“So kau dah nekad la ni?”. Saiful tanya aku lagi entah ke berapa kali. Aku tersenyum. Beg-beg pakaian telah kususun.
Aku bangun, menghampiri Saiful. Dia tak berganjak.
“Apasal ni??”. Saiful mula kaget.
“Shhh....”.
Aku mendekat. Pinggangnya kurangkul, tubuh kami merapat. Aku memandang ke anak matanya, Saiful seperti terkedu dengan tindakanku.
“Kau takut?”. Gulp! Saiful seakan terpukau, namun dia cuma membiarkan.
“Aku sayang kau, Pul....”. Aku pejam mata.
“Aaarghhh gilaaa!”, Saiful cepat-cepat menepis sebaik aku cuba menciumnya.
“Hahahaha! Oooo kau ada perasaan kat aku ye selama ni!!”. Terbahak-bahak aku ketawa.
“Ptuuuii! Siottt! Kau mainkan aku ye...”.
“Ngaku je lah.... ko tertarik ngan aku...”.
“Choiii sepupu beb... mana leh....”.
“Weh, halal per kalau nikah....”.
“Dah, dahh... aku tahu ko kemaruk ngan Hidayat tu skang... jangan nak feeling-feeling kat aku plak...”.
“Ok, ok... sorry aku saja nak test. Ingat kau seorang boleh berlakon? Hahaha...”.
“Aarghh malas nk layan kau. Angkat sendiri barang!!”. Tak pasal-pasal Saiful merajuk. Dia berlalu tinggalkan aku.
Padan muka! Tak pasal-pasal aku kena angkat sendiri barang-barang ke tingkat bawah.
“Weyy, aku gurau ajelah!”.
“Malasss!”.
Aku cuba melabuhkan kepala. Suasana hening dan tenang. Penerbangan Malaysia Airlines telah pun berlepas kira-kira lima belas minit dari KLIA.
“Jaga rumah! Jangan nak bawak balik jantan je...”. Wajah Saiful sedih. Tak pernah aku nampak wajahnya muram macam tu.
“Weyy, aku pi jap je la... lapan bulan, bukan lapan tahun! Jangan nak nangis. Burokk!”.
Nasib baik Saiful sudi menghantarku tadi. Rajuknya tak lama. Lucu pula ingatkan apa yang berlaku siang tadi.
“Juice, encik?”. Aku toleh. Hmm... baru je nak berkhayal.
“Guava please...”. Pintaku. Pramugara bertugas menghulurkanku segelas guava juice.
“Ada apa-apa lagi encik mahukan?”. Aku curi melihat tag namanya- RAZIF.
Dia tersenyum ramah ke arahku. Razif kurus, tinggi lampai orangnya, macam kacukan dari Sabah.
“Err, saya nak awak boleh??”. Patahku tersekat dikerongkong. Razif masih lagi menanti jawapanku.
“No, thanks.” Aku cuma geleng seraya membalas senyumnya. Radzi segera berlalu meninggalkanku.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, aku mencari-cari kaunter teksi. Hampir dua tahun aku tak ke sini, tempat ini tak banyak berubah.
“Encik! Nak ke mana?”. Kelibat seseorang menegurku. Aku toleh. Kelihatan Razif di sebelah, masih dengan seragam Malaysian Airlines. Alir darahku terhenti. Tak sangka dapat bertemunya lagi.
“Err, patut ada orang datang jemput. Tapi entah mana perginya, saya mahu ambil teksi. Menginap di Four Points. Awak bermalam di sini?”. Aku lihat Razif turut mengheret dua buah beg.
“Saya cuti 3 hari. Ada kawan di sini. Mahu saya hantarkan?”. Pelawa Razif ramah, sama seperti di dalam penerbangan tadi.
“Eh, takpe., saya ambil teksi sahaja. I’m K by the way.” Aku hulur salam.
“Saya Razif. Encik K dalam flight saya tadi kan?”. Aku angguk seraya tersenyum.
“Eh, jom lah saya hantarkan. Itupun kawan saya dah sampai. Four Points dekat sahaja!”. Beriya-iya Razif pelawa sampaikan aku tak mampu menolak.
Sebuah Harrier berhenti betul-betul di hadapan kami. Seorang lelaki berbadan tegap keluar dari kereta.
“Hi, baby! How are you?”. Razif segera mendapatkan lelaki berkenaan, mereka berpelukan seketika. Aku sekadar memerhati. Kelihatan Razif berkata sesuatu kepada lelaki berkenaan.
“Oh, hello.. hi! I’m Ikhwan! Razif’s friend. Saya hantarkan awak?”.
“Thanks. Susah-susah je. I’m K!”.
7.40 pagi.
Aku menggeliat malas di katil. Tak sedar telefon berbunyi banyak kali. Ada lima missed call. Aku belek-belek seketika.
“Alamak, Hidayat call...”. Aku pantas mendail nombornya kembali.
“Hellooo good morning my dear... sudah bangun?”. Suara parau Hidayat di hujung gagang.
“Yeaah... I’m sorry. I’m a bit tired. Ambil flight malam tadi. Banyak urusan di Kuala Lumpur.”
“It’s okay. Today Ahad kan. Take your time. Nak I datang teman you for breakfast later?”.
“Okay gak, I siap jap. See you 8.30 at the lobby.”
“Ok sure. See ya!”.
**********
“Thanks kerana sudi datang juga ke sini. I really appreciate kesudian you untuk be part in our team. Bukan senang I nak pujuk Kat suruh lepaskan you tau! But I feel bad sebab tak datang jemput you di airport malam tadi. So sorry...”.
“It’s okay. Small matter. I managed to get taxi by myself.” Saja malas aku nak menceritakan hal sebenar, nanti takut panjang pula.
“So, what’s your plan for today? Esok dah kena kerja tau...”. Hidayat buat muka tegas. Oren digelas diteguknya perlahan.
“Hahaha... baiklah boss!! Hari ni kita rehat-rehat di beach sahaja, pastu pusing-pusing pulau bleh?”.
“Boleh... janji ada upah!”.
“Waah jadi pemandu pelancong peribadi kena upah ni!”.
“Mesti! Today saya jadi your personal tourguide, awak boleh request apa sahaja, esok tak boleh dah. Esok saya dah jadi boss awak...”. Aku tergelak mendengar kata-kata Hidayat. Tak sangka pandai pula mat saleh celup ni melawak.
**********
Sedar tak sedar, dah hampir seminggu aku di Langkawi ni. Banyak juga yang aku dah pelajari. Nyata Hidayat banyak membantuku menyesuaikan diri. Syarikatnya juga telah memberikan aku sebuah kereta untuk kemudahanku bergerak dan juga sebuah apartment yang selesa.
“You happy?”.
“Yes, I’m happy boss! Thanks...”.
“Hidayat je...”.
“Oh, hahaha ok... Hidayat...”. Kekok pula mahu memanggilnya Hidayat mula-mula ni sementelah dia dah jadi boss aku.
Well, Hidayat sangat baik. Tak banyak sebenarnya yang aku ingat tentangnya, maklumlah waktu itu kedua-kedua kami sedang mabuk dan masing-masing hanya mencari keseronokkan. Habis sahaja cruise trip tu, kami membawa haluan masing-masing. Aku langsung tidak mendengar tentang cerita dan khabar Hidayat hinggalah kami bertemu secara kebetulan beberapa bulan lalu di sebuah cafe di Pavillion, dan tidak semena-mena pula menerusi Kartika, bossku, Hidayat menawarkan aku peluang kerja yang lumayan di Langkawi.
“Dah rezeki you... I’m happy you terima peluang ni. Memang niat I nak dekat dengan you...”. Aku pandang Hidayat. Tak faham dengan kata-katanya.
“Nak dekat dengan I, apa maksud you?”. Hidayat senyum. Soalanku termati di situ.
Bersambung.....
K.
3 comments:
jangan lambat sangat update tau....hehe
Bertambah mnrk jln crita.. x sbr tggu smbungan...
Tkble bce coz ikln tu.. -_-
Post a Comment