Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, August 23, 2013

Episod 23 - Indahkah Lagi Cinta?

 

Jam hampir ke pukul lapan malam. Perutku dah mula berkeroncong. Nak masak ah malas pula. Aku berkira-kira untuk ke pasar malam berhampiran. Tak jauh pun Kuala Teriang dengan Padang Matsirat. Kata budak ofis, ada nasi kerabu. Kecur bila teringatkan makanan kegemaranku.

Tak sampai beberapa minit memandu, aku tiba. Susah juga nak mencari parkir pada awalnya. Aku masuk ke kawasan sekolah berhampiran. Ah, kebetulan memang ada disediakan parkir di situ. 

Dari satu gerai ke satu gerai aku singgah. Memang banyak pilihan makanan. Rambang mata dibuatnya. 

Tiba-tiba mataku terpandangkan seseorang. Hmm aku amati. Wajahnya macam biasa ku nampak. 

Boy? Aku cuba mengingat.

“Hey, K! Mahu nasi lemak?”. Boy ramah menegur sebaik aku menghampiri. Nyata aku tak silap orang. Boy, teman Ikhwan waktu di Sun Bar. Mujur dia juga masih mengingatiku.

“Saya tak tahu kamu berniaga di sini?”.

“Oh, gerai ni, kawan saya punya. Saya tolong je. Saja suka-suka!”.

“I see. Hmmm bagilah saya sebungkus. Tambah ayam goreng ya!”.

“Kalau nak lepak datang la lepas jam sepuluh. Gerai dah tutup. Boleh kita borak lama sikit!”, ujar Boy sebaik aku membayar harga makanan.

Aku angguk. Jam sepuluh aku berjanji untuk datang kembali menjemputnya.

Hmmm mana aku nak pergi ni? Ah, jalan-jalan je la jap. Lagi dua jam. Aku telefon Bidin, salah seorang staf pejabat. Bidin antara pekerja di pejabat yang paling akrab denganku. Kebetulan rumah sewa Bidin tak jauh dari tapak pasar malam berkenaan.

“Temankan saya makan?”.

Tak sampai sepuluh minit, Bidin muncul di pasar malam. Dari jauh dia menyeringai dengan motornya. Kami singgah di gerai berhampiran.

“Tu lah encik, saya suruh cari bini tak nak... kang dah kena makan gerai...”.

“Ish, kamu ni Bidin... ke situ pulak. Habis kamu cakap saya, kamu tu bila lagi?”. Sekali lagi Bidin tersengih.

Bidin ni boleh tahan. Selalunya begitulah. Kalau di pejabat asyik borak hal-hal serius, kalau di luar, Bidin banyak hiburkan aku. Lebih-lebih Bidin orang sini, dia lebih arif dengan selok-belok di Langkawi. Sedikit-sebanyak terubat juga aku bila lepak dengannya. Nak cari tempat-tempat makan best-best, boleh tanya Bidin.

"Dah kenyang?".

"Burppp! Dahh... tq belanja Encik K." Bidin menepuk-nepuk perutnya.

Aku berjalan di sekitar pasar malam. Orang sudah mulai kurang. Aku kembali ke gerai nasi lemak di mana Boy berkerja.

“Member dah balik?”.

“Dah. Kami tutup awal tadi. Jualan habis. Licin!”. Boy pamer wajah gembira.

“Awak selalu tolong kawan berniaga?”.

“Saya cuma tolong Cak. Dia orang susah. Dulu kami sama kelas waktu di akademi. Cak tarik diri lepas maknya meninggal. Takde sapa nak bagi duit untuk adik-adik. Jadi dia bukak gerai jual nasi lemak di pasar malam. Kami dah macam adik-beradik.”

Aku angguk. Terharu pula mendengar cerita Boy. Baik budak ni. Boy hanya ber t-shirt polos dan berjeans lusuh. Langsung tak nampak karakter anak bandar dalam dirinya. Mujur wajahnya yang comel tapi maskulin tu menarik perhatianku.

“Kita nak ke mana?”.

“Mana-mana aje asal boleh lepak-lepak.”

“Tadi tu sapa?”.

“Oh, Bidin. Staf saya. Saya ajak dia teman tadi sementara tunggu awak.” Boy angguk. Kami dah masuk ke perut kereta.

“Awak pernah ke Rafii’s?”. Boy geleng.

“Mahal situ. Saya kan student lagi...”. Aku senyum.

“It’s ok. Saya bawak awak.”

Aku pandu ke arah Cenang. Kami menuju ke Rafii’s Bar yang terletak di tepi pantai, antara spot lepak kegemaranku di sini.

Rafii’s Bar.

Aku pesan segelas Light Coke. Boy macam berkerut.

“I’m driving,” ujarku, seakan faham kenapa Boy seperti hairan.   

“Err, bagi saya sama lah. Thanks!”. Pelayan berlalu sebaik mengambil pesanan. Boy tersengih melihatku.

“Encik K mesti pelik kan masa nampak saya jual nasi lemak tadi?”. Tiba-tiba Boy menyoal.

“Ha’ah. Tertanya-tanya gak...”.

“By the way, panggil saja saya K...”.

Boy tersipu.

“Nasib baik awak tak layan Ikhwan malam tu. Dia tu gila...”.

“Gila? Maksud awak...?”.

“Dia gila. Hmm dua-dua dia belasah. Lelaki boleh, perempuan pun boleh.”

“Awak boyfriend dia?”, soalku menduga.

“Haha, mintak simpang. Saya cuma temankan Maya malam tu. She’s my good friend. Maya tu kemaruk sangat nak kat Ikhwan. Dia tak kisah Ikhwan simpan lelaki lain.”

“Jadi siapa boyfriend Ikhwan?”.

“Razif. Dia airline crew. Tapi Razif jarang di Langkawi. Selalu fly sana-sini. Makin panjang lah langkah si Ikhwan!”. Aku angguk. Hmmm Razif yang punyalah kacak macam tu pun sanggup si Ikhwan ni duakan?

“Hati-hati. Dia buaya K!”.

“I will. Don’t worry.”

“Saya tahu dia sukakan awak...”.

“Dia cakap?”.

“Saya kenal Ikhwan. Dia memang suka ‘fresh meat’. Semua orang baru di pulau ni dia nak ngap. Lebih-lebih good looking guy macam you.”

“Haha, thanks...”.

Kata-kata Boy aku semat. Boy buat aku ingatkan Saiful. Biarpun perangainya gila juga kadang-kadang, Saiful sangat melindungi aku. Ada persamaan mereka ni.

“You gay?”. Tak semena soalan tu muncul dari bibirku.

Lama Boy pandang aku. Seakan sukar dia menjawab.

“Boleh saya jawab lain kali?”.

Aku cuma tersenyum. Misteri budak ni!

********

“K, you free malam ni?”. Hidayat datang ke tempatku sebaik habis mesyuarat.

“Free, kenapa?”. Hidayat seperti segan-segan pagi ni. Tak pernah-pernah pula dia macam ni. Beberapa orang staf menjeling-jeling ke arah kami.

“Err, mummy ajak you dinner kat rumah. Dia masak special. I jemput you?”.

“Hai, semalam kan I dah lunch with you.” Ujarku senyum. Makin merah muka mamat ni.

“Lunch tu I yang ajak. Ni mummy. Dia nak sangat jumpa you. Please, boleh ya?”. Rayu Hidayat. Dia dah mula buat muka kesian.

“Ok. Sure.” Aku setuju akhirnya. Hidayat nampak gembira.

“Cool. Jam tujuh setengah I datang jemput you kat apartment. See you!”. Hidayat pantas berlalu. Aku sambung buat kerja.

“K, lucky you! Bomoh mana kau pakai? Akak nak jugak!”. Cuit Anna, rakan sekerjaku tiba-tiba. Kepoh pulak makcik ni.

“Lucky why?”. Aku buat-buat tak faham.

“Encik Hidayat tu sangat susah nak rapat ngan orang, especially new staff. Dia tu serius dua puluh empat jam. Muka garang... keturunan mat saleh katakan!”, sampuk Kak Senah, kerani di depan.

“Shhh... tak baik ngata bos! Repot kang!”. Sampuk Jijie. Dia menjuih. Minah meja hujung ni memang anti kalau kutuk-kutuk bos. Peminat nombor satu Hidayat kat ofis.

“Alah, Jie... Kitorang gurau je. Okay la dia baik ngan K. Tak la kelam-kabut kita semua ni dibuatnya. Aman pejabat, tak gitu kak...”, balas Anna cuba nk cool kan Si Jijie. Kak Senah hanya ketawa mengekek. 

Haha, lantak korang lah. Janji happy semua. Pompuan kalau tak bergossip tak sah!

“K, line 1. Ada orang cari hang!”. 

Aku angkat gagang.

“Hello... K bercakap?”.

“K, it’s me, Ikhwan. Sorry ganggu you di pejabat. Shall we go out tonight? I jemput you...”.

“Oh, Ikhwan... hmm sorry, I dah ada date...”.

“With who? Hidayat?”.

“Hmmm yes. I’m going to see his mom later for dinner. So sorry...”.

“It’s okay. Malam esok?”.

“I’m not sure yet. I’ll call you okay?”.

“Hmm, ok lah!” Klik! Line terputus begitu sahaja.

Eh, eh merajuk ke?

Hmmm... dia ni betul-betul ke nak aku? Macam serius pulak...

Waktu hampir ke jam enam petang. Berkali-kali Hidayat ingatkan aku tadi sebelum balik.

“Jangan lambat. Mummy tunggu you. Tujuh setengah I jemput!”.

Aaarghhh... nak kata ni aku workaholic tak juga. Tapi dari balik takde buat apa, better aku habiskan je kerja-kerja di pejabat ni. Dah masuk empat bulan aku kat sini, hampir lapan puluh persen masa kuhabiskan untuk kerja.

“K, ada surprised untuk kau. Jangan lupa amik aku kat airport nanti k!”. Hatiku berbaur. Antara teruja Saiful, sepupuku datang berziarah hujung minggu ni, dengan ‘surprised’ yang dibawanya. Please, please harap-harap bukan seperti yang aku fikir.... Hmmm....

Gosh, dah lambat. Aku gegas tutup lampu. Ternampak Pak Itam, jaga ofis masih ada kat bawah. Aku lambai-lambai, tanda aku nak tinggalkan pejabat. Dia angguk sambil senyum-senyum.

“You look great...”. Hidayat merangkul tanganku. Dia meramas perlahan, sebelum menarik ke bibir dan mengucup jari-jemariku. Aku kaget. Macam orang bercinta pulak.

“Err, shall we?”.

“Ooh, sorry. Ya dah lambat. Mummy pasti dah tunggu...”. Hidayat menghidupkan enjin. Dan kami membelah malam Kuala Teriang menuju ke Cenang.

Bersambung....

K.

2 comments:

Anonymous said...

i like it, tp terasa mcm pendek sikit. hope it will be more interesting in the next chapter

Firda said...

congrats...
interesting story...tp lambat sangat update..bila nak update yg bru?
apepun terima kasih untuk cerita yang menarik ni...