Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, January 17, 2014

Episod 24 : Andai Aku Milikmu



"K, tidur sini ya....". Mummy Kamariah bersungguh memandang mukaku. Aku kaget. Mataku kalih memandang Hidayat. 

"Tidur je sini, esok Ahad kan... ofis tutup." Mummy jeling Hidayat.

"Ha'ah, K... you tidur je la sini. Boleh teman mummy borak-borak malam ni. I nak layan bola... Arsenal...". Hidayat cepat-cepat bingkas dari kerusi. Dia ke sinki.

Makan malam yang sangat sedap. Aku hampir kekenyangan. Banyak betul mummy masak. Ada pajeri nenas, ada sayur lemak. Semua tu kesukaanku. Tak sangka biarpun berdarah Perancis, mummy pakar memasak masakan Melayu. Mungkin disebabkan lama hidup di kampung dan berkahwin dengan arwah ayah Hidayat, dia sebati dengan suasana dan cara hidup di sini. 

"Saya keluar kejap. Amik angin...", aku minta diri. Aku ke beranda depan. Hanya bunyi cengkerik yang menemani pandangan. Gelap. Kampung sangat aman. Aku berteleku di situ.

"You tidur sini ya... please?". Hidayat tiba-tiba muncul. Dia tongkat daguku. Pandangan tajam merenung ke anak mataku. Aku tepis perlahan, bimbang tiba-tiba mummy muncul.

"Mummy kat dapur. Don't worry, just us...". Hidayat seakan tahu apa yang kufikirkan.

"Tenang kan sini... saya suka Langkawi." Aku ubah topik.  

"Nanti sunyi, kalau you dah balik...", ada nada sedih di situ. Aku toleh memandang Hidayat.

"Lagi empat bulan...", sambungku. Hidayat bungkam.

Suasana hening seketika.

Tak sangka betapa cepat semua ni berlalu. Terasa aku masih lagi di Kuala Lumpur. Teringat beberapa perkara yang aku lalui sebelumnya, aku getap bibir perlahan, sebelum memandang kembali wajah Hidayat. Dengan tawarannya ke sini, boleh kukatakan dia penyelamat. 

"You should consider his offer K. Even I need you, our company need you here, you're the best and the most talented person that I've known so far, but I percaya rezeki you memang kat sana...", kata-kata Kat, bosku beberapa hari lepas sewaktu perbualan kami di telefon sedikit-sebanyak buat aku terfikir untuk menerima tawaran Hidayat. Aku tahu sukar untuk Kat lepaskan aku, tapi dengan apa yang terjadi antara aku dan Aril, anak saudaranya, mungkin ini yang terbaik. 

"K, nah ambil towel dan pelikat ni. Nanti Hidayat bagi t-shirt ya. Mummy nak ke dalam sebentar. Kamu berdua rehat lah...". Aku sambut seraya mengucapkan terima kasih. Mummy berlalu. Tinggal kembali aku dan Hidayat berdua di beranda.

"You pergilah mandi shower dulu. I nak tengok bola jap. Nanti dah wangi i nak kiss you!".

Sejuk betul air di perigi. Aku menggigil macam orang demam. Mummy cuma menggeleng. Tersenyum melihat aku yang masih lencun baru keluar dari bilik mandi.

"Kenapa tak pakai shower biasa je K? Kan dah sejuk tu? Pergi cepat naik tukar baju."

Aku sengih.

Saja dah lama tak merasa mandi cara kampung. Kalau dulu di kampungku di Kelantan, selalu jugalah waktu kecil-kecil. Teringat arwah datuk, cepat-cepat dia membalut aku dengan towel sebaik naik dari perigi. 

Aku terus masuk ke bilik. Gigilku bertambah sebaik angin malam dari tingkap menerjah masuk.

"Sejuk?". Aku toleh. Baru sahaja hendak kusarungkan t-shirt, tak semena Hidayat muncul.

"Shhh.... nanti mummy dengar. Come... I just want to hug you." Aku merapat, menurut arahan Hidayat. Tanganku kini tersilang rapat ke belakang. Kejap dia mengunciku begitu.

"I thought you nak tengok bola....". Ingatku.

"It's ok... itu boleh tunggu. You, basah-basah... handsome...". Aku cuba menahan tawa mendengar kata-kata Hidayat.

"Lucu?".

"Taklah. Tapi macam over sikit... I sejuk ni. Nak pakai baju...", tak semena Hidayat mengambil t-shirtku lalu disarungkannya perlahan ke tubuhku.

"Sejuk lagi?". Aku geleng, tersipu.

"Jangan buat macam tu lagi lah, I bukan budak-budak... malu...". Mukaku merah.

"Tuk! Tukk! Hidayat... K... mai keluar minum. Mummy ada buatkan teh...".

"Ye, mummy kejap. Tengah borak ngan K ni...". Tanganku yang tersilang mula dilepaskan. Mujur mummy panggil. Kalau tak entah apa lagi babak yang akan berlaku.

"Sejuk air tu nanti... mummy letak kat luar ya...". Bunyi derap berlalu.

"Jom... mak mertua you dah panggil tu...".

"Hah, banyak la you punya mak mertua... suka kacau-kacau ya! Meh sini nak ciumm!". Aku pantas tarik leher Hidayat lalu mencium pipinya sebelum berlari keluar. 

"Nakal...!!".

Ahad tengahari. Hidayat menghantarku pulang. 

"You sure tak nak I temankan ke airport?".

"Yup it's okay. I cuma pergi ambil Saiful then balik. Nanti I kenalkan my sepupu tu dengan you ya."

"Okay dear. Nah cium sket sebelum keluar!", Hidayat dah sua pipi sambil memejamkan mata. Keadaan "pause" seketika. Aku teragak-agak, mataku mengerling pak guard di sebelah. Dari jauh dia memandang gelagat kami...

"I tunggu ni...", Hidayat masih menunggu reaksiku.

"Mmuuahh!". Tak sampai satu saat dan itu ciuman paling pantas pernah kubuat. Aku terus membuka pintu kereta. Momen itu buat aku senyum-senyum sendiri. Please jangan lah jatuh cinta lagi... please, pleaseee....

Hidayat berlalu. Aku naik ke apartment. Lagi sejam untuk kubersiap dan mengambil Saiful di airport. 

Sebaik menghidupkan enjin Jeep, sudah dapat satu panggilan masuk dari Saiful. Ah sudah tiba dia. Nasibku baik. Jarak airport dan Cenang tak sampai 10 minit.

Aku gembira Saiful akhirnya datang juga. Selama aku di sini, ini kali pertama dia menjenguk ku di Langkawi. 

"Aku bakal ke sana juga bulan depan. Ada shooting iklan. So boleh tengok-tengok dulu apa yang menarik!", tukasnya beberapa hari lepas semasa kami berbual di telefon. 

"Hey, khayal!! Aku kat depan ni!!". Aku terpisat seketika. Tak semena Saiful sudah pun berdiri di depanku. 

"Pul!! Rindu sangat kat kau!!". Aku peluk Saiful erat tanpa mempedulikan khalayak. Lama kami begitu. Aku benar-benar rindukannya!

"Hehe... Naahh aku bawakan kau cookies kesukaan!", Saiful hulurkan Famous Amos. Wahh ingat juga kau yer.....

"No nuts?"

"Yep! No nuts!". 

"Thanks....".

"Jomm!".

"Eh japp! Waitt....". Saiful kelihatan mencari-cari kelibat seseorang. 

"K, jangan marah aku tau...".

Dari belakang muncul wajah yang selama ini paling aku cuba elakkan....

"Hmmm... Kau ajak dia?".

"Sorry K. Dia tau aku nak datang. Dia sendiri yang book flight and follow aku."

Lidahku kelu, waktu bagaikan terhenti seketika...

Bersambung...

K.

2 comments:

Unknown said...

nice bro..
xsabar menunggu episod seterusnya

Unknown said...

How to Play Pai Gow Poker | BetRivers Casino - Wolverione
Pai Gow Poker herzamanindir.com/ is an titanium earrings online version of a 토토 사이트 모음 traditional table novcasino game in which players place bets in the background. Pai Gow Poker uses only the symbols from a worrione