Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Tuesday, November 3, 2009

Episod 10 : Di Gamit Memori



Aku membuka mata. Ada rasa dingin yang membara. Ada tangan kekar memelukku.

"Sejuk?". Sekelumit Hadi tersenyum buat aku terkebil-kebil.

Hadi terus merangkul, merapatkan tubuh hangatnya ke pangkuanku. Aku selesa begitu. Terasa dinginku berkurang. Aku kejap mata. Terasa ingin kumatikan momen itu lumat-lumat.

"I miss you...". Seketika terlahir dari bibir tipisnya. Mataku mencerah. Cuba merenungnya dalam-dalam.

"Benar?". Namun kubiarkan soalan itu di dalam hati. Aku tersipu. Sejenak dia mengelus bibirku, lalu mengucup perlahan. Aku membiarkan. Lama kami begitu. Aku cuba merakam saat-saat indah itu. Tenang.

"Thanks...". Hanya itu yang mampu kuluahkan. Kepalaku pijar. Masih terkesan dek penangan alkohol semalam.

"For what?". Hadi menguis telingaku penuh manja. Geli.

"For last night, kerana temankan I menari...". Hadi mengucup lagi dahiku.

"Anytime, for you babe...". Tangannya mula menjalar. Hadi mula merapati tubuhku.

Kuala Lumpur.

Saiful merengus. Dah dekat setengah jam Syed Azlan menghalang keretanya. Mati aku kena marah dengan produser.

"Lan, kau nak apa lagi? Kan aku dah cakap, aku tak tau mana dia pergi? Cepat alihkan kereta kau. Aku dah lambat!". Dia geram bila Syed Azlan cuba menghadang keretanya keluar. Hampir Saiful menjerit naik angin, namun dia cuba bersabar. Malu dek jiran-jiran yang mendengar nanti.

"Pul... pls la Pul... bagitau la, mana dia pergi? Aku nak cari dia!".

"Aku dah kata, aku tak tahu- plus buat apa kau nak dia lagi? Dah sah-sah kau sendiri pun nampak apa yang berlaku malam tu?!".

"Aaahh, aku tak kisah Pul. Aku tahu K cuma nak balas dendam. Aku yang salah Pul... please la Pul... bagitau aku. Sekali ni je Pul aku merayu dengan kau...".

Syed Azlan mendegus macam orang hilang akal. Saiful mula serba-salah.

"Lan... camnilah. Kau balik dulu. Aku dah lambat ni ada shooting. Aku cuba bercakap ngan K dulu. Nanti tengahari aku call kau k?". Syed Azlan mengeluh.

Hampir putus asa dia merayu Saiful.

Saiful bergegas masuk ke kereta. Dia kembali menghidupkan enjin.

"Aku call kau, jangan risau!", ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Syed Azlan.

Syed Azlan- kenapa K? Kenapa?? Kenapa kau buat aku macam ni!! Ah, aku sengsara tanpa kau sayang.....

**********

Butang kemeja kutanggalkan satu-persatu. Aku ke bilik air. Melihat-lihat sendiri wajahku di cermin. Ada kumis nipis yang sengaja kubiarkan tumbuh. Sesekali begitu tampak kelelakianku. Aku tersenyum. Rambut kuseka perlahan. Buka paip, cuci muka. Segar!

"Sayang, it's me... you okay? Call me back. Miss you." Aku mendengus.

Entah kali ke berapa voicemail dari Syed Azlan itu kumainkan. Yang pasti aku juga amat merinduinya.

Seakan terasa bibir tipis Syed Azlan mengucup basah keningku, seketika dia beralih ke telinga... bibir... dan... tiba-tiba ah, wajah Shamir memotong. Shamir pantas merangkuliku. Rakus dan kejap.

Aku cepat-cepat mematikan phone. Khayalanku mati di situ.

Teringat temujanji dengan Hadi dan keluarganya di kediaman mereka di Bukit Jambul malam nanti. Aku melihat jam. Ada tak sampai sejam lagi untuk bersiap. Aku membongkar beg. Ada jeans Calvin Klein dan t-shirt Zara. Ah, kira okaylah. Aku lebih selesa ringkas-ringkas. Tak banyak baju fancy yang kubawa lagipun. Bukan plan nak berjalan. Cuma berehat-rehat je. Lainlah pompuan nak kena pakai lawa-lawa. Heh!

Ikutkan aku nak mengelak, tapi beriya-iya Hadi mengajak.

"Please... ulangtahun perkahwinan mummy dan daddy I. You have to come. I nak kenalkan you pada my family."

Tepat jam 7.30 malam, Hadi telah sedia menungguku di lobi hotel. Dari jauh, dia tersenyum sebaik melihat aku muncul. Aku menapak ke arahnya.

"Sory, dah lama tunggu?".

"It's okay. I pun baru je sampai."

"Dah sedia?". Haha! Aku tergelak.

"Dah. Dah sedia bawa saya ke rumah keluarga awak?".

"Well, it's nice to have you around my family. Hazim dan bebudak lain pun sukakan awak. Dari pagi mereka warning saya, make sure Uncle K datang malam ni....", ujar Hadi bersungguh. Kata-katanya buat kami masing-masing tergelak kecil.

Hazim yang paling tua, juga paling petah bercakap. Dari hari pertama mengenalinya, Hazim sudah mesra denganku.

**********

"Uncle, tolong!". Aku pantas berpaling. Seorang anak kecil pantas memintaku menerbangkan layang-layang. Aku bingkas.

"Boleh, berdiri di situ." Ujarku, memberi arahan.

"Siapa nama?".

"Hazim. Uncle?".

"K."

"Ooo...". Hazim terlihat gembira sebaik layang-layangnya bebas mencecah udara.

**********

Merapati kanak-kanak bukanlah sesuatu yang sukar buatku. Mungkin naluri semulajadiku yang sukakan budak-budak memudahkan aku untuk berkomunikasi dengan mereka.

"Kakak I, Kak Ruby kirim salam. Dia cakap terima kasih... senang kerja dia nak berehat puas-puas kat hotel. Anak-anak tak nak ajak dia keluar. Mahu keluar ngan you!". Aku cuma senyum. Berkali-kali Hadi memujiku kerana pandai mengambil hati anak-anak saudaranya. Kami menghabiskan hujung minggu melawat ke Toy Museum dan juga Bukit Bendera.

"Ooo selama ni kalau dengan orang lain, kamu semua bukan main liat lagi yer. Dah jumpa Uncle K kamu baik pula dengan dia ya. Oh, memilih juga rupa-rupanya budak-budak ni!". Hadi mengusap manja kepala Hazim, Icha dan Efi silih berganti.

"Uncle K baik. Hazim suka dia!".

"Efi pun!".

"Uncle K suka bagi coklat. Icha pun suka dia!". Aku dan Hadi serentak ketawa.

"You look handsome tonight...". Hadi bisik perlahan ke telinga. Aku senyum seraya mengikutnya ke kereta.

"Eh mana kereta you semalam?", soalku sebaik kami tiba di parkir.

"That SX4?". Aku angguk ingatkan tersalah kereta. Hadi dah pun mula menghidupkan enjin MINI.

"Inilah kereta saya. Kecil je. Semalam tu kakak saya punya. Tak muat nak bawak budak-budak tu travel. Cukup untuk kita berdua je," ujar Hadi berlucu buatku tertawa kecil. Hadi menyentuh jari-jemariku, dan tanpa disuruh, dia mencium perlahan.

"Jom?".

"Oh haha- ya ya, dah lambat sebenarnya...". Hadi mula memandu. Kereta mula meluncur laju meninggalkan Batu Ferenggi.

Bukit Jambul.

"Eh, eh Uncle K datang! Uncle K datang!".

"Hai, semua! Apa khabar?". Hazim, Efi dan Icha pantas menyambut kedatanganku dengan gembira sebaik aku dan Hadi tiba.

"Ish, budak-budak ni, kot ye pun bagilah uncle kamu tu masuk dulu-", Kak Ruby, kakak kepada Hadi membebel keluar sebaik melihat telatah anak-anaknya.

"Hah, K, masuklah! Hadi, pergi panggil daddy turun. Bagitau K dah sampai." Arah Kak Ruby.

"Mummy, kenalkan... inilah K, kawan si Hadi tu. K, ini Auntie Hamimah, mummy kitorang. Jap lagi daddy turun, Hadi dah naik panggil tu."

Aku terus menyalam tangan Auntie Hamimah tanda hormat.

"Jom ke belakang. Semua family dah tunggu awak!". Sedikit kaget, aku membontoti Kak Ruby ke laman belakang.

Wah, boleh tahan ramainya keluarga Hadi. Tak sangka pula mereka menganjurkan family gathering macam ni. Ada yang tengah membakar BBQ, ada yang duduk berbual-bual, tak kurang yang sedang menyusun dan menyiapkan hidangan.

Seorang demi seorang Kak Ruby perkenalkan ahli keluarganya kepada aku.

Tiba-tiba...

"K?". Aku paling. Kaget seketika. Serasa seperti mahu rebah melihat Amira terpaku di depan. Perutnya membunting, ada seorang lelaki mat saleh di sebelah.

"Amiraa!".

"K!! Jadi betullah awak!! What a small world..!!", Amira hampir-hampir mendakapku, namun aku membuat isyarat bergurau menunjuk ke arah perutnya dan lelaki mat saleh di sebelahnya.

"Oh! Haha- sorry, this is Alvin, suami saya. Dah setahun kami bernikah. Alvin sweety, this is my old friend, K- very long lost friend! OMG!! What happened to you? Awak dah banyak berubah!". Ternyata Amira kelihatan seperti begitu teruja memperkenalkan aku kepada suaminya. Dia memandangku tanpa berkedip.

"Oh, kamu kenal Amira ya? Dia ni sepupu Kak Ruby, sepupu si Hadi juga," terang Kak Ruby mencelah. Aku geleng perlahan sambil tersengih. Duh, pusing-pusing ke situ juga. Kecilnya dunia...

"Hadi? You kenal Hadi?", Amira menyoal. Aku angguk. Ketika itu juga Hadi muncul bersama seorang lelaki dalam lingkungan separuh abad. Daddynya kukira.

"Hadi!! You kenal my old friend ni tapi tak pernah mention to me?? How dare you?". Amira buat-buat bercekak pinggang memarahi Hadi.

"I like him!". Tak semena Hadi rangkul aku di depan ahli keluarganya. Satu kucupan mesra singgah di pipiku. Aku mula panik, terpinga-pinga. Kulihat Amira seperti ternganga!

"Ohh, inilah bakal 'menantu' terbaru daddy ya!", daddy Hadi mencelah. Merah padam mukaku waktu itu.

"K, kenalkan ini daddy I, Uncle Hussien. Anak jati Pulau Pinang. Idola I." Sempat Hadi bergurau. Uncle Hussein mengelak huluran tanganku, sebaliknya dia pantas memelukku kejap.

"Bagus... baguss... semalam kanak-kanak tak putus-putus bercerita hal kamu waktu keluar jalan-jalan. Baguss...", ujar Uncle Hussein sambil menepuk-nepuk belakangku.

Buat beberapa saat aku seperti kebingungan. Aku lihat sekeliling, Auntie Hamimah sporting memandangku, begitu juga Kak Ruby. Cuma Amira sahaja kelihatan seperti gelisah. Wajahnya seakan protes dengan tindakan Hadi tadi.

Amira Natasya Bt. Datuk Yu...

Entah kenapa aku seperti jijik mahu menyebut nama papanya. Hampir tiga tahun sebenarnya aku cuba melupakan kisah silam- kenangan aku dan Amira, cerita Iskandar... selain titik-titik hitam antara aku dan datuk.

Itu antara beberapa episod duka yang sudah kulumat jauh-jauh. Dan kini, wajah mungil putih itu menjelma kembali. Biarpun wujud dalam sisi yang berbeza (Amira kini berbadan dua), Amira tetap sama. Konsisinya, dia masih Amira yang serupa. Takdir hatinya pernah terpasak terhadapku suatu ketika dulu.

"K, awak okay?". Tegur Hadi lembut. Aku tersentak. Aku memandangnya tanpa berkedip.

"Sorry. Saya cuma terkejut."

"Kenapa?". Aku diam seketika, membiarkan soalan itu tidak berjawab. Hadi memandangku dengan gusar.

"Maaf, saya ada menyinggung perasaan awak ke?". Aku hanya membatu. Wajah Amira dan Hadi bersilih ganti.

Terlalu awal untuk semua-semua ini. Ah terlalu lewat untuk menyesal. Kalau bukan kerana menghormati jemputan Hadi dan keluarganya, sudah lama aku tinggalkan tempat ini.

"Awak marah saya peluk depan daddy dan mummy tadi?". Aku renung Hadi seraya menggeleng perlahan.

"Mana Amira?". Ujarku mengubah topik perbualan. Mataku buat-buat mencari kelibat Amira.

"Mira ke belakang, dengan Kak Ruby. Wait... ada sesuatu ke yang perlu saya tahu?". Aku geleng. Kesian hadi. Tak pasal-pasal aku buat dia gelisah.

"Hmmm... jom makan. Saya tahu awak lapar. Kita join daddy dan mummy nak?". Aku senyum seraya mengikut Hadi perlahan.

Nyata tujuan asalku ke sini dah berubah sama sekali. Betul kata Saiful, kalau kita gemar lari dari masalah, tak mustahil masalah lain pula yang akan timbul. Waktu ini aku buntu. Tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Fikiranku hanya terbayangkan Amira!

Bersambung....

K.

1 comments:

ash said...

to owner of this blog,tolong update citer ni..sye eager ntuk tau ape yg brlaku seterusnye.. =)