Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Wednesday, March 25, 2015

Episod 26 : Jiran Baru


Cinta dan lelaki ni kadang-kadang susah dimengerti. Bila keadaan menjadi rumit, adakalanya bisa buat kita tertekan dan hilang kawalan diri. 

Aku memandang laut malam yang terbentang. Kelip dari kapal-kapal yang berlabuh, seolah menari bersama khayalku. Saiful dah pun kembali ke Kuala Lumpur. Petang tadi Ray menawar diri untuk menemaniku, tapi kutolak baik-baik. Saat-saat macam ni, aku lebih betah sendiri.

“Thanks, but I’ll be okay.”

“Kau sure?”. Ray menyoal buat kali kedua sebelum kami berpisah di airport. Adam seperti biasa, busy dengan tour. Hanya aku dan Ray yang menghantar Saiful.

“Jaga diri kay. Ray, please jaga sepupu aku ni baik-baik. Cepat sangat jatuh cinta, hah inilah padahnya!”. Ray senyum sekadar membuat isyarat bagus. Saiful melambai-lambai sebaik memasuki balai berlepas. 

“Anything give me a call k. Aku balik dulu...”.

Jam hampir menunjukkan ke pukul sebelas malam. Aku buat keputusan mahu ke pejabat esok. Sudah hari ketiga, pasti Hidayat tertanya-tanya. Biarpun sudah kuberitahu pada Kak Mas, tak elok rasanya campur-adukkan hal peribadi dengan urusan kerja. Bukan tak pernah aku lalui perkara-perkara macam ni. Dah macam drama bersiri pula!

“Ting tongg...”. Lamunanku termati. Eh, siapa pulak malam-malam ni bunyikan loceng?

Aku ke pintu depan. Dari lubang kecil di pintu kelihatan kelibat seseorang yang tidak kukenali.

“Err Assalamualaikum... maaf ganggu memalam ya... Saya Fahmi, ni rumah abang saya, Fakhri. Dia minta saya tinggalkan kunci ni kat encik... saya kena balik kampung malam ni juga. Ibu sakit. Bang Fakhri sampai esok dari Jakarta,” telingaku antara mendengar dengan tidak. Tak berkedip aku memandang wajah Fahmi. Betapa sempurnanya ciptaan Tuhan. Elok! 

“Ooh ok, ok... baiklah. Nanti saya berikan pada Fakhri bila dia balik ya...”. Aku mengambil gugusan kunci yang dihulur Fahmi. 

“Err, thank you encik. Saya minta diri dulu ya... selamat malam!”.

Eh, dia tak tanya pun nama aku.... huhuhu...

Aku memerhati kelibat Fahmi hingga hilang ditelan lif. Jalannya tegap, gagah. Buatku terbuai seketika. Ish, sempat tu! Aku cepat-cepat menutup pintu. Kusimpan baik-baik kunci rumah Fakhri di atas meja. 

**********

“K! Nasib baik kau dah datang hari ni. Tu, Hidayat cari. Pergi la pujuk...”. Mastura juih ke bilik kaca.  Aku pandang ke bilik Hidayat. Ada tirai so aku tak nampak dia tengah buat apa...

“Akak dah buat kopi?”.

“Belum. Maunya dia nak kopi akak dah, sah-sah kau punya lagi sedap katanya...”. Sempat Mastura memerli. Aku cuma sengih. 

Aku singgah di pantri seketika. Capai apa yang patut dan bancuh segelas kopi. Hmm bukan la sedap mana pun kopi aku nih. Mungkin sebab aku yang buat, dia dah tak mau minum kopi orang lain dah di pejabat ni. 

“Tuk! Tukk!”.

“Masuk!”.

“Hai... kopi Encikk......”.

“K!”, tak sempat aku nak habiskan ayat, Hidayat dah meluru mendapatkanku. 

“Opps, panas... panasss! Nah kopi?”. Hidayat sambut kopiku, dia meletakkan ke tepi.

“K, I’m so sorry dear! Jangan buat lagi k... please jangan merajuk dengan I lagi.... I miss you so muchhh!!”. Hidayat dah picit-picit pipiku. Geram la tuh. 

“You okay?”. Aku angguk.

“Okayy.... dah, I pun mintak maaf juga. Tak patut I tipu you......”.

“Shhhhh....”, tak semena Hidayat pantas menciumku. Bibir kami bersatu. Lama juga. Mujur takde sesiapa masuk ke bilik. 

“I’m sorry...”. 

“It’s alright... I pun dah lupa dah...”.

“Syed Azlan dah ceritakan semuanya... I pun ada borak dengan Saiful. Dia dah cerita tentang plan you guys malam tu... I je yang terburu-buru...”.

“Breakfast jom? The Loaf? You belanja kay...”, aku tarik tie Hidayat, manja. Sekali lagi dia hampir menciumku tapi sempat kularikan muka. 

“Daaah, orang nampak. Later!!”. Aku dah keluar bilik. Hatiku berbunga kembali. 

Memang sifatku tak merajuk lama-lama. Lagipun kalau aku kat tempat Hidayat, pasti aku akan fikir yang bukan-bukan juga. 

“Rindu...”.

“Tau...”.

“Jangan merajuk lagi ok?”.

Aku cuma tersenyum mengangguk. Sayang gila rupanya si Hidayat ni kat aku. Aku je yang merepek fikirkan yang bukan-bukan. 

Mataku lirik ke deretan kapal-kapal yang parkir disitu. 

“Sibuk?”.

“Sangat-sangat. Tapi I sedih you takde. Malam ni dinner ngan mummy, I dah call minta dia masak.”

“Jangan susahkan dia la... kita makan je di luar.”

“It’s ok, mummy pun rindu ‘menantu’ dia ni tau, asyik tanya je...”. Aku sengih. Perbualan kami terhenti sebaik pesanan sampai.

“Terima kasih...”, ujarku. Alif, waiter di situ ramah melayan kami. Maklumlah, dah hari-hari muka kitorang je kat sini. 

"Thanks...". Aku pandang Hidayat.

"Thanks? Why?".

"Thanks sebab sudi maafkan I...".

"Hid....".

"I mean it.... I tak dapat bayangkan takde you dalam hidup I, K....".

Aku renung ke anak mata Hidayat. Ada keikhlasan dalam tutur kata-katanya. Itu yang paling kutakut sebenarnya. Pengakuan dan kata-kata itu seakan sudah lali pada pendengaranku. Bukan menafikan kejujuran Hidayat, tapi entah lah.... bagaikan angin yang datang menerpa, menerjah lembut seketika, lalu pergi meninggalkan rasa. Aku serik dipermain dan terluka.

"You macam tak suka?". Aku cuba mengukir senyum. 

"I'm fine. Let's eat. Kang sejuk pulak nanti ya...".


**********

Kipasku buka. Panas. 

Aku melangkah masuk ke ruang apartment. Beg sandang aku campakkan ke kerusi. Kubiarkan suasana hening seketika. Kepala kupicit-picit. Terasa berpusing-pusing. Penat ya amat. 

Dah masuk hari ketiga, namun bayang Fakhri, jiran misteriku tak muncul-muncul juga. Aku pandang gugusan kunci yang ditinggalkan adiknya, Fahmi di sudut meja. Hmmm... okay kah mereka? Aku harap tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Terbayang wajah Fahmi sewaktu datang memberiku kunci rumah abangnya beberapa hari lalu, seakan mahu lekas, tak sempat aku bertanya lanjut, Fahmi pergi terburu-buru. 

“Ting tongg...”. Aku bangun malas membuka pintu. Kemeja putih kubiar tidak berkancing. 

Seorang lelaki tersembul di muka pintu. Aku amati wajah itu. Saling tak tumpah macam Fahmi. 

“Assalamualaikum... saya Fakhri.” Aku kaget. Masakan Fakhri dan Fahmi orang yang sama?

“Ohh, maaf. Mesti awak keliru. Fahmi kembar saya, saya abangnya, Fakhri. Maaf buat awak tertunggu-tunggu. Saya terus pulang ke kampung ziarah mak sebaik tiba dari Jakarta, tak sempat nak balik ke sini.” 

Aku hampir tepuk dahi. No wonder!  

“Boleh saya dapatkan kunci rumah?”.

“Ooh, aha- ya kunci, hmmm sebentar ya!”. Aku masuk ke rumah seketika mengambil kunci. Dadaku tak henti berdegup. Aduh, kenapa pula ni....

“Nah kunci!”, ujarku menghulur. 

“Oh, thanks! Maaf susahkan awak, jemputlah ke rumah?”.

“InsyaAllah, kalau senang saya datang. Awak rehatlah dulu, penat tu...”

“No, saya serius, jomlah, temankan saya, boleh kita berbual-bual sekejap?”

“Ohh, sekarang?”.

“Ya, sekarang...”, Fakhri nampak tidak bergurau. 

Entah kuasa apa, aku cuma menurut, tak sempat nak tukar baju, aku melangkah mengikuti Fakhri ke apartmentnya.

“Dah lama K tinggal di sebelah? Saya tak pernah nampak?”.

“Err, baru lagi. Itu rumah company sebenarnya, I baru ditukarkan ke sini. Dari KL.”

“Oic, patut lah. Eh, kejap ya- saya ambilkan air sekejap. Sat!”. Fakhri menghilang. Tak sampai seminit dia keluar dengan dua gelas oren di tangan. 

“Maaf, air bujang sahaja!”.

“It’s ok.” Aku mengambil. Tak sedar, jari-jemari ku tersentuh tangannya, dingin!

“Err, sorry...”.

“It’s ok... lembut jari you...”. Tak semena Fakhri mengelus jari-jemariku. Aku cuma membiarkan. Lama kami begitu. Dadaku yang baru sahaja berhenti berdegup kembali mengencang. 

“Single lagi?”. Soal Fakhri tak semena. Dia duduk mengadapku. Tangannya menekan lembut butang stereo. Teralun lagu balada Inggeris memenuhi ruang. 

Aku pandang wajah mulus Fakhri. Teragak-agak mahu menjawab. Nak dijawab single, aku sedang mengenali Hidayat, tapi hmmm hubungan kami pun belum pasti. 

“Err, saya minta diri dulu...”. Ujarku tak semena. Tidak wajar aku berlama-lama.

“Cepatnya? Awak okay?”.

“Ya, saya okay. Ada kerja sikit...”.

“Ooh, okay... harap dapat berbual lagi...”.

“Baik... nice meeting you by the way...”. Fakhri hulur kad. 

RedSky Adventures. Sempat aku membaca nama syarikat. Cantik dan ringkas kadnya. Si Fakhri ni ada business sendiri rupanya.

“Call me, anytime...”. Aku angguk, tersenyum sebelum berlalu pulang. 

Saat ini fikiranku cuma terbayangkan Hidayat. 

Gosh, I miss you!

Bersambung....

K.

1 comments:

Unknown said...

Agen Judi Online
Agen Judi Sbobet
Agen Judi Ibcbet
Agen Judi Casino Online
Agen Judi Tangkas
Prediksi Bola Akurat
http://rajanyaberita88.blogspot.com/2017/11/membandingkan-keterangan-pengacara.html
http://rajanyaberita88.blogspot.com/2017/11/dokter-keadaan-novanto-gawat-semalam.html
http://rajanyabola88.blogspot.com/2017/11/mimpi-ronaldo-punya-tujuh-anak-dan.html
http://rajanyabola88.blogspot.com/2017/11/sejarah-timnas-u-19-gebuk-brunei-10-0.html