. 

Aku dan Hidayat bawa Kat ke Medan Selera Ikan Bakar yang terletak di kawasan Padang Matsirat, antara port makan paling terkenal di Langkawi.

"Sorry mummy tak sihat hari ni, nanti malam dia masak. Tapi I tahu, you pun rindu nak makan ikan bakar kat sini kan?".

"Haha.. it's okay. Bagi la mummy rehat, susah-susah pula nak kena masak."

"Dia okay, cuma dah tua-tua ni biasa lah, selalu tak sihat."

"By the way... what happened to you? Diam je.... this is not K yang I kenal?". Kat toleh ke arah aku yang asyik membisu. Memang aku tak banyak cakap sejak dari airport tadi. Entah la, hatiku masih ragu-ragu dengan keputusanku sebenarnya. Tidak mudah untuk tinggalkan KAT Advertising macam tu je. Tapi riak Kat seakan happy, dia seakan rela melepaskan aku untuk bersama dengan Hidayat.

"K, are you okay?". Giliran Hidayat menyoal sebaik kami tiba di restoran.

"Sorry guys, err, hmm... I'm okay," aku berdehem, cuba membetulkan ton suara sebelum menyambung,"How's everyone di ofis? Julia, Ika...".

“Okay... diorang semua ok. Semua orang rindu you. Mereka kirim salam." Ujar Kat tersenyum.

“Anyway, congrats! Bukan senang Blue Ocean nak hire staf tau! You better kerja baik-baik kat sini. And you Hidayat! Jaga dia baik-baik, dia staf terbaik I tau!”.

“Ya, Kat.. I will..... you jangan risau. And thanks to you kerana sudi lepaskan dia kat I. Definitely I will take care of him macam nyawa I sendiri. Ya, sayang?”. Aku kerling Hidayat, sedikit segan dengan Kat.

"Don't worry, you'll be good!", sempat Kat memberiku semangat. 

Tiga bulan berlalu. 

Secara rasminya aku kini berkhidmat di Blue Ocean milik sepenuhnya Karl Hidayat. Biarpun sudah mengenali luar-dalam syarikat pengurusan perkapalan ini hampir setahun, namun masih banyak perkara yang harus aku belajar. Kekok juga awalnya, masakan tidak, aku lulusan multimedia dan grafik, jauh menyimpang dari bidang yang aku ceburi sekarang. Hidayat tegas dan profesional, aku dilayan sama seperti pekerja-pekerjanya yang lain. 

Berbeza sewaktu bersama KAT Advertising, di sini aku masaku lebih fleksibel dan teratur. Kebanyakkan masaku menemani Hidayat ke mesyuarat-mesyuarat penting dan bertemu klien. Namun aku masih menjalankan kerja-kerja kreatif dan pengiklanan sebagaimana di awal-awal aku ke sini.

"How's everything?". Wajah Hidayat terpacul di pintu bilik.

Aku masih ralit merenung skrin. Hidayat datang membelai dan mengurut belakangku. 

"Jom rehat. I tahu you penat...".

Kami ke The Loaf di tingkat bawah. 

"I ke toilet, nanti orderkan I hot chocolate ya." Aku bingkas bangun. Hidayat angguk.

"K... buat apa kat sini?". Aku toleh. Wajah Fakhri tak semena muncul. Aku cuba mengelak dari bertentang mata dengannya.

"K, tunggu...". Fakhri sedikit mengejar. 

"You lari dari I, why?". Fakhri menarik tanganku, sebelum melepaskannya dengan lembut.

"Sorry Fakhri, I... I dengan Hidayat."

"It's okay, I faham. Tapi I rindu you....".

"Not here, Fakh.... please.... let me go." Fakhri seakan menghalangku pergi.

"I really miss you...".

"Fakh... pleaseee....". Saat itu juga Fakhri telah rakus merangkul dan menciumku. Bibir kami kembali bertaut. Entah pengaruh apa, aku seakan merelakan momen itu.

Bersambung....

K.

7 comments:

Unknown said...

Best👍... Next chapter please😍....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Satu malam baca non stop...btw nak tggu chap sterusnya...good job bro!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Mrs. Yaya said...
This comment has been removed by the author.
Mrs. Yaya said...

bila nk ada sambungannya lg..? best citer nim. wahai pengarang, nt free silalah update yer. im waiting. xoxo

hailey said...

Hi, Great information! Would you please consider sharing my link to your readers? Please email me back at haileyxhailey gmail.com.

Thanks!
Hailey