Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Wednesday, March 25, 2015

Episod 27 : Penghujung Dunia


Setia.

Berapa kerat dari kita yang bisa mempertahankannya?

Hari-hari berlalu, menyaksikan hubungan aku dan Fakhri kian rapat. Biarpun perkenalan kami secara kebetulan (dia jiranku), namun Fakhri ternyata menyenangkan. Dia bijak, pandai mengambil hatiku dan kadang-kala suka berlucu. Seakan lebih tahu menebak seleraku, kehadiran Fakhri sedikit menjarakkan hubunganku dengan Hidayat.

“K, you ok? Busy ya lately? Jarang dah mahu keluar dengan I?”.

“I okay... penat la Hid... balik rumah nak rest ja...”, dalihku tiap kali Hidayat mengajakku keluar.

“I’m sorry kalau ada buat silap. I miss you...”.

“I know. Next time kita keluar kay?”, terasa kesal berbohong begitu. Aku memandang Hidayat. Aku tahu dia sedikit kecewa. Nyata sejak dari insiden di Westin minggu lalu, sedikit-sebanyak beri kesan kepada hubungan kami.

“Ok, I janji lusa kita keluar. Dinner sama-sama tempat kegemaran you.”

“Betul?”.

Aku angguk. Hmmm cuma itu yang mampu kulakukan demi menutup kecuranganku sendiri. Entah kuasa apa yang Fakhri kenakan ke atasku, Hidayat ibarat angin lalu, tidak kupeduli hati dan perasaannya.

**********

“Sayang, ke mari...”. Aku paut tangan Fakhri. Bibir kami bersatu. 

“I love you...”.

“I love you too...”. Biar ku terasa aneh, namun itulah yang terpacul dari bibirku. 

Alunan ralit muzik dari stereo di ruang tamu rumah mematikan kami.

Benar-benar kah aku mencintainya?

Hatiku kelu. Bisu tiada jawapan.

Aku hampir ke kereta. Tak sempat membuka kunci, satu suara menegur. 

“K!”. Aku toleh. Fakhri tergesa-gesa mendapatkanku.

“Ingat I lagi?”. Aku amati wajah itu. Nyata dia bukan Fakhri, tapi Fahmi, kembar Fakhri yang kutemui beberapa minggu lalu. Malunya! Hampir aku tidak dapat membezakan keduanya. Mujur aku tidak segera memeluknya tadi.

“Err, apa you buat kat sini?”.

“Eh, I kan tinggal sini dengan Abang Fakhri. Cuma I balik kampung kejap jaga mak. Lupa ya?”, ujarnya senyum. Saling tak tumpah dengan senyuman Fakhri. 

“Oh, maaf, I lupa...”.

“You nak keluar ke?”.

“Ha’ah, cuma ke Cenang, ambil angin petang. Nak ikut?”. Pelawaku tak semena. Fahmi angguk.

Kami singgah di Cliff, antara tempat lepak kegemaranku. 

Angin petang menghembus. Seperti biasa, Cenang dipenuhi manusia. Kami mengambil kerusi paling hujung.  

“How’s your mom?”. Aku memulakan topik.

“Mak dah okay. Cuma biasa lah orang tua... selalu aje tak sihat kan. I balik sini sebab kakak sulung kami ada di kampung now jaga mak...”, terang Fahmi panjang lebar. Aku angguk. Fruit punch di gelas kuhirup. Bayu laut bertiup lembut. Terasa benar-benar nyaman di situ. 

“K dah lama kat sini?”.

“Langkawi? Hmmm... hampir lapan bulan now. Kontrak I dah nak habis. Kalau bos sambung, I stay, if not balik KL lah...”. 

“Seronok di sini?”.

“Seronok...”.

“Then stay lah...”. Fahmi seperti mengharap.

Susah nak kujawab soalan Fahmi. Kontrak kerjaku masih terikat lagi dua tahun dengan KAT Advertising di Kuala Lumpur. Mana diorang campakkan aku, ke situ lah aku pergi. Ini pun cuma dipinjamkan seketika di Blue Ocean, syarikat perkapalan milik Hidayat bagi membantu menguruskan hal-hal berkaitan pengiklanan dan pemasaran.  

Aku habiskan petang dengan senyuman. Sama seperti abangnya, ternyata Fahmi juga seorang yang menyenangkan. Tak susah membina chemistry dengannya. Tak terasa hampir tiga jam kami bersama, Fahmi benar-benar buatku selesa. 

Mataku tak putus mencuri-curi pandang ke raut wajahnya, seakan Fakhri, cuma kumis nipis Fahmi membuat wajah cutenya agak matang sedikit. 

“Thanks bawak I ke pantai tadi...”. Aku senyum. Enjin kereta kumatikan. Fahmi merenungku. Aku alah direnung begitu. 

Tiba-tiba telefonku berdering.

“Hai...”.

“Heyy... you ke mana? I’m worried...”.

“Oh, I ke pantai... dengan adik you...”.

“Fahmi?”.

“Ya, Fahmi... Saja jalan-jalan...”.

“I ada di apartment. Mahu dinner?”.

“Okay, see you later at 8pm kay!” . Klik! 

“Abang ke?”.

“Yup, abang you lah. Dia risau I culik you ke mana... hahaha...”.

“Jom naik...”.

**********

Pagi Selasa.

Ruang pejabat Blue Ocean agak sepi pagi itu. Aku ke meja Farid, meminta fail-fail klien. 

“K, tadi Encik Hidayat nak jumpa. Saya bagitau K tak masuk lagi.”

“Okay, thanks Farid.”

“Tuk! Tukk!”.

“Masukk....”.

“K!”.

“Heyy... you cari I ker?”. 

“Hmmm... ya... pasal projek dengan Ikhwan dulu. Ada sedikit tambahan pada interior-interior yang sedia ada. Err, mana you pergi lately? Susah nak dapat you...”.

“Maaf, Hid... I banyak stay di rumah.... takde mood...”.

“I tengok kereta you takde...”. Parah! Hidayat intip aku rupanya. 

“Hmmm I keluar, ambil angin...”.

“Dengan lelaki lain?”. Ok, ini lagi parah!

“Hmmm.... oh, itu jiran I....”, dalihku sambil mata buat-buat lihat fail.

“Jiran you? You dah berubah, K... dah pandai tipu I!”. Aku pandang Hidayat. Matanya merah, nyata dia marah.

“Hid... boleh kita sambung cakap hal kerja? Hal personal kita bincang kat luar kay?”.

“Nothing to discuss, K... I tahu you ke mana, keluar dengan siapa... I tahu semua....”.

“Hid.... please....”.

“U like him, don’t you?”.

Gulp! Soalan cepumas yang betul-betul membuatku terkedu.

Bersambung....

K.

5 comments:

Anonymous said...

Sambungan please ��

Anonymous said...

love ur story...a lot...klw dpt berjumpa dgn penulisnya..ttu lebih menarik..btw..congrats having lots of fans..cheers

Anonymous said...

Sambungan nye please...dah setahun tergantung nih...

BurN kITTys said...

Setahun tergantung doo

Unknown said...

Agen Judi Online
Agen Judi Sbobet
Agen Judi Ibcbet
Agen Judi Casino Online
Agen Judi Tangkas
Prediksi Bola Akurat
http://rajanyaberita88.blogspot.com/2017/11/membandingkan-keterangan-pengacara.html
http://rajanyaberita88.blogspot.com/2017/11/dokter-keadaan-novanto-gawat-semalam.html
http://rajanyabola88.blogspot.com/2017/11/mimpi-ronaldo-punya-tujuh-anak-dan.html
http://rajanyabola88.blogspot.com/2017/11/sejarah-timnas-u-19-gebuk-brunei-10-0.html