Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Saturday, January 18, 2014

Episod 25 : Pagi Yang Tak Sama


Aku tarik Saiful ke tepi. 

"Please explain....". Ujarku menggetap bibir.

"Sorrylah. Kan aku dah cakap tadi, dia tau aku nak datang ke sini. Hari-hari dok kacau aku kat rumah, tanya pasal kau, mana kau pergi, rimas aku tau tak! Aku bagitau la kau kat sini....".

"Habis, aku nak kena layan dia la skang?".

"Mana aku tau... ex kau kan... aku datang nak jumpa kau je....".

Grrr.... tak semenena aku kena face to face dengan mamat ni pulak. 

"Hai...". Aku angkat tangan, teragak-agak macam baru first time berkenalan.

"Hai... awak apa khabar?". Syed Azlan hulur salam. Aku sambut. Serius aku janggal. Aarghh... 

"Hmm... jom lah. Kita ke kereta."

"Eh, takpe. Saya dah book hotel. I can just take a cab. Hmm sorry sebab datang mengejut macam ni. Saya harap kita boleh jumpa nanti?".

"Ha, yelah. Nombor sama lagi kan? Nanti saya call... jom, Pul...". Aku dah mula tarik Saiful. 

"Ini kad I...", sempat Syed Azlan hulurkan kad. Jujurnya, memang aku dah takde nombor dia ni. Dah lama kubuang jauh-jauh semua tentang dia. 

"Ok, thanks. Nanti I'll call you... jom Pul...". Kami bergegas ke kereta.

"Tak patut kau buat dia macam tu tadi. Dia datang sebab kau tahu!". Saiful letak beg sebaik masuk ke apartmentku. Dia ke beranda.

"Cantik pemandangan apartment kau ni, K. Bertuah badan! Dapat offer kerja dari mamat kacak, mix pulak tu! Kereta dapat... rumah dapat...".

"Dia bos aku kay...".

"Tak nak? Kasi aku je la...".

"Buekk.... mintak simpang!".

"Ohh ada hatiii...".

Aku diam. Tak kuasa nak menjawab. Makin dilayan kang makin menjadi plak. 

"Ada makanan? Lapaaarr!".

"Nak pizza...? Jap aku panaskan!".

"Boleh lah... tapi later jom kita dinner. Ajak la bos kau yang kacak tu join. Hehe...".

"Tengoklah... baru je dinner sama malam tadi... bosan la tengok dia je...".

"Elehh... bosan ke meluap-luap perasaan cinta kau tu... kat telefon bukan main cerita pasal mamat tu...".

"Hmmm nah pizza! Panaskan lah sendiri... aku nak shower jap... by the way, bilik engkau yang hujung kanan tu... jangan masuk bilik air plak...".

"Thank you kau memang the best cousin in the world... hahaha!".

Aku melangkah ke kamar. Biarpun sudah mandi sewaktu di rumah Hidayat pagi tadi, tapi aku selesa kalau membasahkan diri lagi sekali di rumah sendiri. 

Aku memutar tombol shower. Dingin air mula mengalir buatku tenang seketika. Tak lama, wajah Syed Azlan muncul. Kepalaku kembali berpusing. 

Sejurus selesai mandi, aku mengelap tubuh. Wajah Syed Azlan masih tak hilang. Hmmm habis aku kali ini... apa nak buat sekarang?

Aku membelek phone... ada beberapa notifications yang masuk. Ada juga mesej dari Hidayat. 

[ How's everything? Dah jemput your cousin dari airport? Bring him for dinner with us tonight. Rindu sangat kat you! ]

[ Ok. Meet you at Yellow Cafe at 8pm! ]

Baru je nak lap rambut, masuk lagi mesej dari Hidayat...

[ Okay see you there... no miss me? ]

Hmmm... apa aku nak jawab ni?

"K!". Suara Saiful memanggil.

"Yupp... japp!".

"Phone!".

"Siapa?".

"Syed...".

"Err, apa dia nak...".

"Ntah... kau layan je la...". Saiful menghulurkan blackberry-nya. 

"Hi...".

"Hi... K? It's me...".

"Yup... i know...".

"Shall we go for dinner tonight? I dah book kan makan malam at Westin for us two...".

"Err sorry can't make it. I dah janji ngan kawan...".

"Ajak sekali... no problem... I just wanna see you...".

Aku getap bibir... tak tau nak cakap apa dah...

Aku tiba Westin dalam jam lapan lebih kurang. Tak pasal-pasal kena cancel dengan Hidayat. Macam-macam alasan kuberikan tadi, nasib baik dia faham. Well, takpe lah, Saiful pun mungkin lama kat sini, esok-esok boleh dinner lagi. Harap-harap lepas ni Syed Azlan takkan kacau aku dah...

"K, kat mana ni... cepat lah call dia, aku lapar dah ni!".

"Sat la... kau ni gelojoh la... kita naik tingkat atas k...". Kami ke lobi atas. Aku cuba mencari-cari balik kad yang diberikan Syed Azlan siang tadi. 

"Nah, dail cepatt! Nasib baik aku saved!". Saiful hulur phone. 

"Dia kat Breeze atas. Jomlah!". Kami kat Breeze Lounge yang terletak di tingkat atas. Aku mula mencari-cari kelibat Syed Azlan. Tiba-tiba...

Gulp!

Bahana apakah ini- apa si Hidayat buat kat sini plak? Dari jauh dapat kulihat Hidayat duduk berbual-bual mesra dengan Syed Azlan. Macam dah kenal lama. Mungkinkah mereka dah mengenali antara satu sama lain sebelum ni?

"Eh, apa kau tercegat tu? Jomlah!". Kulihat Saiful dah mendahului. Tak sempat dah aku nak lari ni...

"Hai, Syed... dah lama tunggu?".

Syed Azlan dan Hidayat toleh serentak. 

"Hah, sampai pun... Yat... ni my friend yang I ceritakan tu. Ini Saiful, sepupu dia. Eh mana K?". Hidayat mula mengerut kening sebaik terdengar nama Saiful dan K diperkenalkan. 

"Hai...". Aku melambai beberapa saat kemudian sambil berdiri dihadapan keduanya. Aku lihat wajah Hidayat berubah. 

Syed Azlan kelihatan begitu gembira. K yang ditunggu muncul juga.

"Hidayat... kenalkan, inilah K... lelaki yang membuatkan I mengejar cintanya hingga ke Langkawi. I definitely will win his heart back tonight!". Tak semena pinggangku dirangkulnya. Syed Azlan begitu bangga memperkenalkan aku kepada Hidayat. 

"Oh, jadi inilah 'ayah angkat' yang you cakap ajak dinner last minute tu ya?". Saiful dan Syed Azlan saling berpandangan. Sumpah saat ini kalau toreh mukaku pun tak berdarah. Kata-kata Hidayat sinis tepat menampar ke mukaku. Tuhan, jika diberi pilihan, aku tak nak berada di sini sekarang....

"Err.. Hid... hmmm let me explain...". Hidayat mula berdiri. Dia menepis tanganku. Wajahnya merah menahan marah. Tak disangkanya K lelaki yang mula mencuri hatinya kini rupanya bermain cinta dengan Syed Azlan, sahabatnya sendiri. K yang difikirnya naif, jujur, sanggup menipunya di telefon tadi. Ayah angkat konon!

"Wait, waitt... apa semua ni? K, Hidayat? You guys know each other?".

"Of course, Lan! Aku kenal sangat dengan K. Kerana dia juga orang yang sama yang aku ceritakan pada kau sebentar tadi! Now guys, please excuse me...". Agak tinggi nada suara Hidayat. Tidak pernah aku lihat dia semarah itu. 

Hidayat pantas berlalu. Aku terkedu. Tak mampu nak berkata or berbuat apa-apa. Saiful juga seperti kebingungan. 

"Hmmm... jadi.... you dah jumpa someone new kat sini?". Aku pandang Syed Azlan. Dia kelihatan tenang.

"I'm sorry... I didn't mean to...".

"No, no... it's okay. Not your fault... I ni je yang bodoh yang masih mengharapkan cinta you. Sedangkan I tahu you tentunya sudah move on dengan lelaki lain," Syed Azlan berhenti seketika sebelum menyambung.

"Dan paling I tak sangka, lelaki itu kawan baik I semasa di universiti. I kenal dia K... dia lelaki yang baik... well, good luck to you... Saiful... please take care of him... I balik dulu....".

Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaanku waktu itu. Malu, sedih. geram dan marah - segalanya berbaur. Sungguh aku tak merancang semua ni berlaku. Mujur ada Saiful cuba menenangkan aku. 

"Jom, kita pergi tempat lain. Bagi kunci, aku drive!". Aku cuma menurut. Speechless!

"Tuk! Tukk! K buka pintu ni...".

Diam. 

"K, dah tengahari lah... takkan kau nak berkurung je dalam bilik tu? Aku lapar ni... jom la makan!".

Diam.

"Ok, kalau macam tu, aku balik KL now!".

"Kau pun nak tinggalkan aku?". Perlahan-lahan pintu bilik terkuak. Aku memeluk Saiful. Dari malam tadi aku tak dapat tidur. Celaka semua yang terjadi. Tidak sanggup lagi aku nak tatap muka Hidayat lepas ni. 

"Nasib baik kau keluar... bodoh! Pasal lelaki nak berkurung! Macam pompuan...".

"Hey, aku laki aar....":.

"Bis tu... chill la weh. Kalau dia cinta dan sayang kau, dia patut dengar dulu penjelasan kau, bukan blah macam tu je. Kau pun satu, lenkali cakap je la terus-terang, pi jumpa ex-boyfriend, kang senang."

"Eleh, kau cakap senang bro... aku malas nak pusing-pusing!".

"Hah, malas... bis sekarang siapa yang pusing?". Betul la tu kata Saiful. Benda dah nak jadi kan...

"Bis, sekarang apa patut aku buat?". Aku duduk di sebelah Saiful. Tangannya rancak menukar-nukar channel di tv.

"Pi beach, swimming and cari gula-gula!".

"Cari gula-gula?".

"Pemanis lah! Eye candy! Hish... lembab!".

"Ooh...". Blur jap. Dah lama tak keluar flirt-flirt cuci mata kan...

"Aku nak lunch dulu... kita ajak kawan aku, Ray dan Adam. Boleh kau kenal-kenal!".

"Siapa tu? Handsome ke?".

"Ray handsome, putih, cerahhh... Adam not your type kot!".

"Ok set... aku siap-siap skang... dah pi mandi.. busukkk!".

Aku menelefon Adam. Mintak-mintak dia free tengahari ni. Selalunya Adam sibuk dengan tournya. Tambah-tambah peak season sekarang. 

"Dam! Sibuk? Jom lunch...".

"Driving... on the way back home. Kat mana?".

"Tempat biasa... see you at 1.30 kay...".

"Set... aku balik ambil Ray dulu....".

Ray dan Adam.

Aku suka mereka. Kali pertama kami berkenalan kira-kira sebulan lalu di Full Moon Party di rumah Lee di Bukit Hantu.

Lee adalah kenalan Hidayat, berbangsa Cina dan mempunyai perniaaan spa dan rumah urut sendiri di Langkawi.

“You tunggu jap, I just wanna say hi to my friends kat hujung sana. I ambilkan you drink. What do you want?”.

“Err, it’s ok. I ambil sendiri nanti. Thanks!”.

“Okay, kejap ya. Wait sini..”. Hidayat tinggalkan aku seketika.

"Hi, baru sampai?". Satu suara menegur. Aku toleh. Dua lelaki tampan berdiri tersenyum melihatku.

"Ya, hai... saya K. Just K...", aku cuba meramahkan diri.

"Adam...". Lelaki yang menegurku memperkenalkan diri.

"Hai, saya Ray... and I'm his boyfriend... hehe", ujar seorang lagi. Aku bersalam dengan keduanya.

Ray kacak, berkulit putih, ada iras-iras arab sedikit sementara Adam berkulit sawo matang, kurus dan tinggi lampai. Kami berbual-bual seketika. Sememangnya aku tidak mengenali siapa-siapa di sini. Kalau tak kerana Hidayat yang mengajak, tak mungkin aku berada di sini.

"Hello guys, I'm Hidayat. Karl Hidayat. And this is my boyfriend...". Tak semena Hidayat muncul. Dia menghulurkan aku segelas Light Coke. Aku tersipu-sipu. Pertama kali Hidayat memperkenalkan aku sebagai 'boyfriend' kepada orang lain.  

"OMG! K, you’re with this guy?? Apasal tak bagitau kami awal-awal you datang dengan Karl Hidayat!”.

“Hehe, kenapa? Korang jealous?”. Hidayat tersengih. Dia pantas menggenggam jari-jemariku dan menciumnya di depan Ray dan Adam. 

“Man! You’re such lucky dude! Hidayat ni hot stuff tau! Satu pulau nak dia...”.

“Sorry! I’m attached!”. Hidayat merapat, bahuku dirangkul kemas-kemas. 

“K, you’re such lucky man.... congrats!”.

Aku terkedu. Tak tahu macam mana untuk mempamerkan reaksi. Hidayat tak putus memandangku. Makin lama kami bertentang mata, makin cair dan lemah aku dibuatnya. 

Itu cerita kali pertama bagaimana aku mengenali Adam dan Ray. Ikutkan, kami taklah rapat sangat tapi mereka okey. Kerap juga keluar bersama dan lepak-lepak. 

"You sure?".

"Sure what?".

"Tadi tu...".

Hidayat capai gelas. Dia meletakkan di atas meja berdekatan. Kedua-dua belah tanganku dirapatkan ke dadanya. 

"Tak percaya, belahlah dada I...". Mukanya serius tapi entah kenapa aku seperti mahu ketawa. 

Aku bawa Saiful ke Rafii's, port lunch kegemaranku. Sementara menunggu Adam dan Ray sampai, aku membuat pesanan.

"Apa yang sedap?", tanya Saiful sambil membelek-belek menu. John, pelayan Myanmar yang aku kenal di situ sudah sedia untuk mengambil pesanan.

"Semua sedapp.... kau cubalah Zah Fried Rice tu. Not bad lah!".

"Ok! Kasi Zah Fried Rice satu. Kau?".

"Hmmm... just coke! Letak lime ya...".

"Coke sahaja?".

"Later lah... aku belum lapar. Diorang datang nanti aku order."

"Oh, okayy...".

Seketika John berlalu. Aku ralit memerhati pasangan mat saleh sedang menikmati "sun-bathing" di pantai. 

"Teringat ke beb?".

Aku tersenyum. 

"Malas nak fikir pasal semalam. Dia nak marah aku, marahlah... bukan aku plan pun jadi camtu...".

"Greaatt!! Camni lah K yang aku kenal. Sepupu aku dah kembali. Yaay!".

"Kalau pasal malam tadi dia nak buang aku pun, buanglah... what more can I say?".

"Hish, takkanlah kot. Tak mungkin lah dia sampai nak buang kau. Tak profesional langsung! kau tu consider anak emas syarikat tau tak. Kalau tak takkan beriya dia mintak ko datang sini kerja ngan dia...".

"Hati orang Pul...".

"Hey guys! Dah lama tunggu?". Tak semena Adam dan Ray muncul. Kami berjabat salam. Aku memperkenalkan Saiful pada mereka. 

"Baru je sampai. Duduklah dulu...".

"Aku baru habis tour pagi tadi. Kebetulan kau ajak lunch, ni si Ray dah kebulur tunggu aku kat rumah...".

"Haha... by the way guys, ni kenalkan sepupu aku, Saiful. Dia baru sampai dari KL...".

"Oh, hai... nice meeting you...".

"Thanks... saja la datang temankan si K ni hah... asyik mengadu bosan je katanya...".

"Bosan? Haha... ada buah hati pun bosan?", seloroh Ray. 

Kata-katanya tidak bersambut. Suasana ter ‘pause’ seketika.

"Ooh... okay... hmmm let's see what to eat. Honey... you nak makan apa?". Cepat-cepat Adam menukar topik. 

Hampir dua jam kami lepak-lepak di Rafii's. Makan, borak-borak, lega aku ada kawan-kawan macam diorang ni. Kalau tak mesti aku dah sah-sah tengah layan perasaan sorang-sorang kat rumah.

"Not good...".

"Hmm apanya yang noot good?".

"Kau tu... mengelamun... depan rezeki beb! Makan lah...", tegur Saiful. Tak sedar chicken salad ku belum disentuh.

**********

"Kak Mas, K tak masuk ofis?".

"Dia cuti Encik Hidayat. Hari ni dan esok." Mastura, setiausaha pejabat patuh memberitahu.

Hidayat mendengus. Dia kembali masuk ke bilik. Terasa kesal kerana telah memarahi K tanpa usul periksa. Syed Azlan telah menjelaskan segala-galanya kepadanya. Aaahh kenapalah aku terburu-buru sangat malam itu? Simpati pula bila dia teringatkan wajah K yang tak bersalah di hotel.

Perlukah aku pujuk dirinya? Tapi how? Telefon, minta maaf? Or hantar je bunga? Should I call florist now? Eh, wait... K tak suka bunga... lagipun dia laki. Ish, jatuh cintakah aku ni? Erghhh... Hidayat menggaru-garu sendiri kepalanya yang tidak gatal. 

Bersambung....

K.

5 comments:

uncleabang said...

cepat publish next chapter..x sabar.

danny said...

musim ketiga nie smbugan utk musim kedua dgn pertama tu ker?

Unknown said...

call/sms 01119303832
suka jolok lubang
terengganu

Unknown said...

where are u go mr writer? please comeback..hehe.. btw im your new reader here.. i tau takkan baca komen i drpd apa yg i lihat.. btw nice story..

K. said...

Hi guys!!

Sorry yeaaaah i know ramai nak tau kisah/episod selanjutnya... dah tulis beberapa episod baru... i cuba update seberapa segera yg boleh kay... anyway thanks for dropping by n sudi baca Boy KL...

Enjoy n hv a nice day everyone!!

Best regards,
K.