Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Wednesday, July 24, 2013

Episod 22 : Cinta Dan Harapan


“Hey, K! Apa you buat kat sini?”. Aku toleh. Kelibat Ikhwan datang menerpaku. Seorang wanita seksi dan seorang lelaki muda kelihatan bersama-samanya. 

“Ikhwan! Hmm... saja keluar. Bosan di rumah!”.

“Hai, mana buah hati pengarang jantung, tak temankan?”. Aku memandang Ikhwan. Dia tergelak kecil.

“Tak ajak Hidayat?”. Ikhwan mula merapat. Aku geleng. Masakan aku nak ajak, tambah lagi Hidayat bosku.

“Oooh, I get it. Nak memancing, takkanlah nak ajak boyfriend yer tak?”. Sinis nada Ikhwan. Aku buat-buat tak dengar. Malas nak peduli kata-katanya.   

“Alamak sweetheart dah marah. Nah beer, kasi cool sikit!”. Ikhwan hulur beer yang dipegangnya. Aku tolak. 

“I’m driving. Thanks!”. Aku segera beralih ke meja belakang. Entah kenapa aku ke sini. Sun Bar penuh sesak dengan manusia. 

“I’m sorry. I biadab tadi. Coke?”. Ikhwan kembali beberapa minit kemudian. Dia hulurkan segelas Coke. 

“It’s okay. Where’s your friends?”. Soalku bila melihat Ikhwan sendirian. 

“Tu sana. Tengah menari.” Dia menuding ke arah teman-temannya tadi.

"Minumlah! It's clean, no drugs. Don't worry."

"Thanks...".

“Err, boleh I teman you?”.

“Sure, why not. I’m alone by the way...”.

“I like you....”, luah Ikhwan tiba-tiba. Kata-katanya buat aku hampir tergelak. 

“You like me? Haha. Why?”.

“Well, I just like you... you’re adorable, charming... hmmm attractive!”. Tangannya mula merayap menyentuh ke kolar bajuku. Aku tepis perlahan.

“Darlinggg... apa you buat kat sini. Puas I cari you!”. Perempuan yang kulihat bersama Ikhwan tadi tiba-tba muncul.

“Alah, sayang. Pegi la menari dengan Boy kejap. I busy ni...”. Ikhwan cuba memujuk gadis berkenaan.

“Hi, I’m Maya. Hati-hati dengan boyfriend I ni, dia buaya...”. 

“Sayanggg.... pegi sana. I tengah berborak ni...”.

“Okay, bye... good luck!!”. Maya berlalu tinggalkan kami. 

“Sorry. Maya tu, dia mabuk agaknya. Kacau saja!”. Aku senyum sinis. Lelaki macam Ikhwan ni, dah banyak kali aku jumpa di KL. 

“You nak apa sebenarnya ni?”. Ikhwan mula tak keruan. 

“I nak you...”. Sekali lagi Ikhwan buat aku tergelak.

“You jangan melawak la Ikhwan...”.

“I serius ni... I like you.”

“Maya?”.

“Alahhh, Maya tu perempuan... lagipun dia bukan my special...”.

“Encik Ikhwan... saya hormat you kerana tumpangkan saya tempohari. Itupun kerana Razif, boyfriend you yang beriya-iya mahu I naik kereta you. Now Maya pula? Dan siapa tadi, Boy? Hmm... sorry, I guess you dah tersilap orang...”.

“K, please... mereka tu semua kawan... I like you since the first time we met dulu...”.

“Maaf, saya nak balik. Jumpa lagi!”. Aku gegas keluar. Terpisat-pisat Ikhwan melihatku tinggalkan bar.

“K!”. Aku percepatkan langkah. Tak mahu Ikhwan mengejarku. 

“K, nanti!”.

“Err, Boy... apahal?”.

“Maafkan saya. Sorry pasal Ikhwan.”

“Tak mengapa... saya nak balik. See you next time!”.

“Ini kad saya. Apa-apa boleh call...”.

“Sure. Have fun!”.

Malam bagaikan terlalu panjang. Berkali-kali aku cuba rapatkan mata namun payah. Aku bingkas bangun. Langkahku maju ke beranda. Bunyi ombak jelas menusuk telinga. Lautan kelihatan berbalam-balam. Gelap pekat. 

“I nak you... I nak you... I nak youuu....”. Kata-kata Ikhwan sewaktu di Sun Bar tadi bagaikan terngiang-ngiang di telingaku. Gilaa! Dasar buaya- tak puas dengan satu. Depan girlfriend pun boleh mengorat lelaki lain. 

Mataku melilau masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi. Aku tertoleh kad nama yang kuletak bersama wallet di atas meja.

Ariff Afiq
Juruterbang Pelatih

Wajah Boy menerpa dibenakku.

Oh, bakal pilot rupanya. Ariff Afiq. Hmmm sedap nama tu. 

Baru kuingat apartment tempatku tinggal ni terletak tidak jauh dari akademi pusat latihan penerbangan. 

“Sorry pasal Ikhwan. Ini kad saya. Apa-apa boleh call...”. Kata-kata terakhir Boy tadi sebelum kami berpisah. Aku senyum sendiri. Tidak sedar jam berapa aku terlelap di sofa malam itu. 

**********

“Awak dah ready?”.

Diam.

“K?”.

Diam.

“K, are you here?”. 

“K...”.

“Oh, hah... ye, saya... yeah, I’m sorry. Saya... saya terfikirkan sesuatu tadi...”.

“Hai, teringat orang di Kuala Lumpur ya?”.

“Hah, mana ada. Saya fikir hal kerja...”.

“Hmm okay. Saya percaya.” Hidayat senyum menampakkan tulang rahangnya yang seksi. Sumpah dia sangat kacak hari ni. Vest kelabu yang dipakainya kena dengan susuk tubuhnya. Hidayat buat dadaku berdegup beberapa ketika.

“Awak tak rindu saya malam tadi?”. Tiba-tiba soalan itu terpacul. Giliran aku pula tersenyum. Aku mula kekok disoal begitu, lebih-lebih oleh Hidayat, bosku sendiri. Biarpun aku juga ada menaruh hati, namun aku cuba mengawal perasaan sendiri. Tidak mahu lagi pisang berbuah entah ke berapa kali. Kelak aku juga yang makan hati. 

“Maaf, I keluar dulu. Ini fail-fail strategi pemasaran yang I dah buat for our client. Nanti you tengok dan semaklah.”

“K... tunggu dulu...”. Langkahku terhenti. 

“Keluar lunch dengan I hari ini?”. 

“I dah janji dengan bebudak ofis nak lunch with them.”

"Siapa?".

"Err, Anna dan Jijie."

“Ajak mereka sekali.”

“You sure?”.

“Err, no, tak, tak. Next time kita ajak mereka. Today I just wanna be with you. Shall I?”. Kuyu mata Hidayat membuatkan aku serba-salah. Romeo sungguh mata mamat ni. Kalah aku. 

“Hmm okay, just lunch right?”.

“Sure, just lunch. I belanja...”.

Aku tarik nafas. Hidayat ni memang potensi untuk buat aku jatuh cinta lagi. Cukup-cukuplah, desisku perlahan. 

Honestly, kami masih dalam proses mengenali. Tak banyak yang aku tahu pasal Hidayat. Waktu kami sama-sama jumpa di atas bot dulu, mati-mati aku ingatkan dia ni mat saleh. Kalau tak dengar kefasihan dia bertutur, memang orang takkan tahu dia berdarah campur. 

“Chang?”. Aku sambut. 

“Thanks...”.

“Hidayat. Karl Hidayat.”

“Oh, Melayu!”. Getus hati kecilku.

“I know what you thinking. Saya Melayu, orang Malaysia. But my mom French.” Hidayat menyambut salamku. 

"Boleh saya duduk?".

"Yeah sure. Duduklah!".

Dia mula melabuhkan punggung. Kami berbual-bual di hujung dek. 

“You alone?”.

“Yes, just me and myself. Hmmm...”.

“You sound sad...” Hidayat seakan dapat membaca perasaanku waktu itu.

“No, I’m okay. Most of the time I memang suka sorang-sorang.” Terangku antara jujur dan tidak.

“Oh, jadi I menggangu?”.

“Haha. Hell no. Lagi baik ada orang nak temankan. Lebih-lebih good looking man macam you.” Entah mecam mana tiba-tiba ayat itu terpacul. Hidayat tersenyum. 

“How about you? Are you alone too?”.

“Patrick, my good friend own this boat. I selalu join the cruise kalau ada masa terluang. Kebetulan hari ini bertemu you di sini. What a lucky day.” 

“Ohh...”. Aku termalu sendiri. Hidayat cuma sengih. 

Kami terus berbual sambil menyaksikan matahari terbenam. Entah dah berapa tin Chang dah kuhabiskan. Tak sedar tubuh masing-masing kian merapat. Aku semakin selesa dengannya. Sensual Hidayat benar-benar merangsangku.  

Dan siapa sangka, hari ini Hidayat yang kukenali beberapa tahun lalu adalah bosku, atau lebih tepat lagi, bos sementaraku untuk beberapa bulan seterusnya. 

Aku mula merasa bahagia di sini. Mengenali mereka yang baik-baik di sini buat aku kian betah di Langkawi. 

Aku menikmati tiap inci kehidupan baru di sini dengan aman dan gembira.

******

Hampir ke jam enam petang. Ruang pejabat sudah separa lengang. 

Aku bersiap-siap untuk pulang. Jarak rumahku dari tempat kerja tidak jauh. Jalan yang tidak sesak, aku memandu dengan tenang.

Tiba sahaja di rumah, aku rebah di sofa. Terasa lega seketika. Bunyi muzik lembut dari siaran Lite FM menambahkan ketenangan. Buat aku hampir terlelap.  

“Beep.. beepp...”. Aku melihat skrin telefon. Tertera nama Syafika, adikku menelefon. 

“Hello, Ika...”.

“Asalamualaikum, Long...”. Lembut suara Syafika yang kupanggil Ika di hujung gagang. 

“Waalaikumussallam... Ika sihat?”.

“Sihat bang. Mama risau. Lama tak dengar khabar Along. Dia minta Ika telefon tanya khabar...”.

“Alhamdulillah, Along okay. Ika kat kampung?”.

“Ika balik kejap sebab ada interview kat sini. Nek Imah tak sihat. Dia rindu Along.”

Lama aku tak telefon Mama dan bertanyakan khabar Nek Imah. Biasanya rutinku tiap hujung minggu, pasti aku akan telefon Mama. 

Nek Imah, nenekku itu masih kuat. Biarpun usia dah cecah lebih separuh abad. 

“Maafkan Along. Kirim salam nenek dan Mama ya. Along okay sini. Cuma busy sikit.”

“Yelah. Jangan la sampai lupakan kami pula...”.

“Haha, Ika ni. Masakan pula...”.

Cuma Syafika satu-satunya adikku di dunia ini. Dia amat manja dan rapat denganku. Begitu cepat masa berlalu. Dari kanak-kanak hingusan hingga meniti remaja, kini Syafika dah pun pandai uruskan hidup sendiri. 

“Along jaga diri tau. Cepat-cepat cari calon menantu untuk Mama!”. Kata-kata terakhir Syafika sebelum kami menamatkan perbualan. 

“Haha.. insyaAllah. Along tunggu Ika dulu la...”.

“Ishh, orang pula...”.

Begitulah Syafika. Betapa aku rindu waktu kecil-kecil kami di kampung dulu. Hidup yang bahagia tanpa banyak masalah. Perpisahan papa dan mama tidak sedikit pun meracik hubunganku dengan Syafika, malah membuatkan aku lebih bertanggungjawab ke atasnya. 

Kehadiran Saiful, sepupuku menambahkan lagi warna dalam kehidupan kami. Biarpun Saiful lebih dari serba-serbi, namun dia tidak lokek. Syafika juga dah dianggapnya seperti adiknya sendiri.

Wajah Saiful menyeringai. Bersilih dengan wajah Syafika. 

Teringat jawapan sms yang kuterima petang semalam. 

[ Minggu depan aku datang melawat. Get ready! ]

Bersambung....

K.

3 comments:

enchik fitz said...

love ur stiry dude! cuma jgn la lambat update, eager to know what happen to K until the end of the story :D

WK said...
This comment has been removed by the author.
K. said...

Hi Encik Fitz...

Thank you reading my story. Nak jugak tahu komen / pandangan dr sisi pembaca sebenarnya... Boy KL akan kerap update pas ni. teruskan membaca ya... thx :)

K.