Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Wednesday, October 24, 2012

Episod 17 : Cinta Terhenti


"Ini benar?".

"Ya, benar sayang." Hadi ulit wajahku. Dia mengelus perlahan. 

Banyak mata memerhatikan kami. Saat itu aku tidak peduli. 

Hanya dengan jeans lusuh dan kemeja-t putih, aku menghantar Hadi ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan Hadi memandu. Aku hanya membatu di sebelah. Tidak banyak yang mampu kuperkatakan. Segalanya bercelaru. Antara merelakan pemergian Hadi dan bersedih dengan ketiadaannya nanti. 

"How I wish you dapat ikut I....". Aku tunduk. Lidahku kelu. 

Hadi sentuh daguku, ditongkatnya perlahan. 

"I mahu tatap wajah you sayang. Lama-lama. Nanti I rindu...". Ada airmata bergenang. Hadi seka mataku. 

"I'm gonna miss you so much after this...”. Hadi merangkulku. Kami berpelukkan seketika.  

"Jangan lupakan I sayang.... please...". Aku angguk. Airmata terasa makin deras mengalir. Aku cuba mengawal emosi sendiri. Hanya beberapa minit sahaja lagi tersisa buat aku dan Hadi meluangkan masa bersama. 

"Nanti dah ada tempat tinggal, I'll send you a ticket ya. You kena datang...". 

Aku pandang Hadi. 

"Promise me?".

"Okay. I promise.....".

Kelibat Hadi makin jauh kelihatan. Sayup-sayup sebelum melepasi ke pintu imigresen. 

Sebak. 

******

“Awak okay?”. Aril melambai-lambai perlahan ke mukaku. Aku tersentak. 

“Hah, ye okay, okay... sorry!”. Cepat-cepat aku kuis straw. Rootbeer floatku masih belum terusik dari tadi. Malam-malam macam ni orang agak ramai di A&W ni.  

“Awak khayal ek. Ingat sapa? Saya kan kat depan ni...”. Aril macam merajuk. 

“Saya fikir hal kerja...”. Dalihku. 

“Bukan Hadi?”. Aku pandang Aril. Wajahku berubah.  

"Terkejut?”. Aril seakan sinis memandangku.

“Awak kenal Hadi?”. Dadaku mulai berdegup. 

“Awak suka dia?". Aril kelihatan serius. Aku buat-buat tergelak, cuba mengelak dari terjerat. Teringat Saiful pernah cakap, pandai makan, pandai simpan. 

“Saya tahu awak selalu keluar dengan Hadi. Betul?”. Ada bau cemburu di situ. Aku hela nafas. Tarik rambut dalam tepung, jangan sampai berselerak. 

“Awak cemburu ya?”. Aril diam tak menjawab. Aku yakin Aril sudah dapat menghidu tentang hubungan aku dan Hadi. Mesti Jo lagi yang bercerita....

“Banyak lagi kerja saya....”, ujarnya sambil merengus. Aril bangun tiba-tiba buat aku terpinga-pinga. 

“Saya nak balik, penat. Esok kerja!”. Aril dah capai helmet. Nak tak nak aku hanya menurut. 

******

Tiba di rumah...

"K, waitt....". Tak sempat aku melangkah ke pintu pagar, Aril pantas menahanku.

“I’m sorry tadi. I shouldn’t act that way...”. Kami berpandangan seketika. Aku senyum kemudian seraya menghulurkan helmet. 

“Nah, helmet awak. Lupa pula. Hmm... dah malam ni. Saya masuk dulu...”.

“K, japp... Saya cuma nak awak tahu, yang saya benar-benar dah sayangkan awak. Tak kiralah awak bos saya ke apa, but saya dah mula jatuh hati dengan awak.”

Aku cuma mampu tersenyum. Tidak tahu macam mana aku mahu gambarkan perasaan aku ketika itu.

“Benar-benar ni....”. Aril separuh merayu. Dia mengggengam erat jari-jemariku. Wajahnya yang mencuka tadi kembali lembut. 

“Thanks. Saya hargai perasaan awak. Kita jumpa esok di pejabat ya..”.

“K....".

“See you!”.

******

Aku bungkam di katil. Satu dah pergi, tinggal lagi satu. Hmmm sebenarnya tak pernah berhenti. Lelaki dan cinta hadir dalam hidupku tak pernah putus. 

Dari zaman kolej, kerja hinggalah menginjak dewasa, pelbagai versi cerita dah aku lalui. Jumpa, putus, jumpa lagi, dan putus. Dah ada cop mohor di kepalaku barangkali, K tidak pernah kekal dengan mana-mana lelaki. 

Kadang pelik juga. Tengok orang lain bahagia dan gembira bertahun-tahun, jujur aku cemburu. Menunggu cinta yang kekal bagai menanti buah yang tak gugur. 

Aku sedih Hadi pergi. Baru sahaja aku ingin membuka hati dan memberi peluang kepadanya, ah apa dayaku. Kehendak syarikat, aku relakan Hadi untuk pergi. Biarpun Hadi beriya mengajakku, aku yakin, dia pasti akan ketemu yang lebih baik di sana. 

Selak mukasurat, mulakan episod baru, teringat Jo berlucu. 

Hmm... cakap senang. Aku memusingkan badan.  

Aril. Ah, lelaki ini kadang merisaukan aku. Susah aku nak duga sikapnya, berubah-ubah. Kadang romantik, kadang agresif. 

Bukan tiada perempuan yang mahukannya. Kat ofis tu, dari tingkat bawah, sampailah ke ruang pejabat tempat kami berkerja, berderet anak dara yang tergila-gilakannya. Jo yang tomboy tu pun kadang-kadang aku tengok semacam, hari-hari happy je bila bercakap pasal Aril.

"Kau suka Aril ek?".

"Gila ko! Merepek- ini Jo yer. Not my type la jambu-jambu ni. Aweks aku nak campak mana??". Hahaha kami sama-sama tergelak.

Aril muda, kacak, anak orang kaya- siapa tak nak. pakej dia lengkap. Tapi aku ni jugak yang dipandangnya. Menangis air mata darah agaknya perempuan-perempuan kat luar tu kalau tahu yang Aril tu sebenarnya gay. Lagi histeria kalau mereka tahu yang jejaka pilihan Aril adalah adalah bosnya sendiri. 

Aku menanggalkan baju. Saat ini bayang Hadi bersilih ganti menerjah benakkku. Gosshhh, aku sangat rindukannya... Teringat kali terakhir waktu kami berbual-bual di bahagian atas bangunan lapangan terbang awal pagi semalam. 

“Wangi. I like your smell....”. Aku pandang wajah Hadi tak berkedip. Hadi merangkul tanganku. Angin lembut dari kawasan lapangan terbang tak henti-henti mendakap kami. Aku rebah ke dada Hadi. Momen yang takkan kulupa sampai bila-bila. 

“You benar-benar sayang I?”. Aku inginkan kepastian.

“Terlalu. KLIA jadi saksi...”.

"KLIA je?".

"Okay tambah, LCCT, LAX, Dubai airport....". Aku tepuk bahunya. Hadi gemar berlucu membuatkan aku sering ketawa waktu bersamanya. Itu yang paling aku senang tentangnya. Andai Hadi tahu betapa hati ini terlalu rindukannya.....

Aku kejap mata. Tidak sedar jam berapa aku terlelap. 

Bersambung....

K.

1 comments:

Unknown said...

Hai sebenarnya saya baca this story from bab 15 so agak kabur dari segi jantina so writer boleh proove harder....gud work...