Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, November 2, 2012

Episod 19 : Hati Wanita


Kartika memberhentikan kereta. Dia masuk tergesa-gesa ke rumah banglo tiga tingkat itu.

Wajah bibik terpacul membuka pintu. Kartika tepis, cepat-cepat dia menjerit nama Aril.

“Aril! Auntie dah dengar apa yang berlaku di pejabat hari ni. Aril tahu tak yang sikap Aril ni dah melampau! Aril nak Auntie report kat papa?”. Kartika menyinga sebaik Aril muncul di depannya. 

“Aahh... auntie sengaja kan nak jauhkan K dari Aril! Auntie tu dah jealous! K layan Aril dan bukannya auntie!”.

“Aril!”. Kartika hampir hilang sabar. 

“Now auntie gembira kan? Auntie hantar K jauh-jauh ke Langkawi untuk pisahkan kami, sama macam yang auntie buat dekat Uncle Hadi! Projek syarikat konon! Auntie ingat saya tak tahu auntie yang hasut papa suruh hantar Uncle Hadi ke Melbourne? Itupun nak pisahkan uncle dengan K juga kan?!”.

“Aril! Aril dah melampau tuduh auntie yang bukan-bukan! Urusan Uncle Hadi ke Melbourne takde kena-mengena dengan auntie. Itu kehendak papa Aril.”

“Aril tak bodoh auntie. Aril tahu auntie yang hasut papa. Auntie yang cadangkan nama Uncle Hadi dalam meeting untuk gantikan Pak Cik Badrul kat sana. Auntie memang dengki! Busuk hati! Sanggup nak rampas boyfriend anak saudara sendiri!”. Pangg! Tak semena satu tamparan hinggap tepat ke pipi kiri Aril. Dia menggetap bibir. Kalau tak kerana rasa hormatnya pada wanita itu yang juga ibu saudaranya, sudah lama dia bertindak-balas. 

“Aril... errr, mmm... mmaafkan auntie...”.

“Aaahhh sudahlah! Dasar hipokrit!!”. Aril menepis tangan Kartika. Dia pantas berlalu naik ke bilik.

“Ibu, ibu gak apa-apa?”. Bibik kelihatan cuak datang memberi pertolongan.  

Kartika terduduk seketika di sofa. Sungguh dia tidak dapat mengawal perasaannya sendiri tadi. Tidak pernah Aril melawan cakapnya begitu. Aril adalah satu-satunya anak saudaranya, anak tunggal abangnya dan Kak Mastura. 

Airmatanya sudah tak tertahan. Dia terlalu sayangkan Aril. Hampir lima belas tahun sejak kakak iparnya itu meninggal, Kartika banyak mengambil alih tugas menjaga Aril. Biarpun tidak tinggal sebumbung, Aril tetap rapat dan manja. Dari kecil tak lokek bercerita dan berkongsi rahsia dengannya. Kartika sudah ibarat ganti ibu dan kakaknya sendiri. 

Masih dia ingat, pertama kali dia mengetahui Aril meminati kaum sejenis ialah sewaktu Aril di tingkatan tiga. 

Ah, silapnya juga. Dia yang mengajak Aril menemaninya ke parti harijadi Johari, teman rapatnya di kolej dulu. Tak sangka Johari tertarik dan mula menaruh hati terhadap Aril. 

“Kat, I cintakan Aril. Dah tiga bulan kami bersama. I harap you tak kisah I’m with him...”.

Itu adalah permulaan segala-galanya. Bertahun dia menyimpan rahsia itu dari abangnya sendiri dan ahli keluarga yang lain. Sehinggalah dia mengetahui Hadi, lelaki yang hampir-hampir menjadi suaminya juga mempunyai kecenderungan yang sama.

Beriya-iya keluarga Hadi, dan Tan Sri Kamal, ayahnya mahu mengahwinkan mereka pada awalnya. Konon, keluarga dah jodohkan mereka sejak kecil. 

“Kamu setuju?”. Kartika pandang wajah papa dan abangnya. Mukanya merah. 

“Orang kata, kalau malu-malu tu setujulah...”, usik ibunya. 

Beberapa kali dia dan Hadi keluar bersama. Meskipun keluarga mereka kenal rapat, tapi tak banyak yang dia ketahui tentang lelaki itu. Hampir sepuluh tahun Hadi bermastautin di Amerika. Hanya beberapa tahun lepas Hadi pulang dan menetap bersama keluarga di Malaysia. 

“Maafkan I, Kat. I can’t. Naluri kita tak sama. You berhak menerima cinta lelaki yang lebih layak...”. Kartika nyata tidak terkejut. Malah dia bersyukur Hadi berterus-terang waktu itu dan menolak hubungan mereka. Tidak dapat dia bayangkan jika mereka benar-benar berkahwin. 

Biarpun luluh, Kartika menerima segalanya atas ketentuan takdir. Tawaran abangnya untuk menguruskan syarikat pengiklanan di ibukota merupakan peluang terbaik buatnya untuk melupakan Hadi. 

Dan, K- hatinya benar-benar terbuka sebaik lelaki itu kali pertama melangkah ke pejabat setahun yang lalu. Nalurinya sangat yakin waktu itu yang K adalah lelaki sejati. Gaya K yang normal dan romantik itu dalam diam mencuri hatinya. Lama dia keraskan hati. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kartika cuba meletakkan ego tiap kali berbicara dengan lelaki itu. 

K padanya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman- kacak, menghormati wanita dang paling penting K ada karisma yang jarang dimiliki oleh lelaki-lelaki lain.  

Namun hatinya sekali lagi hancur sebaik Hadi menunjukkan gambar dan memperkenalkan K sebagai teman lelaki barunya. Hadi juga yang meminta dia merahsiakan kisah lama antara mereka. 

“Kat, promise me you won’t tell K. I trust you. Biarlah K tidak tahu yang keluarga hampir kahwinkan kita. I tak nak rumitkan lagi keadaan...”. Masih terngiang-ngiang permintaan Hadi. 

Keadaan bertambah kusut bila dia mendapat tahu Aril, anak saudaranya sendiri juga bermain cinta dengan K di pejabat. 

“Auntie! Aril dah jumpa...!”.

“Jumpa? Jumpa apa?”.

“Bukan apa, siapa!”, Aril sengih seraya datang mencium tangannya. Mereka duduk berbual di beranda. 

“Maksud Aril?”. Kartika buat-buat belek majalah. Dia tahu Aril ada sesuatu mahu memberitahunya. 

“Aril dah jumpa lelaki yang buat Aril jatuh cinta!”.

“Menarikkk! Siapaaa?”. Kartika mula tidak sabar. 

“Cuba tekaaa... dia designer!”. Hati Kartika mula berkocak. Please, please don’t tell me that......

“K!”. Goshh!! Nama itu juga..... 

“Yes, I’m in love with him...”. Saat itu dia benar-benar terkejut. Aril tak semena memeluknya. 

Dia menangis mengenangkan semuanya. Tangannya memekup muka. Hati wanitanya meronta-ronta. Alangkah baiknya jika semua ini begitu mudah untuk dilaluinya. 

The Apartment, KLCC

Dari parkir, aku berjalan melewati beberapa butik terkenal. Dah lama tak ke sini. Cepat juga KLCC ni berubah. Macam-macam dah ada sekarang. 

Tiba di The Apartment, Kartika dan beberapa orang tetamu telah pun sedia menunggu. 

"How are you darling?". Kartika segera menyambutku.  

"Good... good... am greaat! You okay? Eh, mata you bengkak...". 

"Tak cukup tidur. Biasalah...". Kartika menepis tanganku. Dia tersenyum. Malas nak bercerita kejadian semalam.

“Hmm okay. Eh, you kata kita-kita je?”. Kartika cuma sengih. 

“Relax, kita-kita lah ni. You, me and few clients. Come, I would like to introduce you to Mr. Karl Hidayat!”. 

Karl Hidayat? Hmm macam familiar....

“Karl, this is K, our best creative director in town! He's gonna be your new branding manager di Langkawi nanti. Kenalkan, K, this is Karl, Mr. Karl Hidayat, the owner of the marina and the boat house tempat yang you akan berkerja nanti.” Serius aku hampir pengsan! Tak sangka ‘majikan’ baru aku di Langkawi nanti adalah Karl. Karl Hidayat! Goshh, tak mungkin....

“Ooh, hello K! Tak sangka dapat jumpa you lagi. Kat, I kenal dia... kami dah lama kenal...”. Hidayat pantas menjabat tanganku. Nyata dia seperti teruja sebaik melihatku. Aku hanya mengangguk. Masih lagi terkejut sebenarnya. 

“Good... you guys berbual lah. I pergi tengok food kejap!”. 

“So, you’re the one - our creative and branding manager soon in Langkawi!”. Aku cuma mampu tersenyum. Gila memang tak sangka Si Hidayat ni bakal bos baru aku nanti. Memang tak sangka. Sepanjang tawaran pun Kartika tak pernah cakap apa-apa. 

"Terkejut?". Aku angguk. 

"Sorry. I yang minta Kat rahsiakan. I saw your portfolio and I rasa you paling layak. Kat pun banyak cerita pasal you kat I. Hope you sudi berkerjasama dengan I di Langkawi nanti...". 

“Err, where’s Camelia?”. Aku cuba mengalih topik perbualan. Ingat-ingat lupa sebenarnya nama that lady yang bersamanya tempohari. 

“Ooh, my fiancee! Oh, she’s busy- with work and all. Dia tak dapat hadir. It’s okay. You are here. That’s more important.” Hidayat menepuk tepi bahuku. Tangannya berhenti dan menggosok-gosok perlahan di situ. Aku agak kurang selesa.  

“Okay guys! The food is ready. Come, let’s continue your talk at the table?”. Kartika muncul tiba-tiba. Thanks, Kat! You memang penyelamat... 

Bersambung....

K.

Monday, October 29, 2012

Episod 18 : Remuk


KAT Creative
Pagi

“K, Puan Kartika panggil. Lain macam je...”. Jue, setiausaha pejabat datang kelam-kabut ke pantry. Aku berhenti membancuh milo. 

“Ada apa? Kejap lagi aku datang aarr..”.

“Macam urgent je. Baik kau pergi sekarang...”. Jue pantas berlalu. 

Aku tinggalkan minuman. Hmmm pagi-pagi dah panggil ni ada la tu yang tak kenanya. Tawakal aje lah. 

“Tuk! Tukk!”.

“Masuk!”. Kartika tersenyum memandangku. Hmm petanda baik. Lega aku lihat wajah singa ni yang ceria. Nak je aku hulurkan bunga.

“Sila duduk, K!”. Aku pantas menurut.

“How’s Aril?”.

“Aril okay. So far takde masalah. Ringan tulang dan banyak membantu I...”.

“Okay, bagus. Hmmm I ada good news buat you. Baca surat ni dulu.” Kartika hulurkan sepucuk surat padaku. 

Baris demi baris aku baca. Wajahku berkerut.  

“You nak hantarkan I ke Langkawi...?”.

“Ya, just for temporary. Untuk beberapa bulan sahaja. Kita akan ada projek baru di sana. I mahu  you incharge. You calon paling layak.”

“Tapi macam mana dengan kerja-kerja di sini?”.

“Jangan risau. I dah hire seorang lagi designer untuk bantu Jo di pejabat. He will be with us until project you kat Langkawi tamat. Apa yang you perlu buat, just focus on our new project di sana. Deal?”.

Aku baca lagi surat di tangan. 

“Lapan bulan?”. Gulp! Apa yang aku nak buat di Langkawi nanti.....

“Ya, untuk lapan bulan seterusnya you akan berada di Langkawi. Berkerja di kapal dan bot-bot persiaran. I yakin you boleh buat, K. Segala jadual dan kemudahan you di sana dah pun I aturkan. Nanti Jue akan bagi you satu fail untuk you refer.”

Perghh! Mimpi ke aku ni?

“So macam mana Encik K, setuju?”. Perghh, sah Kartika ni bermimpi. Tak pernah-pernah dia cakap punyalah baik berlapik-lapik dengan aku camni. Well, dia tak lah kejam sangat tapi so far nilah perbualan kitorang yang paling menyenangkan sepanjang aku berkerja di sini. 

Pucuk dicita ulam mendatang sebenarnya apa yang ditawarkan ni. Rezeki tu kadang-kadang kita tak nampak kan. 

Keluar aje dari bilik Kartika, masing-masing datang ke mejaku. Bertubi-tubi soalan. Tak sempat aku nak buka mulut. 

“Dia ajak kau kahwin ek?”. Jo paling excited. Erk! 

‘Kahwin kau kata? Dia nak hantar aku ke Langkawi!”.

“What?! Langkawi?? Bila weh?”. Muka Jo dah berubah. Hah, tau pun kau!

“Minggu depan!”.

“No waaayy! Cepat bebeno... kau terima?”. Aku pandang Jo. Tak tahu apa jawapan terbaik patut aku bagitau. 

Tetiba teringatkan Aril. Eh, mana dia pergi?

Dumm! Terdengar bunyi pintu bilik ditutup kuat. Aku lihat Aril keluar tergesa-gesa dari bilik Kartika. Mukanya merah. Aku bingkas bangun mendapatkannya. 

Kami berpandangan seketika. 

“Ril.... ada benda saya nak cakap...”.

“Aaahhhh!” Aril tepis tanganku. Dia berlalu keluar. 

Aku pandang Jo. Minah tu jungkit bahu, tanda tidak tahu.

******

Dah dua hari aku tak nampak batang hidung Aril di tempat kerja. Tertanya-tanya juga, takkan sesi praktikal dia dah habis? Tadi dah tanya Kak Gayah yang jaga HR, tempoh Aril bersama KAT ada lagi berbaki tiga bulan. Dah naik jenuh juga aku menelefon, asyik dihantar ke mesin pesanan. Sakitkah dia? Aku buntu. Ada sesuatu yang dah berlaku tapi aku tak tahu?

Aku nekad ke kediaman Aril petang nanti. 

“Aril..!! Tungguuu..!!”. Aku cepat-cepat keluar dari kereta. Aril menoleh. Enjin motorsikal dimatikan. 

“Apa awak nak?”. 

“Kenapa awak lari dari saya?”.

“Sepatutnya soalan tu dari saya....”.

“Maksud awak?”.

"Aah, awak tahu apa maksud saya!".

"Saya tak faham, Ril....".

Kami saling berpandangan. Lama aku merenungnya.

“Saya nak cepat. Ada hal. Jumpa aje di pejabat esok!”. Motorsikal Aril terus menderum. Aku dibiarkan terpinga-pinga sendirian di tepi jalan. 

******

“Kau okay?”. Aku geleng. Saiful duduk di sebelah. 

“Nah!”, Saiful hulur mug. 

“Apa ni?”.

“Minum aje lah...”. 

“Letak je la dulu situ. Nanti later aku minum. Tak dahaga...”. Aku menepis kole minuman yang dihulurnya. Perit untuk tekak aku ni nak telan apa-apa sekarang. 

“Masalah Aril lagi?”. Aku bungkam. Remote Astro kutekan-tekan. Dari satu siaran ke satu siaran, Takde satu pun yang menarik minatku. 

“Bodohlah!”. Ujarku tak semena-mena. 

“Hah, tau pun.....”, ujar Saiful selamba. Aku toleh. 

“Apa?”.

“Kau la- pasal cinta terus jadi bodoh! Nama je berpelajaran tapi ngok....”. Aku rengus. Gelas minuman yang kutolak tadi kuambil kembali. 

“Erk, air apa ni?”. 

“Tomato juice!”.

“Euuww, patutlah semacam je!”.

“Campur celery!”.

“Gila- resepi apa ni....”.

“Resepi khusus untuk orang yang tengah angau macam sepupu aku ni!”. Siot punya main perli-perli plak. Langsung tak sedap air dia buat ni. Terus aku ke dapur bancuh air sendiri. 

“Hadi call tadi... cari kau!”. Laung Saiful. Aku sibuk memasukkan gula ke dalam minuman. 

“Hadi? Eh bila? Kenapa tak call handset je?”. Soalku sebaik muncul kembali di ruang tamu. Terasa lega dapat menghirup milo suam. Better dari tomato juice yang Saiful buat.  

“Dah katanya. Kau tak jawab. Dia tak leh lama. Kena siapkan paperwork for next meeting. Dia cari kau. Nanti malam dia call balik. Rindu lah tu.....”.

“Hmmm...”. 

Diam tak diam dah seminggu Hadi ke Melbourne. Aku cuba terima hakikat yang hidup kami berjauhan sekarang. Benarlah kata orang, depan mata, tak peduli. Dah jauh barulah nak feeling-feeling rindu bagai. 

Jujurnya, aku suka Hadi. Dia baik. Banyak ciri-ciri pada diri Hadi yang menyenangkan aku. Tapi entah lah. Sejak berpisah dengan Syed Azlan, cinta bagiku hanyalah satu ungkapan. Tak bermakna apa-apa dah. Relationship bagiku terlalu menakutkan. Komitmen kadang-kadang buat orang hilang pertimbangan. Seingatku, cinta pertamaku dengan Iskandar adalah yang paling jujur dan benar.

Teringatkan Iskandar, ah kemana agaknya dia sekarang?

******

“Dah sedia?”.

“Dah. Semua dokumen dan barang keperluan I dah siapkan.”

“Bagus. I minta maaf tak dapat hantar you ke airport. I kena ke Jakarta malam esok. I wish you all the best K!”.

“Thanks, Kat. Thank you for choosing me.”

“Naaah... rezeki you. Memang you layak pun. You designer terbaik di syarikat ini. Lagipun klien kita tu yang beriya-iya mahukan you. Mereka kagum dengan portfolio you..”.

“Thanks. I minta diri dulu...”.

“Okay. Oh, jangan lupa. Dinner malam ni ya! The Apartments, 8 o'clock!”. 

“Sure. See you!”.

Aku keluar dari bilik Kartika dengan hati berbunga. Tak sangka singa garang ni pandai bercakap lembut-lembut lately. Ikutkan aku memang tak pernah ada masalah apa-apa pun dengan dia, kena marah jauh sekali. Pekerja kesayangan la katakan. Tapi aku happy. Kartika banyak berubah sejak akhir-akhir ni. Satu bangunan ni tau, dari kontraktor, hinggalah ke cleaner ofis, arif benar dengan ego dan ketegasan wanita ini. Tak hairanlah gelaran singa betina melekat padanya.

Aku ke toilet. Dari tadi menahan untuk membuang air kecil. Sejuk betul bilik Kartika. 

Selesai urusan di toilet, baru je hendak keluar tak semena Aril muncul. Kami berpandangan seketika.

“Aril, terkejut saya. Mana awak pergi??”.

“Ikut saya!”. Aril menarik tanganku, dia merentap agak kasar. Buat seketika, aku panik. 

Tidak selesa diperlaku begitu, aku melawan. 

“Hey, awak nak apa ni? Aril! Stop it! Gila-”. Tak sempat aku berbuat apa-apa, Aril sudah pun menolak tubuhku ke dalam salah satu toilet. Aku jatuh terduduk. Mujur kepalaku tidak terhantuk di kepala paip. 

Aku sempat memandang ke wajahnya. Aril betul-betul macam orang dah tak siuman. 

Dia menarikku bangun, tali leherku ditanggalkannya, kancing bajuku direntap dengan rakus, dia mula mencium leher dan bibirku membuatkan aku hampir lemas. Aku menepis, namun entah tenaga apa yang merasuknya. Kami terus bergelut. Aril terus menarik dan merangkul tubuhku dengan kasar. Aku mula hilang sabar! 

“Hey, Aril- stop it!!”. Aku cuba mengumpul kekuatan dan menolaknya. Giliran Aril pula terduduk jatuh. Belum pun sempat dia bangun, aku menujukkan isyarat penumbuk ke mukanya.

“Don’t you dare do this to me anymore! I’m done with you!”. Aku lihat bibirnya berdarah. Sempat aku menendang pintu tandas sebelum berlalu keluar. 

Beberapa orang staf yang terdengar bunyi bising berkumpul di luar. Masing-masing kelihatan berbisik sesama sendiri. Aku cuma buat muka bodoh. Capai wallet, kunci kereta dan terus keluar pejabat.

Damn you!

Bersambung....

K.

Wednesday, October 24, 2012

Episod 17 : Cinta Terhenti


"Ini benar?".

"Ya, benar sayang." Hadi ulit wajahku. Dia mengelus perlahan. 

Banyak mata memerhatikan kami. Saat itu aku tidak peduli. 

Hanya dengan jeans lusuh dan kemeja-t putih, aku menghantar Hadi ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan Hadi memandu. Aku hanya membatu di sebelah. Tidak banyak yang mampu kuperkatakan. Segalanya bercelaru. Antara merelakan pemergian Hadi dan bersedih dengan ketiadaannya nanti. 

"How I wish you dapat ikut I....". Aku tunduk. Lidahku kelu. 

Hadi sentuh daguku, ditongkatnya perlahan. 

"I mahu tatap wajah you sayang. Lama-lama. Nanti I rindu...". Ada airmata bergenang. Hadi seka mataku. 

"I'm gonna miss you so much after this...”. Hadi merangkulku. Kami berpelukkan seketika.  

"Jangan lupakan I sayang.... please...". Aku angguk. Airmata terasa makin deras mengalir. Aku cuba mengawal emosi sendiri. Hanya beberapa minit sahaja lagi tersisa buat aku dan Hadi meluangkan masa bersama. 

"Nanti dah ada tempat tinggal, I'll send you a ticket ya. You kena datang...". 

Aku pandang Hadi. 

"Promise me?".

"Okay. I promise.....".

Kelibat Hadi makin jauh kelihatan. Sayup-sayup sebelum melepasi ke pintu imigresen. 

Sebak. 

******

“Awak okay?”. Aril melambai-lambai perlahan ke mukaku. Aku tersentak. 

“Hah, ye okay, okay... sorry!”. Cepat-cepat aku kuis straw. Rootbeer floatku masih belum terusik dari tadi. Malam-malam macam ni orang agak ramai di A&W ni.  

“Awak khayal ek. Ingat sapa? Saya kan kat depan ni...”. Aril macam merajuk. 

“Saya fikir hal kerja...”. Dalihku. 

“Bukan Hadi?”. Aku pandang Aril. Wajahku berubah.  

"Terkejut?”. Aril seakan sinis memandangku.

“Awak kenal Hadi?”. Dadaku mulai berdegup. 

“Awak suka dia?". Aril kelihatan serius. Aku buat-buat tergelak, cuba mengelak dari terjerat. Teringat Saiful pernah cakap, pandai makan, pandai simpan. 

“Saya tahu awak selalu keluar dengan Hadi. Betul?”. Ada bau cemburu di situ. Aku hela nafas. Tarik rambut dalam tepung, jangan sampai berselerak. 

“Awak cemburu ya?”. Aril diam tak menjawab. Aku yakin Aril sudah dapat menghidu tentang hubungan aku dan Hadi. Mesti Jo lagi yang bercerita....

“Banyak lagi kerja saya....”, ujarnya sambil merengus. Aril bangun tiba-tiba buat aku terpinga-pinga. 

“Saya nak balik, penat. Esok kerja!”. Aril dah capai helmet. Nak tak nak aku hanya menurut. 

******

Tiba di rumah...

"K, waitt....". Tak sempat aku melangkah ke pintu pagar, Aril pantas menahanku.

“I’m sorry tadi. I shouldn’t act that way...”. Kami berpandangan seketika. Aku senyum kemudian seraya menghulurkan helmet. 

“Nah, helmet awak. Lupa pula. Hmm... dah malam ni. Saya masuk dulu...”.

“K, japp... Saya cuma nak awak tahu, yang saya benar-benar dah sayangkan awak. Tak kiralah awak bos saya ke apa, but saya dah mula jatuh hati dengan awak.”

Aku cuma mampu tersenyum. Tidak tahu macam mana aku mahu gambarkan perasaan aku ketika itu.

“Benar-benar ni....”. Aril separuh merayu. Dia mengggengam erat jari-jemariku. Wajahnya yang mencuka tadi kembali lembut. 

“Thanks. Saya hargai perasaan awak. Kita jumpa esok di pejabat ya..”.

“K....".

“See you!”.

******

Aku bungkam di katil. Satu dah pergi, tinggal lagi satu. Hmmm sebenarnya tak pernah berhenti. Lelaki dan cinta hadir dalam hidupku tak pernah putus. 

Dari zaman kolej, kerja hinggalah menginjak dewasa, pelbagai versi cerita dah aku lalui. Jumpa, putus, jumpa lagi, dan putus. Dah ada cop mohor di kepalaku barangkali, K tidak pernah kekal dengan mana-mana lelaki. 

Kadang pelik juga. Tengok orang lain bahagia dan gembira bertahun-tahun, jujur aku cemburu. Menunggu cinta yang kekal bagai menanti buah yang tak gugur. 

Aku sedih Hadi pergi. Baru sahaja aku ingin membuka hati dan memberi peluang kepadanya, ah apa dayaku. Kehendak syarikat, aku relakan Hadi untuk pergi. Biarpun Hadi beriya mengajakku, aku yakin, dia pasti akan ketemu yang lebih baik di sana. 

Selak mukasurat, mulakan episod baru, teringat Jo berlucu. 

Hmm... cakap senang. Aku memusingkan badan.  

Aril. Ah, lelaki ini kadang merisaukan aku. Susah aku nak duga sikapnya, berubah-ubah. Kadang romantik, kadang agresif. 

Bukan tiada perempuan yang mahukannya. Kat ofis tu, dari tingkat bawah, sampailah ke ruang pejabat tempat kami berkerja, berderet anak dara yang tergila-gilakannya. Jo yang tomboy tu pun kadang-kadang aku tengok semacam, hari-hari happy je bila bercakap pasal Aril.

"Kau suka Aril ek?".

"Gila ko! Merepek- ini Jo yer. Not my type la jambu-jambu ni. Aweks aku nak campak mana??". Hahaha kami sama-sama tergelak.

Aril muda, kacak, anak orang kaya- siapa tak nak. pakej dia lengkap. Tapi aku ni jugak yang dipandangnya. Menangis air mata darah agaknya perempuan-perempuan kat luar tu kalau tahu yang Aril tu sebenarnya gay. Lagi histeria kalau mereka tahu yang jejaka pilihan Aril adalah adalah bosnya sendiri. 

Aku menanggalkan baju. Saat ini bayang Hadi bersilih ganti menerjah benakkku. Gosshhh, aku sangat rindukannya... Teringat kali terakhir waktu kami berbual-bual di bahagian atas bangunan lapangan terbang awal pagi semalam. 

“Wangi. I like your smell....”. Aku pandang wajah Hadi tak berkedip. Hadi merangkul tanganku. Angin lembut dari kawasan lapangan terbang tak henti-henti mendakap kami. Aku rebah ke dada Hadi. Momen yang takkan kulupa sampai bila-bila. 

“You benar-benar sayang I?”. Aku inginkan kepastian.

“Terlalu. KLIA jadi saksi...”.

"KLIA je?".

"Okay tambah, LCCT, LAX, Dubai airport....". Aku tepuk bahunya. Hadi gemar berlucu membuatkan aku sering ketawa waktu bersamanya. Itu yang paling aku senang tentangnya. Andai Hadi tahu betapa hati ini terlalu rindukannya.....

Aku kejap mata. Tidak sedar jam berapa aku terlelap. 

Bersambung....

K.

Wednesday, September 26, 2012

Episod 16 : Malam Pasti Siang


"Ok, ok berhenti!". Aril mengarahkan aku.

"Ke mana?".

"Surprised!! Wait k. Awak park je sini. Tunggu saya jap...". Aril pantas meluru keluar dari kereta. Dia masuk ke salah sebuah rumah selang beberapa meter dari tempat aku berhenti.

"Vroomm... vrooommm!". Tak sampai beberapa minit, sebuah Kawasaki ER6N betul-betul berdiri di hadapan keretaku. Aril menongkat. Dia memberiku helmet. "Nah, pakai ni....". Dia senyum. 

"Awak bawak ini ke pejabat?". Ujarku macam tak percaya. Bukan calang-calang rupanya si Aril ni. Aku pandang banglo tiga tingkat yang tersergam di sebelah.  

"Ya, ke kolej juga. Jomm!". Aku macam badut, hanya menurut. Sebaik mengunci kereta, aku menunggang di belakang Aril. Kekok juga awalnya, perlahan-lahan Aril tarik tanganku.

"Pegang kuat-kuat pinggang saya, nanti awak jatuh!". Motornya menderum membelah suasana pagi kawasan perumahan.

"Ke mana?". Jeritku kuat dari belakang. 

"Sunway!".

Hampir setengah jam di atas motor, kami tiba di Sunway Pyramid. Dari Bukit Jalil tak jauh. 

"Suka tengok wayang?". Aku angguk. Helmet kutanggalkan. Kepalaku pusing. Hampir sepuluh tahun aku dah tak naik motor. Kalau tak kerana Aril yang bawa tadi, sumpah aku takkan naik.

"Hey, awak okay? Jomm kita cari makanan dulu. Saya tahu awak lapar- pastu kita tengok wayang k!". Sekali lagi aku tak membantah. Kami ke T.G.I Friday's, tingkat atas bangunan Sunway Pyramid.

"Awak suka sini kan? Saya tahu....", ujarnya senyum. Tangannya diletak ke bahuku.

"I miss you....", Aril merapat. Dia menguis bajuku. Hahaha... gelagat Aril buat aku tergelak.

"Err... orang nampak. Not nice lah. Jom masuk. Saya lapar!". Aku lajukan langkah. Memang aku lapar.  Belum sarapan. Habis cuci kereta tadi, melayan si Aril pula yang tiba-tiba muncul di rumah. 

"Macam mana awak tahu saya suka sini?".

"Hehe.. adalah!".

"Jo?".

"Haha... pandaaai!". Dah agak dah, si Jo tu memang suka bercerita. Pastilah Aril dah korek macam-macam pasal aku kat reporter tu.

"Don't worry. Saya cuma tanya yang baik-baik sahaja. Orderlah!".

Habis makan, kami ke TGV pula. Aril mahu tengok wayang. Kebetulan aku pun free hari ni. Dari melangut je tengok tv je kat rumah. Lama juga tak keluar macam ni. Saiful lainlah, dia selebriti. Harus bersosial sana-sini, tayang muka, tayang body. Aku pun orang seni, cuma cabang kami berlainan.

"Tadaaaa... The Ugly Truth! Your favourite actor!". Goshhh budak ni sangat scarry yer. Macam-macam pasal aku dia tahu.

"Yaaa... P.S. I Love You- mmm apa lagi awak tahu pasal saya?".

"Banyaaakk... suka rendang, allergic seafood, fobia labah-labah! Hahaha...".

"Stalker!". Ujarku hampir mencubit bahunya. Aril sempat mengelak. Aku lajukan langkah meninggalkannya.

"Hey- tunggu!".

"Yes?". Aku berhenti, berpaling.

"I miss youu....", selamba Aril mencium pipiku sebelum dia pula berlari kecil meninggalkanku di depan. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu masuk sinema.

"Sila masuk tuanku!". Hahaha- comel! Giler mamat ni dah benar-benar buat aku jatuh hati!

Terus bayangan Hadi lenyap dari pandangan.

******

"Seronok?". Saiful tampil membuka pintu.

"Haha ya! Sangat- aku naik mo- eh, Hadi!". Aku gamam sebaik terlihatkan Hadi di ruang tamu.

"Psst.... aku dah cakap kau takde, dia yg nak masuk tunggu jugak. Good luck! Aku naik atas dulu." Saiful cepat-cepat minta diri ke atas. Tinggal aku dan Hadi di ruang tamu.

"Dari mana?".

"Err, keluar. Dengan kawan...".

"Intern tu...?".

"Err... ya- we all tengok wayang. Hmm.... dah lama you sampai?".

"Baru je. I nak ajak you keluar dinner. Kalau you tak penat lah."

"Hmmm... I baru je balik. Kita dinner kat rumah je? I masak simple-simple?".

"You sure? I can help...".

"No, no- it's okay. You lepak jap. I naik atas tukar baju.

Aku ke tingkat atas. Pantas aku ke bilik Saiful.

"Ye babe, sorry ada guest. Ye ada apa boleh aku tolong?". Aku jeling ke dalam, ada sorang budak cina sedang belek-belek majalah.

"Tu kat bawah tu, apasal tak text aku bagitau Hadi datang?".

"Mana aku tahu, dia muncul tiba-tiba. Tak sampai lima minit before kau sampai. Relaks la. Kau layan je. Pandai makan, pandai simpan. Sorry- aku ada 'shooting' kat dalam malam ni. Ciaaao!". Citt!! Tak boleh harap punya sepupu.

Aku ke bilik air, cuci muka- tukar baju.

"You sure nak masak? I tak nak susahkan you....".

"Yup, I'm okay. Tak susah pun. I buatkan you spaghetti. Suka?". Ujarku sebaik kembali ke bawah.

"Wow, that's good enough. Okay sure, then we stay in. I'll help you!". Kami sama-sama ke dapur. 

Tak sampai sepuluh minit, spaghetti dah pun siap. Aku masak ringkas je. Semua bahan dah ada, tunggu masuk je. Hadi bantu aku bawa pinggan ke meja makan. 

"Babe, ada sesuatu I nak bagitau you." Aku hulurkan Hadi sudu. 

"Yes?".

"I kena tukar...".

"Ke KL?". Wajahku sedikit bercahaya. Aku meletakkan spaghetti ke pinggan Hadi.

"Nope. Australia...".

"What? You kidding me. When?". Pergerakanku terhenti seketika. Terkejut dengan berita yang baru disampaikan Hadi. 

"Next week...". 

"Dan you baru beritahu I?".

"I pun baru tahu semalam. That's why I datang ni. I'm so sorry. My company arahkan I ke sana untuk gantikan wakil kitorang yang dah berhenti...".

"Hmmm berapa lama?".

"I don't know. Could be dua tahun, tiga tahun, bergantung...".

"Wow- lamanyaa...". Aku getap bibir. 

"Babe, I'm sorry...". Aku bungkam. Seleraku patah. Baru sahaja aku berkira-kira mahu membuat keputusan untuk memilih Hadi berbanding Aril, kini dia mahu meninggalkanku pula.  

"Babe, you ikut I...". Aku pandang wajah Hadi.

"Where?".

"Melbourne...".

"Err....". Kalau Shah Alam tu boleh juga aku consider....

"Pleasee... I can't live without you....". Aku pasti Hadi tidak bergurau. Dari saat di Pulau Pinang lagi Hadi memang mahukan aku bersama-samanya. 

"I can't.... I'm sorry." Pantas itu yang keluar dari bibirku. 

"Berhenti aja kerja, stay with me. I'm serious...". Aku pandang Hadi, tak berkedip.

"Plus you can do freelance there. I can support us both. Gaji I cukup untuk kita ber....", sambungnya.

"Shhhh....", aku pantas meletakkan dua jariku ke mulut Hadi. 

"Bukan itu. Hmm... makan lah. Nanti later kita bincang k. Saya tahu awak lapar."

"I want you always beside me....". Tak semena Hadi telah menarik daguku, dia pantas menciumku. Tubuh kami merapat. 

"I love you, K...". Kata-kata itu bagaikan sayup-sayup kedengaran. Aku tenggelam. 

Apa yang lebih jelas suara nafas Hadi rakus menghembus ke mukaku. Dia merebahkan aku ke meja. Dua tangan kekarnya menekan kedua-dua belah pergelangan tanganku. Jari-jemariku kini bagai tergari. Aku terkaku, menyerah.

Dan malam semakin larut. 

Bersambung....

K.

Saturday, September 8, 2012

Episod 15 : "Kiss!"


"Kau kemaruk ye?". Aku pandang Saiful. Tiba-tiba dia terpacak di halaman. Earphone kutanggalkan.

"Apasal?".

"Tuuu.... basuh keta ke cuci longkang?". Aku termalu sendiri. Tak sedar hos aku halakan ke longkang.

"Longkang tu... kotor sangat, aku jiruslah!". Saja nak cover malu.

"Sudah. Aku kenal kau. Hadi ke Aril ni?". Ish, mamat ni macam psikik lah!

"Dedua takde dalam senarai. Hmm... yang kau ni bersiap lelawa ni nak ke mana?". Ubah topik!

"Ada movie launching kat Curve. Filem baru Hussein Saad. Kau tau kan?". Teringat yang Saiful ada mention pasal seram terbaru arahan pengarah terkenal tu semalam. Tapi aku tak amik port sangat. Filem Melayu ni aku kureng sikit. Gempak je lebih. Lebih-lebih kalau filem seram. 

"Good luck! Have fun...".

Saiful keluar. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah. Hmmm... hari minggu macam ni, selalunya aku lebih suka lepak rumah je. Malas nak keluar memana. Teringat ada few artwork yang perlu aku bereskan. Paperwork untuk iklan bulan depan tak siap lagi. Itu projek penting. Cik Kartika memang harapkan aku. Marketing plan memang aku yang handle selalunya walaupun title sebenar aku adalah Art Director.

"Assalamualaikumm...". Baru je aku nak masuk ke rumah ada orang datang memberi salam. Aku menjenguk seketika. 

Aril?

"Err... alaikummussallam........". Aku pantas ke gate. Tergamam aku melihat Aril tiba-tiba muncul. Badannya separuh basah berpeluh. Baru habis jogging, tekaku.

"Err... macam mana awak tahu rumah saya?".

"Senang je. Kebetulan rumah family saya tak jauh dari rumah awak. Auntie saya kan peminat  nombor satu Saiful. Sebab tu saya tahu." Terang Aril panjang lebar. Aku hanya mengangguk. 

"Oohh... masuklah". Aril pantas menurut. Kami beriringan ke dalam.

"Mahu shower?".

"Boleh juga. Awak kisah?". Hahaha! Tidak sayangg... ops!

"Nah towel. Pergilah- bilik air kat tepi sana tu. Atau awak boleh pakai hot shower di bilik saya kat  tingkat atas."

"It's okay. Saya pakai bilik air bawah ni je. Thanks!".

Lima belas minit berlalu. Aku sibuk membuat minuman di dapur. Tiba-tiba ada satu tangan memeluk dari belakang.

"Shhhh.... jangan bergerak." Aku gamam. Aril semakin kejap memelukku. Tanganku ditariknya ke dada. Terasa hangat dadanya menyentuh belakangku. Lama kami begitu.

"Err, hot chocolate. Jom minum dulu...". Aku cuba meleraikan pelukannya. Aril melepaskan. Kami ke ruang tamu.

"Tunggu...", Aril mulai menarik tanganku kembali. Langkahku terhenti.

"Just one kiss...". Dia merapat. Membenamkan bibir tipisnya ke wajahku. Saat yang sukar aku gambarkan. Aku lemas dengan rangkulan Aril.

Saat itu aku lupa jurang usia kami jauh berbeza.

Aku juga lupa Aril hanyalah remaja kolej dan intern di tempatku berkerja. Aril bijak menundukkan aku. Godaannya hebat. Dengan batang tubuhnya yang kekar (aku pasti jogging dan bersenam membuat tubuhnya kental), Aril pantas membuat aku hampir terkulai di sofa. 

"Wait, waitt... Aril, stopp.... I need to go shower first. Baru habis cuci kereta tadi. Smelly!". Aku mula mengundur. Cepat-cepat aku menarik kembali t-shirt yang hampir terlucut. Aku harap dengan alasan itu Aril berhenti menggoda.

"I don't mind. You smells good to me."

"No, wait. I mandi dulu k. You lepak la jap. Nanti I bawakkan shirt for you." Aku terus ke tingkat atas.

Sungguh aku sendiri pun tak dapat nak fikir apa yang sedang berlaku sekarang. Kebetulankah? Aril muncul tiba-tiba di depan rumah, aku menawarkan dia shower dan tadi, tadi hampir sahaja aku dan dia... hmmm- ooh!

Semuanya bagaikan kilat. Terlalu pantas.

Aku meletakkan phone di meja. Baju kutanggalkan. Melihat-lihat sendiri badanku di cermin besar, tinggi lampai, jelas otot-otot hasil senamku di gym. Kulit kuning langsat, aku bertuah barangkali kerana mamaku berdarah campuran Melayu-Siam, sembilan puluh persen wajahku mengikut raut mama membuatkan gelaran "jambu" melekat padaku bertahun-tahun dari zaman sekolah hingga kolej.

Aku urai rambut yang sedikit ikal, aku biarkan dengan potongan panjang sedikit mencecah bahu. Aku selesa begitu. Kasual ala gaya orang seni. 

Aku ikat towel, masuk ke bilik air.

"Tuk! Tuk!".

Aku perlahankan bukaan paip. Air terus menyiram.

"Boleh saya masuk?". Tak sempat aku berkata apa-apa, Aril telah pun menyertaiku. Aku hanya membatu. Menegah tidak, merelakan pun tidak.

"Saya serius pasal malam tadi...". Gulp.

"Saya mahu awak, K. Sudikah awak jadi milik saya?". Aril bisik ke telingaku, perlahan dia turun melutut. Tidak sedar hampir sejam kami kebasahan di bilik air.

"Tapi....". 

"Shhh.... takde tapi. Saya tahu apa awak nak cakap. Saya tak kisah. Awak milik saya...". Aril ulang lagi kata-katanya. Aku pejam mata. Saat ini aku sendiri tidak pasti adakah aku benar-benar mahukan Aril. Bohong jika kukatakan mataku tidak terkalih sedikit pun saat kali pertama menatap wajahnya. Aril kacak. Bibir tipisnya itu paling kusuka. Seksi dan giur.

"Why?".

"Err, why what?".

"Awak diam...".

"Oh...".

"You okay...?".

"Saya sejuk. Jom masuk. Kita baring...".

Aku cuba leraikan pelukan Aril. Tanganku mencapai towel. 

"Tak suka?". Soal Aril perlahan sebaik kami berbaring sama-sama. Aku tenung wajahnya. Wajah keanak-anakkan. Ah, kau terlalu muda Ril...

Aku letak jari-jemariku di bibirnya. Kukuis-kuis perlahan. Aril senyum. Ah, tambah kacak. Dia mula menciumku lagi. Entah berapa kali bibirku jadi mangsanya. 

"Awak buat saya jatuh hati...", Aril mengulas lembut pipiku. Aku senyum. Tak semena, wajah Hadi mula menyinggah. 

"Mahu makan? Jom keluar...". Ujarku memegang perut tanda lapar. Saja mencari alasan. 

"Ke mana?". 

"Ke bulan, ke bintang....". Aril macam terpinga-pinga. Aku capai kunci, wallet. Sungguh! Saat ini entah mengapa aku sangat rindukan Hadi!

Oh, maafkan aku, Aril......

Bersambung.....

K.

Saturday, August 25, 2012

Episod 14 : "K, You're Amazing!"



Ampang.

"Aril!"

"Encik K! Apa encik buat kat sini?".

"Err, saya... temankan my cousin- dia shooting kat sini!". Aku tunjuk ke arah Saiful. 

"Saiful Bachtiar tu cousin Encik K?". Aril kelihatan sedikit terkejut. Aku angguk.

"Wow, tak sangka. Dia kan popular. Auntie pun minat dia. Tak pernah miss kalau ada drama Saiful Bachtiar berlakon." Aku cuma menyeringai. Tak sangka singa garang kat ofis tu minat tonton drama Melayu rupanya. 

"Nak tengok saya main futsal?". Aku garu kepala. "Boleh juga....", ujarku tak semena-mena. Aku segera sms Saiful, beritahu aku ke gelanggang futsal berhampiran. Aril kelihatan gembira. Dia lekas-lekas menarik tanganku. Erk!

"Zek, Malik, Sofi- kenalkan, ni boss kat tempat aku praktikal, Encik K. Dia nak lepak tengok kita main futsal malam ni." Aril perkenalkan aku kepada kawan-kawannya. Aku salam tangan seorang demi seorang. Handsome-handsome kawan si Aril ni. Masing-masing ramah sambil tersenyum memandangku.  

"Encik K lepak la dulu. Tengok saya main. Nanti break saya belanja minum ya!". Aril mula masuk ke gelangangg. Elok juga aku datang. Takde la bosan mengadap si Saiful tadi berlakon je. Asyik-asyik kena cut. Sini boleh gak cuci mata... hehe....  

Tiba-tiba phoneku berdering...

"K, kau mana? Scene aku dah habis. Nak blah. Nak makan tak?". Kedengaran suara nyaring Saiful di hujung gagang.

"Err, Pul.. kau baliklah dulu. Aku kat tempat futsal ni. Tengok kawan ofis aku main jap."

"Futsal? Hmmm... sejak bila plak kau minat layan futsal??". Saiful macam tak puas hati. 

"Kau balik la dulu. Nanti jumpa kat rumah. Ok, Pul- see you!". Klik! Aku segera tamatkan panggilan. Lagi banyak aku jawab, lagi kantoi nanti. Malas dengar si Saiful bertanya macam-macam. 

Aku ralit lihat Aril menggelecek. Terbuai aku melihat dia membawa bola ke sana-sini. Dah dua gol dia masukkan. Memang Aril berbakat. Sayang zaman-zaman aku dulu mana ada futsal ni. Main bola biasa waktu kecil-kecil di kampung ada lah. Itupun mengikut beberapa orang sepupu dan bebudak kampung main.  

"Hah, amacam, suka?". Lamunanku termati. Aril mengejutkan aku. Entah bila dia duduk di sebelah aku tak sedar. Bajunya lencun. Rambutnya yang lurus dan sedikit panjang itu basah dan jatuh terjurai-jurai. Dia menyeka ke belakang. Matanya tajam merenungku. 

Aku suka lihat dia begitu. Seksi dengan rahang pipinya yang tirus. Kami berpandangan. 

"Suka!". Aku mengalihkan pandangan sebaik perasan agak lama mata kami bertentang. 

"Futsal atau saya?". Aku kaget. Tak faham dengan soalan Aril. Dia masih merenungku. Saat ini, jantungku berdebar. K, kawal perasaan....

"Futsal atau saya Encik K suka?". Nyata aku tidak tersilap dengar. Aril ulang kembali soalannya. 

"Err, dua-dua!". Aku bangun, tinggalkan bangku dan Aril di belakang. 

"Encik K! Tungguu...". Aku berhenti melangkah. 

"Okay guys, aku ciao dulu. Sambung minggu depan!", laung Aril kepada rakan-rakan. Dia mula berlari-lari anak mendapatkanku. 

"Encik K, maafkan saya...". Aril kini berdiri betul-betul di depanku. Badannya merapat. Aku mula tak tentu arah. 

“Why?”. Hanya itu soalan bodoh yang mampu kukeluarkan. Aku elak dari memandang Aril. 

"Saya suka encik....". Pendek penjelasan Aril. 

"Aril... tak boleh macam ni. This is not right!" jelasku. Aku teruskan langkah namun disanggah Aril. Kami berhenti berhampiran kereta.  

"Encik K dah ada boyfriend?". Tak sangka Aril berani menyoalku begitu. Wajahnya bertukar serius.

Lama aku diam, sebelum menyambung kemudiannya,"Saya single, Ril. Tapi saya tak boleh. Awak anak saudara Cik Kartika, bos saya."

"Itu bukan alasan. Saya suka awak!". Aril dah mula meramas jari-jemariku. Dia semakin merapat. 

"Aril, please don't. Awak tak kenal saya!".

"Saya cuba- beri saya peluang-". Aku dah mula resah.

******

"Hoi, berangan!! Bangunnn!". Saiful membalingku bantal. Aku kalih muka. Ngantuk!

"Dah pukul berapa?". Aku menggosok-gosok anak mata. 

Penatku sampai tertidur di sofa. Semalaman aku habiskan bersama Aril. Kami di kereta. Berbual-bual dan jalan-jalan di sekitar KL. Itu yang aku ingat. Lain-lain, kosong.

"Kau pergi mana malam tadi? Aku risau, call tak berjawab!". Saiful letak mug kopi di atas meja. Dia tekan tv. 

Aku masih memejam mata.

"Kita kawan?".

"Kena janji-".

"What...".

"Panggil saya Encik K di pejabat...". Aku dan Aril sama-sama tergelak. 

Bibirku tersenyum. 

"Senyum... senyumm... kau jumpa siapa pulak ni K? Risau aku. Sejak bila pandai rahsia?".

"Intern...". Lambat-lambat aku menjawab. 

"Hah?".

"Intern aku kat ofis.... Aril...".

"Intern kat ofis? Woo.. woo..... kau biar betul! Dengan budak sekolah pun kau nak layan?".

"Dia dah kolejlah!".

"Yelah, kolej-sekolah sama la tu- masih belajar. Dia bagi kau apa sampai sangkut?".

"Futsal......." ujarku selamba. "Dah, la. Nak showerr...". Aku campak kembali bantal tepat-tepat terkena ke muka Saiful. Kuasa nak dengar sepupu aku ni membebel. Gosok gigi lagi baik.

On the way ke bilik air, aku ternampak ada seorang lelaki tidak berbaju sedang nyenyak tidur di bilik Saiful. Aku yakin itu bukan Jimmy. Hubungan Saiful dengan budak Cina tu dah lama berakhir. 

******

Ahad. Hari untukku berehat dari melakukan apa-apa kerja berkaitan pejabat. Hari rehat Saiful juga. Selalunya Saiful pun tidak akan mengambil apa-apa tawaran berlakon di hari minggu. Nak rehat juga katanya. Kami cadang jalan-jalan ke Pavillion. Jalan-jalan, cuci mata!

"Keta lu ke keta wa beb?".

"Keta lu lah, hari minggu- gua malas nak drive!", jawabku. 

"Oraitt!! Sila tutup pagar ye Encik K!".

Kami ke Pavi. Dari Bukit Jalil tak sampai pun setengah jam. Paling kusuka memandu di hari minggu, ramai orang KL masih tidur dan berehat di rumah. Penat balik dari clubbing malam tadi. Oh, dan si mamat yang tidur tak berbaju tadi pun ikut sekali. Namanya Edward. Umur dalam lingkungan awal 30-an. Chinese mix. Ala-ala pan asian je muka. Memang taste si Saiful lah. 

Skandal? Aku jungkit bahu, tidak tahu. Saiful ni pun boleh tahan. Sejak end of relationship dengan Jimmy kira-kira tiga bulan lalu, langkahnya juga panjang. Berdepa-depa.  

Is he my type? Hmmm not really. Aku prefer lelaki Melayu. But Edward ramah. Aku harap dia lama dengan Saiful. 

"Movie?".

"Makan dulu lah. Aku lapar!". Kami ke Ben's di tingkat paling atas. Port makan kegemaranku kalau ke Pavi. 

Ramai pula orang datang makan- belum pun sampai tengahari. Kami menunggu giliran. 

Tiba-tiba aku disapa seseorang...

"Hai, K kan?". Aku menoleh. Cuba mengingat.

Lelaki 'mat saleh' di depanku menghulur salam. Kelihatan seorang wanita cantik di sebelahnya.

"Hidayat, K! Hidayat! We met once in Langkawi, remember?". Aku kerut dahi. 

"Hmmm sunset cruise?". Hidayat masih cuba membantuku untuk mengingat.

Karl Hidayat- berwajah pan asian, tinggi, kacak. Ibunya French, sementara bapanya anak jati Kedah. Hidayat tinggal bersama keluarganya di Langkawi. 

"Gossshh!! Hidayat!! Yeaahh I'm so sorry- maafkan I. Dah dua tahun lebih. Lupa dah...". Lama betul baru aku boleh ingat. Waktu tu trip aku ke Langkawi bersama Iskandar. Kami gaduh kejap dan aku lari menaiki sunset cruise sendirian, dan terjumpalah Hidayat. Dia single masa tu. Kami berbual-bual sepanjang petang.

Ah, itu cerita dua tahun lepas. Dan pasal perempuan di sebelahnya itu aku tak tahu apa-apa. 

"Yeaah, yeaahh.... ooh, sorry- this is my fiancee, Camelia. Cam, kenalkan, this is my friend K. Remember I told you once about there's one guy yang I met masa kat Langkawi tu? He's the one-lah!". Camelia tersenyum seraya merapati kami dan bersalam. 

"Goshh, K, I'm so happy that we meet here bro! Mahu makankah?".

"Yaaa.. but queue panjang sangat!", errm aku senyum-senyum menjawab. Kekok plak bila dipanggil ‘bro’ oleh Hidayat. Rasa straight semacam... hehe...

"Wait, I know the manager. Kejap I panggilkan...". Tak sempat aku nak menolak, Hidayat dah masuk semula ke dalam restoran. Sekejap kemudian dia keluar bersama seorang pelayan. 

"Okay, K- I dah dapatkan table for you and your friends. So sorry I can't join you guys. But here's my card. Kalau ke Langkawi, do let me know kay. Nanti kita catch up lagi! Bye bro. Nice meeting you again here!".

"Handsome Hidayat! Pernah apa-apa?", tebak Saiful. Aku melihat-lihat menu tertera. 

"Merepek! Dia straight-lah!".

"Alah, straight tapi boleh dibengkokkan kan?". Aku buat-buat tak dengar. Makan la bro, lapar!!


******

Sunset Cruise,
Langkawi.

Kapal belayar. Kirmizi menyinar. Aku terlantar. Mata Hidayat kuyu merenungku. Dia meramas-ramas tin beer yang sudah kosong. 

"K, you're amazing!". Aku tunduk. Tangan kekarnya masih kejap memeluk erat tubuhku. Seakan tak mahu melepaskan, bagai sauh menghentikan layar, aku terkujur. 

Entah berapa kali bibirku terkucup. 

Laut jadi saksi. Degup dada dan jantung kami bersatu. 

Bersambung....

K.

Thursday, August 16, 2012

Episod 13 : Enam Bulan Bermula




“Selamat pagi, Encik K!”.

“Pagi- Eh, Aril! Awal kamu sampai?”. Terkejut pula aku lihat awal pagi lagi si Aril ni dah terkocoh-kocoh membuat minuman di pantry pejabat. Selalunya aku pemegang rekod pekerja paling awal tiba. 

“Nah, milo Encik K. Tak nak susu kan? Saya dah buatkan...”. Hah? 

“Macam mana awak-”.

“Saya tahu? Alah, nak kenal seseorang, kena lah tahu semua pasal dia kan?”. 

Pergh ayat! Boleh tahan mamat ni. Hmm... misteri jugak tetibe dia tahu minuman kegemaranku.


“Err, yelah, yelaaah.... Hmmm... by the way, thanks!”, ujarku sebelum cepat-cepat berlalu keluar. Makin lama aku di pantry, nanti lain pula jadinya. Baik aku blah. 

“Beep, beeepp!”. 

Aku memandang ke skrin telefon. Tertera nama Hadi “memanggil”. Wajahku automatik bertukar ceria. Happy beb! 

“Hai... apa khabar?”. Getar suara Hadi di hujung gagang membuat hatiku berbunga-bunga.

“Hello.... you masih ingat I rupanya, ingat dah lupa.”

“Sorry ya Di... I balik tak sempat nak bagitau you. Emergency...”. Aku cuba mengawal emosi.

“Hmmm it’s okay. I faham. I ingat you marah. I minta maaf pasal dinner malam tu.”

“Eh, no- no. Bukan pasal dinner tu. Takde kaitan dengan you. Hal lain. I’m sorry.”

“I rindu you. Jom lunch? I jemput...”.

“Lunch? Haha... you kat mana ni?”.

“Surprised! I jemput you jam satu tengahari k. See you!”.

Hadi segak dan kacak dengan jeans hitam dan kemeja coklat polos. Kami ke Restoran Delicious di Midvalley. Dia benar-benar datang menjemputku. 

Tak tergambar perasaanku waktu itu. Fikirku, setelah kembali dari Pulau Pinang, memoriku dan kisah bersama Hadi terhenti di sana. Terasa bersalah pula kerana pulang ke Kuala Lumpur tanpa sempat memberitahunya. Aku tahu, Hadi pasti kecewa dengan tindakanku. 

“Again, I’m sorry ya Di. I balik KL tak bagitau you.”

“It’s ok. I tahu....”.

“You tahu? Maksud you...?”.

“Amira dah ceritakan segala-galanya....”. Aku hairan. Amira? Hmmm... bagaimana Amira boleh tahu tentang kisahku? Hampir beberapa tahun aku tidak bertemunya-

“Honestly, I tak salahkan you. I faham situasi you. But I nak you tahu, I rela berada di samping you dan terima you bila-bila masa, K. I fall in love with you already. Beri I peluang.....”. Aku kaget. Hadi nyata serius. Pendiriannya tak berubah, sama seperti waktu kami di Pulau Pinang. 

Hadi mula menarik tanganku, dia menggenggam erat jari-jemariku. 

“Hadii.... I, err... hmmm I.... kita kawan okay? I’m not ready for now. Hidup I dah banyak masalah. Let me settlekan few things first. I tak nak keadaan bertambah buruk.”

“I faham. Tapi sekurang-kurangnya beri I dan cinta kita peluang?”. Hadi masih tak puas merayuku.

Aku getap bibir. Buntu apa yang harus kukatakan. Saat ini aku benar-benar harapkan Saiful muncul dan menarikku pergi. Hanya sepupuku itu sahaja yang boleh selamatkan aku waktu-waktu macam ni. 

“Beri I masa, Di. I minta maaf kalau I dah bagi you harapan waktu kita di Pulau Pinang. I tengah keliru waktu tu. I ada masalah dengan my previous relationship.”

“Do you still love him?”, Hadi cepat-cepat memotong. 

Aku hela nafas. 

“Entahlah. Technically, kami dah putus. But, beri I masa kay? I need time untuk cari balik apa yang I dah tertinggal. I harap you faham. You’re such a nice guy, Hadi. I like you, but....”.

“But, what?”.

Ah, Saiful... mana kau??

“Encik K, ini lakaran artwork yang encik minta pagi tadi. Cik Syarifah kata suruh saya tunjuk pada Encik K terus.” Aril berdiri sambil menghulurkan beberapa keping mounting board bersaiz A3 kepadaku. 

Aku amati lakaran-lakaran yang dilukis Aril. Not bad. Dia berbakat, pujiku dalam hati.   

“Okay, awak boleh pergi dulu. Bagi saya nilai dulu artwork ni. Apa-apa saya akan panggil awak.”

“Terima kasih.”

“Oh, Aril- malam ni awak buat apa? Sudi keluar dengan saya?”. Ingin sahaja aku ajukan soalan itu kepadanya tapi ayatku terkunci di kerongkong.

“Er, Ecik K free malam ni?”. Gulp!

Sungguh aku tidak menyangka Aril akan menyoalku, soalan yang sama yang ingin aku ajukan padanya.  

“Saya ada latihan futsal di Ampang. Selepas tu saya free. Kita dinner?”.

“Hmm, maaf, saya ada hal malam ni. Err, thanks for the invitation. Awak pergi lah buat kerja. Enjoy latihan malam nanti ya.” Sumpah! Bukan itu jawapan yang ingin aku berikan. How I wish-

Aril angguk sebelum berlalu. 

Please K, don’t start. Dia budak lagi. Jaga reputasi. 

Ok, ok..... 

Segera aku pangkah nama Aril dari senarai.

Bersambung....

K.