Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Wednesday, November 21, 2007

Episod 3 : Indahnya, Cinta!


Kuala Lumpur.

"How's the flight?".

"Okay. Aku pening sedikit...".

"Hai, seronok sangat ya di Kota Bharu sampai pening-pening." Nada suara Saiful memerliku.

"Merepek la kau. Aku pening sebab mabuk udara-lah!". Aku menyiku Saiful yang sedang memandu. Terkekeh-kekeh dia.

"Kau buat apa hari ni? Any plan?".

"Ada shoot for teen magazine petang nanti. Then malam sambung drama. Tadi Encik Bahar tu baru text aku. Takpe, aku drop kau kat rumah dulu. Later lah pegi. Sempat." Aku mengangguk.

Begitulah sibuknya sepupuku sorang nih. Sejak aktif dalam dunia modelling, bercurah-curah tawaran yang datang. Tak cukup dengan catwalk di pentas peragaan, majalah, kini dia terlibat berlakon dengan beberapa buah drama tempatan pula. Rezeki.

"K, ada good news! Aku dapat offer movie. Cerita aksi. Si Ghafar pengarah!". Ujar Saiful teruja.

Aku tumpang bangga. Bagus juga dia join dunia hiburan. Takde la tak tentu arah ke hulu-ke hilir. Sejak putus dengan Amira dulu, aku lihat Saiful banyak fokus pada dunia barunya ini.

"Seronok!".

"Ya, aku tahu."

"Tahniah!".

"Terima kasih."

"Hoii... berangan!". Aku terkedu.

"Yup??".

"Aku cakapp... kau tu.. berangannn!".

"Ya. Ya... aku berangan...". Aku terkebil-kebil sendiri.

"Hah, tengok tu...".

"Kau tak keluar dengan Syed ke? Semalam dia call rumah, tanya kau. Aku cakap kau belum balik lagi.”
Aku angguk.

“ Phone kau off ke?".

"Ha'ah." Pendek jawapanku.

"Itulah... bercintaa.. berangan...".

Pagi Isnin. Hari pertama ke pejabat sekembali aku dari bercuti. Beberapa orang staff menyapaku selamat pagi. Aku hanya membalas dengan senyuman.

"Encik K, lakaran untuk projek Bayu tu dah siap? Puan Kartika dah mintak." Ingat Jue, setiausaha pejabat yang comel lote. Satu negeri denganku si jue ni, orang Pasir Mas.

"Okay Jue. Kejap lagi saya hantar. Terima kasih."

Aku gegas menyiapkan laporan. Lakaran untuk presentation nanti kuasingkan ke tepi.

"Encik K, line 2. Call for you." Jue lagi.

"Hello?".

"Kenapa tak reply my text semalam? Dah sampai KL tak bagitau pun...". Syed Azlan! Terus rasa berbunga pagi-pagi.

"Oh- I lupa la sayang. Hmm… penat sangat la semalam. Sampai rumah terus tidur. Sorry ye!".

"No. Kena denda. You kena keluar lunch ngan I hari ni."

"Tapi, Lan...".

"No tapi, tapi. Tengahari nanti I jemput you kat bawah. See ya! Klik!". Talian termati. Aku garu sendiri kepala yang tidak gatal. Hmm… cemana ni, laporan tak siap lagi?

Tengahari.

Hampir ke pukul satu. Teringat janjiku dengan Syed Azlan, aku cepat-cepat mengemas fail dan save kan semua kerja. Seketika, telefon bimbitku berdering.

"Sayang, I dah sampai. Wait you kat parking." Aku gegas ke lif untuk turun.

"Awalnya. Belum pukul satu!". Ujarku. Tali seat belt kuketatkan.

"Nak jumpa buah hati saya, mesti la kena cepat. Dah seminggu tak jumpa sayang saya ni. Rindu tau!". Aku tersenyum sendiri. Memang Syed Azlan pandai mengambil hati. Cair hatiku tiap kali bersamanya.

"Makan kat mana ni Lan?".

"Kita ke Sheraton ya. Saya dah book meja kat sana." Aku angguk sahaja.

"Sayang... saya rindu awak."

"Hmmm... saya pun.” Jari-jemariku diramasnya erat.

“ How's work? Kakak awak sihat?".

"Alah, you nih. Potong stim lah. Kakak sihat. Kenapa tanya dia? Rindu??". Cemburu pula. Aku tersengih.

"Kalau I rindu dia, kenapa keluar ngan you. Takder kerja!". Aku memulangkan paku buah keras.

"I miss you badly. Kita kahwin nak? Kesian kat I, memalam tidur sorang."

"Amboii... gatalnya dia...".

"Gatal ngan awak je. Takpe." Aku senyum. Bahagia.

Jam dua setengah aku masuk pejabat balik. Lewat setengah jam.

"Hai K. Dari jauh senyum lebar aja akak tengok. Pegi lunch ngah buah hati ke?". Kak Jun dari bahagian marketing mengusikku. Aku cuma sengih, malas nak menjawab.

"Kalau dah senyum-senyum tu apalagi Jun, jumpa buah hati la tuh. Dah seminggu cuti kan… rinduuuuuu…", sampuk Wawa pula dari meja sebelah. Aku masih membatu. Buat-buat pekak. Biasala pompuan, suka ambil tahu hal orang. Hehe…

“K, ceritalah kat akak… siapa buah hati pengarang jantung tu?”.

"Kawan-kawan je la. Saya mana der buah hati. Nape, akak ngan Wawa nak isi borang ke??".

"Ish, kalau ada, nak jugak. Ada kosong lagi ke?". Balas Wawa, gatal.

"Mula-mula kawan je K. Nanti dah makan nasi minyak sok, jangan lupa jemput kami yek!". Usik Kak Jun lagi, belum puas kenakan aku nampaknya.

Over tau diorang ni. Tak pepasal keluar soal nikah-kahwin pulak.

Actually takde sapa tahu latar belakang seksualku di ofis ni. Baik Kak Jun, Wawa atau sesiapa je. Semua orang ingat aku ni lelaki straight. Lain la kalau aku jenis yang jalan lenggang-lenggang kan. Itu memang sah-sah la.

Kalau nak tahu, dari hari pertama aku kerja di sini, masing-masing berteka-teki siapa girlriendku, malah lebih kelakar lagi siap ada yang nak menjodohkan aku dengan si polan-si polan. Dengan pompuan tu la, awek ni la... anak jiran la. Hahaha! Kepph-kepoh diorang pun best gak. Takde la sampai menggangu-gugat kerjaku. Alah diorang tu takat memain je. At least terhibur gak kat ofis ni. Maybe sebab tak ramai jejaka kat sini. Cuma aku ngan bebudak kat bahagian printing tu je.

"K, pas kan layout pukul tiga nanti kat Marlisa. Nanti dia nak hantar ke bahagian printing. Later let me know ya!". Arah Puan Kartika, boss ku dari line satu. Aku dapat gambarkan wajah Puan Kartika yang jarang senyum. Mesti dah lulus lakaran yang aku hantar sebelum lunch tadi.

Aku ke meja Joe, co-designerku. Minah tomboy ni ralit menyiapkan kerja.

"Ya, Encik K. Nak kena adjust layout lagi ke?". Joe atau nama betulnya Syarifah, saja nak menyakatku.

"No, no. Everything's fine. Err, Puan Kartika dah setuju dengan lakaran kita. Nanti dia mintak hantarkan softcopy kepada Hafiz kat bahagian printing untuk prepare mock-up. Jangan lupa tau!"

"Okay, set. Uh, btway aku dengar diorang usik-usik kau nak kahwin nanti. Hahaha, betul ke?".

"Eh, eh. Sejak bila kau dah join group W2K nie plak?".

"Group W2K?".

"Group wanita-wanita kepoh!".

"Euuwww!! Tolong sikittt… hahaha!". Joe dan aku sama-sama ketawa.

K.

Friday, November 9, 2007

Episod 2 : Cintaku Tertinggal Di Situ

"Menung apa?". Aku senyum. Limau ais kuhirup perlahan. Nyaman!

"Takde apa. Teringat Rul aje." Usikku. Termalu dia seketika.

"K... jangan balik." Khairul memegang jemariku, lembut. Kaget juga aku. Nasib baik kedudukan kami tersorok sedikit.

"Err... K kerja lah sayang. Banyak hal kat ofis. Nanti Rul datang ya, lawat K kat kl." pujukku.

Khairul bungkam. Ah, silapku juga. Terlalu memberi Khairul harapan. Ironinya, aku hanya mahu berkawan. Kedatanganku ke Kota Bharu kali ini pun cuma untuk menziarahi Nek Imah, Ika dan mama, selain nak catch up balik jumpa kawan-kawan lama.

"Along baliklah. Nek Imah tak berapa sihat sekarang. Rindu kat Along, selalu sebut-sebut nama." Masih kuingat kata-kata Syafika dalam telefon tempohari.

Memang aku agak rapat dengan Nek Imah. Nek Imah tempatku bermanja selain mama. Dari kecil, waktu mama dan papa sibuk berkerja, aku dan Syafika dijaga Nek Imah.

"k jangan lupakan Rul ya!".

Aku senyum. "Tidak!". Jawabku samar.

"Hey, kat sini korang rupanya! Lama sampai?". Hafiz menjengah. Entah dari mana munculnya, tiba-tiba terpacul.

"Mana Mail? Tak ikut?". Soalku bila melihat Hafiz datang solo.

"Rumah lagi. Later dia join. Ada hal." Spontan Hafiz menjawab.

"Korang makan apa nih? Date ya! Huhuhu...".

"Pandai la ko. Dah tahu kacau aja!". Rengus Khairul.

"Aiseymenn... marah. Relaks la, aku tumpang makan je. Korang teruskan bercinta ya!". Hafiz memang selamba. Dia dah pun memanggil pelayan untuk memesan.

"Mee kari satu, popia goreng tiga, sama strawberry juice, and… mmm… aiskrim coklat satu ya!".

Aku dan Khairul berpandangan sesama sendiri. Mak oii, tak padan ngan saiz, banyak tol si Hafiz ni order…

“What?!”. Jerit hafiz memandang kami berdua. Aku dan Khairul terkekeh-kekeh ketawa melihat gelagat Hafiz.

"K, lupakan Khairul. He's not your type- believe me!". Nada suara Saiful tegas. Aku membetulkan duduk. Aku merapatkan handophone ke telinga. Agak bising.

"Maksud kau?".

"Player, one night stand. Pendek kata, tak sesuai. Aku kenal dia. Aku tak nak kau kecewa lagi...", bebel Saiful tiba-tiba. Kedengaran dia bersungguh. Aku ketawa.

“Hey, seriuslah! Kau ingat aku saja reka cerita?”, Saiful mendengus.

"Pul, kau ingat aku bodoh?".

"K, aku serius ni... aku call Mail dan Hafiz semalam, mereka mintak aku beritahu kau- tinggalkan dia."

Aku ketawa lagi, gelihati.

"Okay.. okay. Aku kawan-kawan aje la. Tak lebih okay? Puas hati?". Lucu juga bila kawan-kawan aku ingatkan kami bercinta.

"Better be right. Aku care pasal kau."

"Thanks!".

"Bila balik?".

"Lusa."

"Nak aku jemput?".

"Takder shoot ke?".

"Ada, tapi takpe. Bleh lambat sikit. Pas amik kau aku blah la. MAS kan?".

"Yup. Jemput kat Sentral. Aku amik ERL je nanti."

"Okay. Set. See ya!".

Saiful, Saiful.

Dari dulu sampai sekarang sikapnya over protectivenya tak pernah berubah. Bersungguh benar dia melarang aku rapat dengan si Khairul. Pasti Mail atau Hafiz yang jadi tukang canang Astro.

Ah, silap juga aku. Bermula dari perkenalan di Manis Café dua malam lepas, hampir setiap hari aku dan Khairul keluar bersama. Secara tak langsung, memberinya sedikit harapan akan hubungan kami.

Padaku, Khairul baik. Gemar bercerita dan sering membuat aku ketawa bila bersamanya. Taktik memikat? Aku tergelak dalam hati. Siapa peduli. Aku lebih kenal diriku sendiri. Tak mungkin aku akan terpikat padanya. Khairul muda. Terlalu muda. Masih banyak yang perlu dipelajarinya.

Saat ini- hatiku hanya milik seorang.

Syed Azlan.

Sudah makankah dia?

Apa dia buat sekarang?

Ingatkah dia padaku?

"Bunga!".

"Untuk siapa?".

"For you-lah. Tak suka?".

Aku sambut pemberiannya. Kuminta tiga kuntum aja tapi nah, sejambak dihadiahkannya.

"Putih sahaja, no merah- off-set pun tak nak." Ujarku bersyarat.

"Nah, lagi."

"Apa?". Kubuka perlahan sebuah paperbag kecil.

Brown bear!

Kecil. Cute. Comel. "For me?".

"Tak, untuk Saiful, housemate you. I saje beli." Selamba Syed Azlan menjawab. Aku buat-buat mencebik geram.

"Nah, amik. Kasi la kat dia...". Aku pura-pura merajuk.

"You sure?".

Ahhh... Rindu!!

Ikut hati mahu sahaja aku pulang ke Kuala Lumpur petang ini juga.

"Kamu dari mana? Puas mama cari tadi. Risau!". Aku senyum.

"Bandar. Beli ubat Nek Imah ni hah." Aku menujukkan selonggok ubat-ubat yang dibeli di Bandar KB tadi.

"Kamu dah makan?".

"Belum ma. Jap lagi." Aku merebahkan badan ke sofa. Penat!

"Pegi la makan ngan nenek kamu tu. Dia tunggu dari tadi. Ada mama hantarkan lauk. Panggil Syafika sekali turun."

"Mama dah makan?".

"Takpe la. K makan dulu ya. Mama nak siapkan tempahan ni. Sikit je lagi.

Aku ke atas mengetuk bilik Syafika.

"Dah lunch? Jom, pi umah Nenek. Makan!".

"Along...". Tiba-tiba syafika menarik tanganku.

"Kenapa?".

"jangan la balik. Teman Ika kat sini."

"Elehh... nak manja konon. Ikram tu awak nak letak mana cik adik oii...".

"Alahh... Ikram lain... dia boyfriend Ika… along abang Ika!".

"Dah... jangan nak merepek. Pi cuci muka. Suka tidur siang. Berangan!".

"Eishh , along ni. Jahat tau. Orang nak manja-manja pun tak boleh...".

"Dah besar... nanti nak jadi mak orang dah!". Usikku lagi.

Hari terakhir di Kota Bharu. Pagi-pagi lagi aku dah bersiap. Selesai bersalam dengan mama dan Nek Imah, sekali lagi Ikram dan Syafika menghantarku ke airport. Awal-awal lagi Mail dan Hafiz sudah sedia menungguku di sana. Sengaja aku tidak memberitahu Khairul jadual penerbangan, bimbang dia muncul tiba-tiba.

Ok, Am... Jaga ika baik-baik ya. Belajar rajin-rajin. Jangan nak suka-suka aja!".

"Insyaallah, bang. Terima kasih."

"Selamat jalan, Long...". Aku lihat wajah Ika bungkam. Aku merapat sambil meraut wajah Syafika. Mail dan Hafiz hanya memandang kami.

"Jangan sedih. Nanti cuti datang KL. Along bawa jalan-jalan." Syafika angguk. Ada air jernih yang bertakung.

Beep...

Sms.

[ It's ok. Thanks for everything. Have a safe trip back. Moga jumpa lagi! ]

Khairul!

Teringat sms yang kuhantar kepadanya malam tadi. Aku senyum sendiri. Hidup harus banyak memilih. Kadangkala tak semua pilihan kita itu adil untuk semua bukan?

Bersambung...

K.