Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, July 5, 2013

Episod 21 : Langkah Bermula



“K... kenalkan, this is my mom, Kamariah. Mom, this is K, that advertising guy I’ve told you...” Aku senyum cuba mendekati Puan Kamariah, ibu Hidayat. Puan Kamariah terus memelukku sebaik aku menghampirinya buat aku terpinga-pinga.

“Waaah look at you, such a sweet boyy... thank you for coming! Come, come inside... i make you this cookies already....”. Tak semena, Puan Kamariah dah heret aku masuk ke rumah. Sama seperti Hidayat, Puan Kamariah juga ramah. Senyum mereka sama, saling tak tumpah.

“Well, Hidayat told me a lot about you sweety. I’m so happy finally you’re here. Jemput makan...”. Entah apalah yang diceritakan si Hidayat ni kat mak dia. Tapi dok wonder gak, Hidayat ni takde adik-beradik lain ke? Ayah dia mana? Ke dia cuma tinggal dengan mak dia je di Langkawi ni?

“Daddy dah lama meninggal. Sakit jantung. Dulu dia menguruskan bot-bot persiaran di sini. Then after dia meninggal, mummy hire staff untuk handle kerja-kerja daddy. Sampailah I habis belajar, I pula ambil alih perniagaan daddy sepenuhnya. Mummy dah tua, takde siapa nak jaga lagipun...”, Hidayat mencelah tiba-tiba mematikan persoalanku. Aku angguk perlahan. 

“Hey, jangan sedih-sedih. You should try my mom cookies! Dia baked sedap tau!”. Hidayat dah hulur sekeping, dia ni dah buat aku malu-malu pula.

“You want coffee or tea?”. Puan Kamariah mencelah mematikan ceritaku dan Hidayat.

“Err, mom, K tak minum coffee. Kasi dia teh sahaja...”. Aku pandang Hidayat. Cemana dia tahu??

“Hahaha pelik? I dah selidik pasal you before I hire you ke sini...”.

Entah kenapa, ada satu perasaan mula bercambah dalam hatiku. Melihatkan gelagat Hidayat dan Puan Kamariah, layanan dan keramahan mereka, aku rasa terharu dan dihargai. Dah lama aku tak rasa camni. 

“You suka my mom?”. Hidayat menyoalku sebaik menghantarku pulang. Aku pantas mengangguk.

“Puan Kamariah errr... mummy you?”.

“Hey, panggil mummy sahajalah.... buat apa berpuan-puan...”. Teringat Puan Kamariah menegurku  sewaktu di rumah tadi. 

“She’s cool. Very nice lady, humble. I like her very much! Lucky you, Hid...”.

“Hahaha... what did you call me?”.

“Err, Hid?”. Aku sipu-sipu. 

“Why Hid?”. Hidayat senyum, memandangku menampakkan alur lesung pipitnya. Aku termalu. 

“Dunno. Tetiba terkeluar. You don’t like it?”.


“Hmmm I like. Cuma tak pernah ada orang panggil I Hid.... you’re the first.”

“Okay, so mulai hari ini, I akan panggil you Hid! Ok?”.

“Hmmm let me think about it...”. Aku buat-buat merapatkan muka ke bahu Hidayat, cepat-cepat  dia merangkul tubuhku dan merapatkan ke bahunya. Aku cuma membiarkan.

“Lebih romantik macam ni. Nampak matahari itu, cantik bukan?”. Aku angguk. 

Kami hanya berdiam sepanjang perjalanan. Laluan di sepanjang jalan menghala ke lapangan terbang paling kugemari- gunung-ganang dan lautan bagaikan penyatuan alam yang memukau pemandangan. Tak tergambar jika mahu diterangkan.

Saat itu aku cuma berserah. Mahu nikmati yang indah-indah. 


**********

“K, ada client nak jumpa tengahari ni for lunch. You uruskan?”. Hidayat memberikan aku beberapa keping fail. Dia kelihatan kelam-kabut memasukkan beberapa dokumen penting ke dalam briefcase.

“You can refer to this. Discuss about our new marketing strategies. Mr. Farid, my assistant will follow you. I nak kena fly ke KL pagi ni. Malam baru balik.” Tergesa-gesa Hidayat pagi tu, tak sempat nak salam, dia dah tinggalkan bilik. Aku terpinga-pinga. 

Tak sampai beberapa saat, dia muncul semula...

“Hey, sorry babe! Good luck! I count on you ya... don’t be naughty!”, Hidayat sempat menarik tanganku dan mencium sebelum berlalu. Goshh, pertama kali aku diperlakukan macam ni. Gila! Perasaan apakah ini? Oh, Kat! Apa kau dah buat ni!!


**********

“Ikhwan?”.

“Hey, K! Tak sangka, jumpa lagi kita ya...”. Kami berjabat salam. Suasana di The Loaf riuh seketika dengan suara aku dan Ikhwan. Ini kali kedua kami bertemu selepas dia menghantarku dari airport beberapa minggu lalu.

Aku perkenalkan Farid, pembantu Hidayat kepada Ikhwan. Rupa-rupanya Ikhwan antara pelanggan terbesar Yacht Harbour Sdn. Bhd, tempat di mana aku berkerja sekarang.

“So you’re the new marketing planner for Yacht Harbour tu ya! Wow, sangat tak sangka!”.

Hampir tiga jam aku, Farid dan Ikhwan berbual-bual. Ini meeting rasmi pertamaku tanpa kehadiran Hidayat. Aku cuba buat yang terbaik. Tak sangka syarikat Ikhwan bersetuju untuk memuatkan tiga buah dari bot-bot persiaran kepunyaan klien-klienya di Yacht Harbour. Dia juga nak aku designkan satu interior baru bagi salah satu dari bot-bot berkenaan. 

“Ini kad I. Kalau you free just call me. Maybe we can catch up for dinner or something...”. Ikhwan menghulurkan kad perniagaan. Aku membelek-belek, ada satu tulisan pen di situ, “Call me, please...”. 

“K, i mean it...”. Ikhwan sempat mengenyit. Aku hanya senyum sebelum kami berpisah. Kad itu aku selitkan dalam organizer. 


**********

Langkawi. Hmmm apa yang istimewanya di sini?

Kenapa aku terima tawaran Kat dulu? Beriya-iya dia mahu aku ke mari? 

“Pergilah K... i rasa you pasti akan lebih happy di sana. Lupakan pasal Aril dan Hadi.”

“Kat... you tahu?”. Kartika diam. Dia bungkam seketika.  

Kartika telah menceritakan aku segala-galanya. Baru kutahu kisah cerita, bagaimana dia hampir menjadi isteri Hadi, dan bagaimana hubungannya dan Aril, anak saudaranya sendiri bergolak gara-gara aku.

“Kat, I janji. I takkan hampakan you. Thanks for this opportunity. Kalau you tak cerita semua ni, I tak tahu...”.  

Hampi sebulan aku di sini, aku dah punya Mummy Kamariah yang baik, Hidayat yang tak putus mengambil berat dan menjagaku, juga beberapa orang tetangga di apartment yang baik-baik. Mungkin kerana sikap ramahku, penjual-penjual sayur dan ikan di pasar pun dah mengenali aku.

“Anak baru pindah ya? Dari KL?”. 

“Ya, saya pakcik. Pakcik orang sini?”.

“Pakcik memang asal sini. Ni lah, berniaga ikan ni dah jadi darah-daging pakcik. Hah, makcik kamu kat sana tu jual sayur, belilah! Pilih ikan ni, jangan malu-malu...”. Pakcik tu perkenalkan diri dia sebagai Pak Man. Dari minggu pertama aku dah jadi pelanggan rasmi kedai dia dan isterinya.

“Kamu suka masak ya? Nanti masakkan untuk Hidayat. Dia tu suka makan. Lagi pedas, lagi dia suka. Dulu Camelia tak pandai masak. Mummy tak suka dia. Boros! Habis duit Hidayat. Tiap minggu kena turun ke Kuala Lumpur...”. Aku dengar Mummy Kamariah bercerita membebel tentang ex-girlfriend a.k.a. bekas tunang anaknya. 

Baru kutahu rupa-rupanya Hidayat dan Camelia dah lama putus. Waktu aku jumpa dia di The Apartment dulu, mereka dah takde apa-apa. No wonder muka Hidayat nampak semacam sebaik aku menyoal tentang Camelia. Sejak itu aku tak pernah tanya apa-apa lagi pasal Camelia padanya. 

“Nanti mummy masakkan kamu sedap-sedap ya. What’s your favourite?”.

“Errr... saya makan semua mummy masak! Hehehe...”. Ujarku bergurau.

“No, mummy kena masak your favourite dish hari ni. Now tell me, what’s your favourite? I’m sure you miss your mom’s cooking...”. Mummy Kamariah dah capai pisau, dia mahu menyiang ikan. 

Aku kagum sebenarnya dengan Mummy Kamariah ni (nama asalnya Florence). Berasal dari Perancis, tiga puluh lima tahun di Malaysia, sedikit-sebanyak membuatkan bahasa ibundanya tertelan dengan pelat Melayu dan loghat Kedah. Gaya tuturnya kadang-kadang berbaur. Cara hidupnya juga sudah banyak diresap dengan peradaban dan budaya Melayu. Cintanya pada daddy Hidayat menjadikan dia setia di sini. Tak mudah bagi seorang warga asing membesarkan anak di tengah-tengah komuniti Melayu. Mummy Kamariah betah. Dia berjaya membesarkan Hidayat tanpa banyak halangan.

“Now mummy masak. Kamu pergi kejutkan Hidayat. Dah tengahari ni. Orang dah balik pasar...”. Hahaha aku tergelak. Mummy Kamariah tak ubah seperti mamaku.  

Aku ke bilik mendapatkan Hidayat. 

“Hid....”.

“Heyy.... sorry, I’m tired babe... semalam tidur lambat...”.

“Sunba?”. 

“Haha... no- siapkan kerja sikit. What’s the time right now?”.

“Dah almost eleven. I dah beli barang-barang nak masak. Your mom nak masakkan kita asam pedas hari ni. Hah, sila bangun cepat...”.

“You ke pasar?”.

“I singgah Pasar Matsirat tadi, alang-alang nak beli barang-barang kat rumah tu, I beli sekali kasi your mom masak. Ahad kan hari ni. Bangunlah... mandii... busukk!”.

“Hey, macam bau! I sembur perfumelah sebelum tidur!”.

“Hahaha... mana ada orang buat macam tu!”.

“Adaaa! Tak caya meh bau!”. Hidayat dah tarikku ke katil. Dia menebar selimut. Aku dipeluknya erat-erat. 

“So?”.

“So?”. Hidayat kerut dahi. 

“I dah tahu....”.

“Tahu... tahu apa?”.

“Pasal you and Cam... kenapa tak cakap awal-awal?”.

“Hmm... dah you tak tanya...”.

“Hmmm malulah. Takkan orang tak cakap kita nak sibuk-sibuk...”.

“So- you dah tahu ni, tak suka I lah?”. Aku diam, tersipu mendengar kata-kata Hidayat.

“Hid...”.

“Yes babe...”. Aku tunduk lagi, wajahku kubenamkan ke dadanya. Ada perasaan tenang di situ.

Bersambung.....

K.

3 comments:

Z@mn!m@x said...

love it..

Z@mn!m@x said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau boleh follow up blog saya...masih baru menulis..sila tegur klu saya ada buat silap.. :) http://kakiberangan.wordpress.com