Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Saturday, August 25, 2012

Episod 14 : "K, You're Amazing!"



Ampang.

"Aril!"

"Encik K! Apa encik buat kat sini?".

"Err, saya... temankan my cousin- dia shooting kat sini!". Aku tunjuk ke arah Saiful. 

"Saiful Bachtiar tu cousin Encik K?". Aril kelihatan sedikit terkejut. Aku angguk.

"Wow, tak sangka. Dia kan popular. Auntie pun minat dia. Tak pernah miss kalau ada drama Saiful Bachtiar berlakon." Aku cuma menyeringai. Tak sangka singa garang kat ofis tu minat tonton drama Melayu rupanya. 

"Nak tengok saya main futsal?". Aku garu kepala. "Boleh juga....", ujarku tak semena-mena. Aku segera sms Saiful, beritahu aku ke gelanggang futsal berhampiran. Aril kelihatan gembira. Dia lekas-lekas menarik tanganku. Erk!

"Zek, Malik, Sofi- kenalkan, ni boss kat tempat aku praktikal, Encik K. Dia nak lepak tengok kita main futsal malam ni." Aril perkenalkan aku kepada kawan-kawannya. Aku salam tangan seorang demi seorang. Handsome-handsome kawan si Aril ni. Masing-masing ramah sambil tersenyum memandangku.  

"Encik K lepak la dulu. Tengok saya main. Nanti break saya belanja minum ya!". Aril mula masuk ke gelangangg. Elok juga aku datang. Takde la bosan mengadap si Saiful tadi berlakon je. Asyik-asyik kena cut. Sini boleh gak cuci mata... hehe....  

Tiba-tiba phoneku berdering...

"K, kau mana? Scene aku dah habis. Nak blah. Nak makan tak?". Kedengaran suara nyaring Saiful di hujung gagang.

"Err, Pul.. kau baliklah dulu. Aku kat tempat futsal ni. Tengok kawan ofis aku main jap."

"Futsal? Hmmm... sejak bila plak kau minat layan futsal??". Saiful macam tak puas hati. 

"Kau balik la dulu. Nanti jumpa kat rumah. Ok, Pul- see you!". Klik! Aku segera tamatkan panggilan. Lagi banyak aku jawab, lagi kantoi nanti. Malas dengar si Saiful bertanya macam-macam. 

Aku ralit lihat Aril menggelecek. Terbuai aku melihat dia membawa bola ke sana-sini. Dah dua gol dia masukkan. Memang Aril berbakat. Sayang zaman-zaman aku dulu mana ada futsal ni. Main bola biasa waktu kecil-kecil di kampung ada lah. Itupun mengikut beberapa orang sepupu dan bebudak kampung main.  

"Hah, amacam, suka?". Lamunanku termati. Aril mengejutkan aku. Entah bila dia duduk di sebelah aku tak sedar. Bajunya lencun. Rambutnya yang lurus dan sedikit panjang itu basah dan jatuh terjurai-jurai. Dia menyeka ke belakang. Matanya tajam merenungku. 

Aku suka lihat dia begitu. Seksi dengan rahang pipinya yang tirus. Kami berpandangan. 

"Suka!". Aku mengalihkan pandangan sebaik perasan agak lama mata kami bertentang. 

"Futsal atau saya?". Aku kaget. Tak faham dengan soalan Aril. Dia masih merenungku. Saat ini, jantungku berdebar. K, kawal perasaan....

"Futsal atau saya Encik K suka?". Nyata aku tidak tersilap dengar. Aril ulang kembali soalannya. 

"Err, dua-dua!". Aku bangun, tinggalkan bangku dan Aril di belakang. 

"Encik K! Tungguu...". Aku berhenti melangkah. 

"Okay guys, aku ciao dulu. Sambung minggu depan!", laung Aril kepada rakan-rakan. Dia mula berlari-lari anak mendapatkanku. 

"Encik K, maafkan saya...". Aril kini berdiri betul-betul di depanku. Badannya merapat. Aku mula tak tentu arah. 

“Why?”. Hanya itu soalan bodoh yang mampu kukeluarkan. Aku elak dari memandang Aril. 

"Saya suka encik....". Pendek penjelasan Aril. 

"Aril... tak boleh macam ni. This is not right!" jelasku. Aku teruskan langkah namun disanggah Aril. Kami berhenti berhampiran kereta.  

"Encik K dah ada boyfriend?". Tak sangka Aril berani menyoalku begitu. Wajahnya bertukar serius.

Lama aku diam, sebelum menyambung kemudiannya,"Saya single, Ril. Tapi saya tak boleh. Awak anak saudara Cik Kartika, bos saya."

"Itu bukan alasan. Saya suka awak!". Aril dah mula meramas jari-jemariku. Dia semakin merapat. 

"Aril, please don't. Awak tak kenal saya!".

"Saya cuba- beri saya peluang-". Aku dah mula resah.

******

"Hoi, berangan!! Bangunnn!". Saiful membalingku bantal. Aku kalih muka. Ngantuk!

"Dah pukul berapa?". Aku menggosok-gosok anak mata. 

Penatku sampai tertidur di sofa. Semalaman aku habiskan bersama Aril. Kami di kereta. Berbual-bual dan jalan-jalan di sekitar KL. Itu yang aku ingat. Lain-lain, kosong.

"Kau pergi mana malam tadi? Aku risau, call tak berjawab!". Saiful letak mug kopi di atas meja. Dia tekan tv. 

Aku masih memejam mata.

"Kita kawan?".

"Kena janji-".

"What...".

"Panggil saya Encik K di pejabat...". Aku dan Aril sama-sama tergelak. 

Bibirku tersenyum. 

"Senyum... senyumm... kau jumpa siapa pulak ni K? Risau aku. Sejak bila pandai rahsia?".

"Intern...". Lambat-lambat aku menjawab. 

"Hah?".

"Intern aku kat ofis.... Aril...".

"Intern kat ofis? Woo.. woo..... kau biar betul! Dengan budak sekolah pun kau nak layan?".

"Dia dah kolejlah!".

"Yelah, kolej-sekolah sama la tu- masih belajar. Dia bagi kau apa sampai sangkut?".

"Futsal......." ujarku selamba. "Dah, la. Nak showerr...". Aku campak kembali bantal tepat-tepat terkena ke muka Saiful. Kuasa nak dengar sepupu aku ni membebel. Gosok gigi lagi baik.

On the way ke bilik air, aku ternampak ada seorang lelaki tidak berbaju sedang nyenyak tidur di bilik Saiful. Aku yakin itu bukan Jimmy. Hubungan Saiful dengan budak Cina tu dah lama berakhir. 

******

Ahad. Hari untukku berehat dari melakukan apa-apa kerja berkaitan pejabat. Hari rehat Saiful juga. Selalunya Saiful pun tidak akan mengambil apa-apa tawaran berlakon di hari minggu. Nak rehat juga katanya. Kami cadang jalan-jalan ke Pavillion. Jalan-jalan, cuci mata!

"Keta lu ke keta wa beb?".

"Keta lu lah, hari minggu- gua malas nak drive!", jawabku. 

"Oraitt!! Sila tutup pagar ye Encik K!".

Kami ke Pavi. Dari Bukit Jalil tak sampai pun setengah jam. Paling kusuka memandu di hari minggu, ramai orang KL masih tidur dan berehat di rumah. Penat balik dari clubbing malam tadi. Oh, dan si mamat yang tidur tak berbaju tadi pun ikut sekali. Namanya Edward. Umur dalam lingkungan awal 30-an. Chinese mix. Ala-ala pan asian je muka. Memang taste si Saiful lah. 

Skandal? Aku jungkit bahu, tidak tahu. Saiful ni pun boleh tahan. Sejak end of relationship dengan Jimmy kira-kira tiga bulan lalu, langkahnya juga panjang. Berdepa-depa.  

Is he my type? Hmmm not really. Aku prefer lelaki Melayu. But Edward ramah. Aku harap dia lama dengan Saiful. 

"Movie?".

"Makan dulu lah. Aku lapar!". Kami ke Ben's di tingkat paling atas. Port makan kegemaranku kalau ke Pavi. 

Ramai pula orang datang makan- belum pun sampai tengahari. Kami menunggu giliran. 

Tiba-tiba aku disapa seseorang...

"Hai, K kan?". Aku menoleh. Cuba mengingat.

Lelaki 'mat saleh' di depanku menghulur salam. Kelihatan seorang wanita cantik di sebelahnya.

"Hidayat, K! Hidayat! We met once in Langkawi, remember?". Aku kerut dahi. 

"Hmmm sunset cruise?". Hidayat masih cuba membantuku untuk mengingat.

Karl Hidayat- berwajah pan asian, tinggi, kacak. Ibunya French, sementara bapanya anak jati Kedah. Hidayat tinggal bersama keluarganya di Langkawi. 

"Gossshh!! Hidayat!! Yeaahh I'm so sorry- maafkan I. Dah dua tahun lebih. Lupa dah...". Lama betul baru aku boleh ingat. Waktu tu trip aku ke Langkawi bersama Iskandar. Kami gaduh kejap dan aku lari menaiki sunset cruise sendirian, dan terjumpalah Hidayat. Dia single masa tu. Kami berbual-bual sepanjang petang.

Ah, itu cerita dua tahun lepas. Dan pasal perempuan di sebelahnya itu aku tak tahu apa-apa. 

"Yeaah, yeaahh.... ooh, sorry- this is my fiancee, Camelia. Cam, kenalkan, this is my friend K. Remember I told you once about there's one guy yang I met masa kat Langkawi tu? He's the one-lah!". Camelia tersenyum seraya merapati kami dan bersalam. 

"Goshh, K, I'm so happy that we meet here bro! Mahu makankah?".

"Yaaa.. but queue panjang sangat!", errm aku senyum-senyum menjawab. Kekok plak bila dipanggil ‘bro’ oleh Hidayat. Rasa straight semacam... hehe...

"Wait, I know the manager. Kejap I panggilkan...". Tak sempat aku nak menolak, Hidayat dah masuk semula ke dalam restoran. Sekejap kemudian dia keluar bersama seorang pelayan. 

"Okay, K- I dah dapatkan table for you and your friends. So sorry I can't join you guys. But here's my card. Kalau ke Langkawi, do let me know kay. Nanti kita catch up lagi! Bye bro. Nice meeting you again here!".

"Handsome Hidayat! Pernah apa-apa?", tebak Saiful. Aku melihat-lihat menu tertera. 

"Merepek! Dia straight-lah!".

"Alah, straight tapi boleh dibengkokkan kan?". Aku buat-buat tak dengar. Makan la bro, lapar!!


******

Sunset Cruise,
Langkawi.

Kapal belayar. Kirmizi menyinar. Aku terlantar. Mata Hidayat kuyu merenungku. Dia meramas-ramas tin beer yang sudah kosong. 

"K, you're amazing!". Aku tunduk. Tangan kekarnya masih kejap memeluk erat tubuhku. Seakan tak mahu melepaskan, bagai sauh menghentikan layar, aku terkujur. 

Entah berapa kali bibirku terkucup. 

Laut jadi saksi. Degup dada dan jantung kami bersatu. 

Bersambung....

K.

Thursday, August 16, 2012

Episod 13 : Enam Bulan Bermula




“Selamat pagi, Encik K!”.

“Pagi- Eh, Aril! Awal kamu sampai?”. Terkejut pula aku lihat awal pagi lagi si Aril ni dah terkocoh-kocoh membuat minuman di pantry pejabat. Selalunya aku pemegang rekod pekerja paling awal tiba. 

“Nah, milo Encik K. Tak nak susu kan? Saya dah buatkan...”. Hah? 

“Macam mana awak-”.

“Saya tahu? Alah, nak kenal seseorang, kena lah tahu semua pasal dia kan?”. 

Pergh ayat! Boleh tahan mamat ni. Hmm... misteri jugak tetibe dia tahu minuman kegemaranku.


“Err, yelah, yelaaah.... Hmmm... by the way, thanks!”, ujarku sebelum cepat-cepat berlalu keluar. Makin lama aku di pantry, nanti lain pula jadinya. Baik aku blah. 

“Beep, beeepp!”. 

Aku memandang ke skrin telefon. Tertera nama Hadi “memanggil”. Wajahku automatik bertukar ceria. Happy beb! 

“Hai... apa khabar?”. Getar suara Hadi di hujung gagang membuat hatiku berbunga-bunga.

“Hello.... you masih ingat I rupanya, ingat dah lupa.”

“Sorry ya Di... I balik tak sempat nak bagitau you. Emergency...”. Aku cuba mengawal emosi.

“Hmmm it’s okay. I faham. I ingat you marah. I minta maaf pasal dinner malam tu.”

“Eh, no- no. Bukan pasal dinner tu. Takde kaitan dengan you. Hal lain. I’m sorry.”

“I rindu you. Jom lunch? I jemput...”.

“Lunch? Haha... you kat mana ni?”.

“Surprised! I jemput you jam satu tengahari k. See you!”.

Hadi segak dan kacak dengan jeans hitam dan kemeja coklat polos. Kami ke Restoran Delicious di Midvalley. Dia benar-benar datang menjemputku. 

Tak tergambar perasaanku waktu itu. Fikirku, setelah kembali dari Pulau Pinang, memoriku dan kisah bersama Hadi terhenti di sana. Terasa bersalah pula kerana pulang ke Kuala Lumpur tanpa sempat memberitahunya. Aku tahu, Hadi pasti kecewa dengan tindakanku. 

“Again, I’m sorry ya Di. I balik KL tak bagitau you.”

“It’s ok. I tahu....”.

“You tahu? Maksud you...?”.

“Amira dah ceritakan segala-galanya....”. Aku hairan. Amira? Hmmm... bagaimana Amira boleh tahu tentang kisahku? Hampir beberapa tahun aku tidak bertemunya-

“Honestly, I tak salahkan you. I faham situasi you. But I nak you tahu, I rela berada di samping you dan terima you bila-bila masa, K. I fall in love with you already. Beri I peluang.....”. Aku kaget. Hadi nyata serius. Pendiriannya tak berubah, sama seperti waktu kami di Pulau Pinang. 

Hadi mula menarik tanganku, dia menggenggam erat jari-jemariku. 

“Hadii.... I, err... hmmm I.... kita kawan okay? I’m not ready for now. Hidup I dah banyak masalah. Let me settlekan few things first. I tak nak keadaan bertambah buruk.”

“I faham. Tapi sekurang-kurangnya beri I dan cinta kita peluang?”. Hadi masih tak puas merayuku.

Aku getap bibir. Buntu apa yang harus kukatakan. Saat ini aku benar-benar harapkan Saiful muncul dan menarikku pergi. Hanya sepupuku itu sahaja yang boleh selamatkan aku waktu-waktu macam ni. 

“Beri I masa, Di. I minta maaf kalau I dah bagi you harapan waktu kita di Pulau Pinang. I tengah keliru waktu tu. I ada masalah dengan my previous relationship.”

“Do you still love him?”, Hadi cepat-cepat memotong. 

Aku hela nafas. 

“Entahlah. Technically, kami dah putus. But, beri I masa kay? I need time untuk cari balik apa yang I dah tertinggal. I harap you faham. You’re such a nice guy, Hadi. I like you, but....”.

“But, what?”.

Ah, Saiful... mana kau??

“Encik K, ini lakaran artwork yang encik minta pagi tadi. Cik Syarifah kata suruh saya tunjuk pada Encik K terus.” Aril berdiri sambil menghulurkan beberapa keping mounting board bersaiz A3 kepadaku. 

Aku amati lakaran-lakaran yang dilukis Aril. Not bad. Dia berbakat, pujiku dalam hati.   

“Okay, awak boleh pergi dulu. Bagi saya nilai dulu artwork ni. Apa-apa saya akan panggil awak.”

“Terima kasih.”

“Oh, Aril- malam ni awak buat apa? Sudi keluar dengan saya?”. Ingin sahaja aku ajukan soalan itu kepadanya tapi ayatku terkunci di kerongkong.

“Er, Ecik K free malam ni?”. Gulp!

Sungguh aku tidak menyangka Aril akan menyoalku, soalan yang sama yang ingin aku ajukan padanya.  

“Saya ada latihan futsal di Ampang. Selepas tu saya free. Kita dinner?”.

“Hmm, maaf, saya ada hal malam ni. Err, thanks for the invitation. Awak pergi lah buat kerja. Enjoy latihan malam nanti ya.” Sumpah! Bukan itu jawapan yang ingin aku berikan. How I wish-

Aril angguk sebelum berlalu. 

Please K, don’t start. Dia budak lagi. Jaga reputasi. 

Ok, ok..... 

Segera aku pangkah nama Aril dari senarai.

Bersambung....

K.

Episod 12 : Budak Baru



"K!". Aku mendongak. Jo seperti tertengok hantu.

"Kau kata cuti tiga minggu!". Jo merapat. Kerusi di depanku ditariknya.

"Bosan! Aku rindu kau! Haha...", sementelah aku tergelak.

"Iyolah! Ingat dah tak nak balik....", cebik Jo.

"Balik lah. Kan aku cuti je. Bukannya resign terus. Lagipun kau kan ada...".

"Hmm... ada budak baru kau tahu. Intership...". Jo buka cerita.

"Hah- siapa? Bila masuk?".

"Handsomeeeee!!".

"Aku tanya bila masuk! Bukannya muka..".

"Hehe... baru semalam. Anak saudara Cik Kartika."

"Ic... grafik?".

"Multimedia... Cik Kartika kata suruh letak bawah kau. Hehehe...".

"Lelaki?".

"Mestilah. Kata handsome! Kalau perempuan dah lama aku rembat dulu! Haha...".

"Hai!". Perbualanku dan Jo terhenti. Seorang lelaki muda berdiri di depan kami.

"Maafkan saya. Saya Aril, intership baru di sini. Hmm... Cik Kartika minta saya lapor diri pada Encik K."

"Ok la K. Aku blah dulu. Jumpa kau lunch nanti  yer... Good luck!". Sempat Jo kenyit mata sebelum berlalu.

"Oh, ok Aril. Sila duduk."

"Terima kasih...".

"Maafkan saya, err... Aril... hmmm, saya bercuti. Baru masuk pejabat pagi ni. Hmmm.. sila kenalkan diri kamu sekali lagi?".

Aril atau Mohd Aril B. Danial. Berusia 22 tahun. Aril kini diletakkan di bawah pengawasanku sepanjang enam bulan di KAT. 

Mengambil jurusan multimedia kreatif di salah sebuah kolej swasta, tidak susah berbual dengannya. Pintar dan matang- Aril merupakan anak kepada abang sulung Cik Kartika.

"Ada apa-apa lagi yang Encik K mahu tahu tentang saya?".

"Ada boyfriend?". Haha gila- takkan aku nak tanya soalan macam tu. Tak masuk akal.

"Err, takpe Aril. Nanti kalau ada apa-apa saya akan bagitau. Awak dah ada tempat?".

"Ya, semalam Cik Syarifah minta saya duduk di meja hujung sana tu," ujar Aril seraya menujuk ke arah satu sudut. Aku cuba menahan gelak bila mendengar Aril membahaskan Jo dengan panggilan formal, Cik Syarifah. 

"Oh, ok. Awak balik dulu ke tempat awak yer. Nanti saya bagi task melalui Jo... err, Cik Syarifah untuk awak buat,” ujarku tersekat-sekat, masih tak biasa dengan panggilan formal nama si Jo. 

"Baik, terima kasih Encik K."

"Oh, Aril... maaf saya terlupa, selamat datang ke KAT!". Aril senyum seraya menjabat tanganku. Sempat dia menghadiahkan senyum. Ah, bibir tipisnya... 

Gulp!

Tengahari.

"Hah, so cemana?".

"Cemana apa?", aku menghirup kuah sup sayur. Jo tak habis-habis menyoalku dari tadi tentang Aril.

"Orait tak? Cute kan?". Ujar Jo bersungguh.

"Ishh.. budak la Jo... lagipun dia kan anak saudara Cik Kartika. Kau gila!".

"Anak saudara je. Bukan suami dia pun... okay what-".

Malas aku nak melayan si Jo ni. Makin dilayan, makin menjadi.

"Err.. boleh saya duduk?". Satu suara mencelah tiba-tiba. Aril berdiri di tepi. Di tangannya terdapat nasi ayam dan coke.

Aku teragak-agak. 

"Hah duduk.. dudukk... jangan malu-malu...". Jo menyeringai. Dia dah siap tarik kerusi untuk si Aril.

"Duduk ya, aku nak pegi beli buah jap...". Ish minah ni. Saja nak tinggalkan aku dengan Aril ni pulak.

"Encik K okey ke?".

"Err... ok, ok. Saya ok!". Hanya itu yang terkeluar. Aku buat-buat pandang tempat lain. Cool... cool....

"Maaf kalau saya buat Encik K tak selesa...". Aku toleh ke wajah Aril. Matanya tajam merenungku seraya tersenyum. 

"No lah, saya okay. Makanlah. Kang sejuk pula nasi awak tu...".

"Nak rasa?". Aril dah hulur sudu. Aku kaget.

"No, thanks. Awak makanlah."

"Okay...". Aril mula menyuap. Matanya tak lepas dari mencuri memandangku.

Tiba-tiba Jo muncul kembali. Siot je minah ni, punyalah lama dia pergi....

"Buah- nak sikit?".

"Bak semua!", aku terus merampas betik yang dihulur.

"Oiit... aku punya??".

"Tu, kan ada jambu tu. Sharing is caring kan?".

"Cik Syarifah ambil la saya punya. It's ok." Aril menghulur betik kepunyaannya.

Jo memandang aku tak berkedip. 

"Haha.. no lah. It's ok. Encik K ni memang macam ni. Suka rampas I punya!", ujar Jo mencebik. Aik, minah ni tak kisah pulak Aril panggil dia Cik Syarifah. Selalunya marah kalau tak panggil Jo....

"Takpe, kalau saya, dia nak rampas bebila pun boleh." Aril sengih memandangku. 

Aku dan Jo saling berpandangan.

“Err, sorry, maksud saya, kalau Encik K nak ambil betik saya, anytime. Saya tak kisah share!”. 

“Eleh, bodek. Nyampah!”, cebik Jo. Aril menyeringai. 

Hmm... aku yakin bukan itu yang dimaksudkan Aril. Ayatnya tadi lain macam. 

Diam-diam, aku renung wajah Aril, memang ada iras-iras Cik Kartika, ibu saudaranya. Dua-dua menarik dan cantik. Aku masih ingat, Jue pernah bagitau, ibu Cik Kartika, yang juga nenek Ariel, berasal dari Acheh. Darah kuturunan Belanda-Indonesia nyata memberi kelebihan kepada mereka.

“Encik K menung apa? Marah saya cakap macam tu tadi?”. Aku geleng. Tersipu-sipu kerana Aril perasan aku dari tadi merenungnya. 

“Takde apa-apa. Makanlah. Dah nak habis waktu ni...”, ujarku senyum. 

Bersambung....

K.

Sunday, August 12, 2012

Episod 11 : Cinta... Bukan Dia


"Nanti kita jumpa di KL ya! Uncle janji bawak korang jalan-jalan nanti." Ujarku sambil memeluk Hazim. Icha merapat lantas turut mendakapku. Cuma Efi, si bongsu yang nampak sugul dan sayu. Efi paling manja denganku. 

"Efi nak Uncle K buatkan milo. Efi suka milo. Efi nak jadi kuat macam uncle!". Aku senyum mendengar kata-kata Efi.

Hampir dua minggu aku di sini. Banyak yang aku lalui, lebih-lebih lagi dengan Hadi dan keluarganya. Ruby, kakak Hadi dah pun balik ke Kuala Lumpur. Kasihan melihat Hazim, Efi dan Icha yang teresak-esak sewaktu mahu berpisah denganku semalam.

"Kami akan rindukan uncle nanti-".

"Mengelamun ya!". Aku tersentak. Hadi mengelus pipiku lembut. Laut seberang kelihatan tenang. Kami sama-sama menikmati minum petang di cafe di tepi hotel. Aku suka pemandangan di sini. Aman dan tenang.

"You suka di sini?". Aku pandang Hadi. Dia seakan dapat membaca fikiranku.

"Suka. Laut dan pantai membuatkan I tenang...".

"You pindah la sini. Stay with me?". Aku pandang Hadi, sebelum tergelak kemudian.

"Tinggal dengan you?". Hadi angguk. Dia merangkul jari-jemariku.

Hah, jangan merepek la Hadi. Siapalah aku ni. Muka kau yang kacak, ketinggian dan bentuk badan yang sempurna, Hadi bisa mendapat sesiapa sahaja, baik perempuan mahupun lelaki. Ramai yang handsome-handsome kat luar tu. Aku pasti ramai yang tergila-gila. Lagipun aku cuma bercuti di sini.  Nah, esok lusa dah nak balik dah pun. Nanti lambat-laun sure kau akan lupakan aku juga...

"Kalau I tak nak lepaskan you pergi?". Hadi macam psikik. Boleh membaca fikiranku.

"Pandai bergurau yer... jangan main-main-". Ujarku mengacah. Mata kuyu Hadi merenung tepat ke wajahku.

"Tidak, I tidak bergurau. I like you, K. I like you so much. Sudikah awak tinggal dengan saya di sini?". Aku berhenti menghirup minuman. Hadi seperti bersungguh.

"I tau cuti you banyak lagi. Stay with me. Beri I peluang untuk lebih mengenali you, please?". Gulp!

"Hadi, pleasee...".

"I serious ni... stay with me. Give us a chance."

"Hmm, you pasti ke?".

"Yupp, sangat pasti... sudi?".

"Hmmm... tapi you kerja nanti kan... bis tu I nak buat apa kat rumah...".

"Eh, eh.. banyakkk! You bleh tolong I kemas rumah... cuci baju... masak untuk I...".

"Waahhh... camtu baik I dok hotel ni je... semua ada orang tolong buatkan... hahaha!". Kami sama-sama tergelak. Tak sangka aku bisa ketawa semula. Hadi benar-benar membuat aku gembira.

Dan petang itu aku habiskan masa bersama Hadi berjalan-jalan di pantai. Kuhirup udara senja yang tenang. Bersama Hadi benar-benar membuatkan hatiku bersinar semula. Aku cuma membiarkan, ingin sahaja aku menikmati perasaan ini lama-lama, meski kutahu ini semua hanyalah untuk seketika.

**********

"Ke mana encik?".

"Plaza Gurney ya." Ujarku ringkas. Teksi bergerak menuju ke destinasi.

Ferenggi ke Georgetown sangat damai. Di kiriku pantai menghampar perjalanan.  Kacamata kubetulkan perlahan. Tidak mahu terlepas tiap inci pemandangan.

Hadi kerja. Jadi aku ke bandar sendirian. Bukan tak biasa, Penang sudah sebati denganku. Sering ke mari, sementelah kakak angkatku, Kak Mun juga tinggal di sini.

"Nanti singgah umah akak ya. Akak masak best-best untuk kau. Bagitau lah ye!". Beriya-iya Kak Mun mengajak sebaik kuberitahu kedatanganku minggu lalu.

Kak Mun yang juga pensyarah bahasa di salah sebuah universiti tempatan sangat mesra denganku. Berusia lewat 40-an, hampir sebelas tahun dia telah menetap di sini. Ralat pula aku tidak menelefonnya.

Ah, mungkin selepas jalan-jalan di Gurney Plaza, aku boleh mengajaknya makan tengahari.

Sudah lama juga kami tidak ke Starbucks di E-gate berhampiran Tesco sama-sama.

Teringat yang pada malam tahun baru, cuma aku dan Kak Mun meraikannya berdua. Ya, berdua. Kami berbual hingga ke pagi. Adakalanya lebih baik begitu. Berada bersama mereka yang anda selesa lebih baik sebenarnya.

"Encik, dah sampai...".

"Oh, hmm berapa?".

"RM25 sahaja". Aku pantas menyeluk wallet dan membayar.

"Terima kasih....".

Mataku melilau seketika. Perutku berkeroncong, bosan makan di hotel, aku melangkah ke Starbucks berhampiran.

"Err, bagi saya Vanilla Latte sama Chicken Finger ya. Thanks...", ujarku kepada barista bertugas.

"Ok semua sekali RM23.90...".

"It's ok, the breakfast is on me. Err, tambah lagi satu latte ya!". Aku berpaling dan tergamam. Entah dari mana, Syed Azlan kini berdiri betul-betul bersebelahan denganku. Aku kaget.

"Terkejut?". Syed Azlan selamba senyum dan menegurku. Dia membuatkan isyarat menciumku. Aku beredar ke kaunter mengambil pesanan.

"Apa you buat di sini? Macam mana....", belum sempat aku habis bertanya, Syed Azlan cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya ke mulutku. Tubuhnya merapat ke tubuhku.

"I miss you....", dia berbisik perlahan.

Aku gamam lagi. Berlalu dan pergi ke kerusi. Jantungku berdegup kencang.

Seketika kemudian Syed Azlan datang membawa hidangan.

"Makan dulu. Saya tahu awak belum makan. Tentu lapar." Aku tak henti memandangnya.

"Saiful?". Tak semena nama Saiful terpacul dari mulutku.

Syed Azlan cuma tersenyum seraya menggeleng perlahan.

"Makanlah, nanti kita cerita k. Tak elok biar perut kosong."

"I'm sorry. Honestly, saya tak tahu pun awak kat Penang. Dah dua hari saya tiba di sini. Hari-hari saya datang ke Starbucks, breakfast, lunch.... sebab teringatkan awak. Saya tahu awak terlalu suka lepak di tempat ni...".

Syed Azlan menarik nafas seketika sebelum menyambung.

"Saya terlalu rindukan awak. Mungkin hari ni takdir telah temukan kita semula. Saya bersyukur kerana saya masih dapat jumpa awak, walaupun bukan secara dirancang. Saya nak kita baik semula. Saya sedia terima awak, K... kita baiki balik hubungan seperti sebelumnya. Lupakan apa yang berlaku. Saya maafkan awak, dan saya harap awak juga sudi maafkan saya." Aku mengelak dari memandang ke wajah Syed Azlan. Saat ini ada airmata jernih yang mengalir. Aku tidak tahu apa kata-kata yang patutku balas.

"K... please, look at me sayang... K?". Rayu Syed Azlan. Dia menarik perlahan daguku. Airmataku semakin laju.

"I still love you sayang, tidak pernah pun sedetik pun perasaan saya berubah terhadap awak."

"I can't...". Syed Azlan memandangku, tak berkedip. Aku cuba kumpulkan kekuatan.

"No, sayang pleasee... don't say that. I love you...".

"I'm sorry. It's over."

"No! It's no over. I sanggupp...".

"I met someone....". Kali ini wajah Syed Azlan berubah. Jujurnya, bukan itu alasan yang ingin kuberitahu. Entah kenapa tiba-tiba wajah Hadi bermain-main di benakku sekarang.

"K, please sayang. Jangan tipu. Saya tahu awak tak maksud.....".

"You heard me. I said I met someone."

"Who? So fast??".

Aku angguk.

"I kenal dia kat sini. I'm sorry, Lan."

"NO! Lan tak percaya. K saja buat alasan kan? K tahu Lan sangat-sangat sayangkan K. Lan tak sanggup kehilangan K. Kita lupakan saja apa yang telah berlaku sayang, please?".

"Lan... I dah fikir semua ni. Lupakan I. Saya tak layak untuk awak. You deserved better. Please, let me go. Thanks for the breakfast!!", aku bingkas bangun tetapi Syed Azlan pantas menarik tanganku.

"Waitt... Lan tak habis cakap lagi. I miss you. Please sayang, let's talk. Have a seat?".

"Lan, please.... Lan balik la KL. Kita lupakan aje semua ni...".

"Sayanggg....".

"I'm sorry...". Tanpa menghiraukan rayuan Syed Azlan, aku berlalu tinggalkannya.

Aku nekad. Padaku biarlah kisah ini mati di sini sahaja. Menerima Syed Azlan kembali ibarat menjerat diriku sendiri. Aku yakin Syed Azlan kan betah melupai aku. Aku pasti ini yang terbaik buat kami.

Aku tinggalkan wajah yang luluh. Aku tinggalkan hati yang hancur. Yang pasti, jiwaku sendiri remuk.

Aku anggap ini sebuah lagi episod. Yang pasti kisahku bakal bermula lagi esok.

Bersambung....

K.