Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Monday, October 29, 2012

Episod 18 : Remuk


KAT Creative
Pagi

“K, Puan Kartika panggil. Lain macam je...”. Jue, setiausaha pejabat datang kelam-kabut ke pantry. Aku berhenti membancuh milo. 

“Ada apa? Kejap lagi aku datang aarr..”.

“Macam urgent je. Baik kau pergi sekarang...”. Jue pantas berlalu. 

Aku tinggalkan minuman. Hmmm pagi-pagi dah panggil ni ada la tu yang tak kenanya. Tawakal aje lah. 

“Tuk! Tukk!”.

“Masuk!”. Kartika tersenyum memandangku. Hmm petanda baik. Lega aku lihat wajah singa ni yang ceria. Nak je aku hulurkan bunga.

“Sila duduk, K!”. Aku pantas menurut.

“How’s Aril?”.

“Aril okay. So far takde masalah. Ringan tulang dan banyak membantu I...”.

“Okay, bagus. Hmmm I ada good news buat you. Baca surat ni dulu.” Kartika hulurkan sepucuk surat padaku. 

Baris demi baris aku baca. Wajahku berkerut.  

“You nak hantarkan I ke Langkawi...?”.

“Ya, just for temporary. Untuk beberapa bulan sahaja. Kita akan ada projek baru di sana. I mahu  you incharge. You calon paling layak.”

“Tapi macam mana dengan kerja-kerja di sini?”.

“Jangan risau. I dah hire seorang lagi designer untuk bantu Jo di pejabat. He will be with us until project you kat Langkawi tamat. Apa yang you perlu buat, just focus on our new project di sana. Deal?”.

Aku baca lagi surat di tangan. 

“Lapan bulan?”. Gulp! Apa yang aku nak buat di Langkawi nanti.....

“Ya, untuk lapan bulan seterusnya you akan berada di Langkawi. Berkerja di kapal dan bot-bot persiaran. I yakin you boleh buat, K. Segala jadual dan kemudahan you di sana dah pun I aturkan. Nanti Jue akan bagi you satu fail untuk you refer.”

Perghh! Mimpi ke aku ni?

“So macam mana Encik K, setuju?”. Perghh, sah Kartika ni bermimpi. Tak pernah-pernah dia cakap punyalah baik berlapik-lapik dengan aku camni. Well, dia tak lah kejam sangat tapi so far nilah perbualan kitorang yang paling menyenangkan sepanjang aku berkerja di sini. 

Pucuk dicita ulam mendatang sebenarnya apa yang ditawarkan ni. Rezeki tu kadang-kadang kita tak nampak kan. 

Keluar aje dari bilik Kartika, masing-masing datang ke mejaku. Bertubi-tubi soalan. Tak sempat aku nak buka mulut. 

“Dia ajak kau kahwin ek?”. Jo paling excited. Erk! 

‘Kahwin kau kata? Dia nak hantar aku ke Langkawi!”.

“What?! Langkawi?? Bila weh?”. Muka Jo dah berubah. Hah, tau pun kau!

“Minggu depan!”.

“No waaayy! Cepat bebeno... kau terima?”. Aku pandang Jo. Tak tahu apa jawapan terbaik patut aku bagitau. 

Tetiba teringatkan Aril. Eh, mana dia pergi?

Dumm! Terdengar bunyi pintu bilik ditutup kuat. Aku lihat Aril keluar tergesa-gesa dari bilik Kartika. Mukanya merah. Aku bingkas bangun mendapatkannya. 

Kami berpandangan seketika. 

“Ril.... ada benda saya nak cakap...”.

“Aaahhhh!” Aril tepis tanganku. Dia berlalu keluar. 

Aku pandang Jo. Minah tu jungkit bahu, tanda tidak tahu.

******

Dah dua hari aku tak nampak batang hidung Aril di tempat kerja. Tertanya-tanya juga, takkan sesi praktikal dia dah habis? Tadi dah tanya Kak Gayah yang jaga HR, tempoh Aril bersama KAT ada lagi berbaki tiga bulan. Dah naik jenuh juga aku menelefon, asyik dihantar ke mesin pesanan. Sakitkah dia? Aku buntu. Ada sesuatu yang dah berlaku tapi aku tak tahu?

Aku nekad ke kediaman Aril petang nanti. 

“Aril..!! Tungguuu..!!”. Aku cepat-cepat keluar dari kereta. Aril menoleh. Enjin motorsikal dimatikan. 

“Apa awak nak?”. 

“Kenapa awak lari dari saya?”.

“Sepatutnya soalan tu dari saya....”.

“Maksud awak?”.

"Aah, awak tahu apa maksud saya!".

"Saya tak faham, Ril....".

Kami saling berpandangan. Lama aku merenungnya.

“Saya nak cepat. Ada hal. Jumpa aje di pejabat esok!”. Motorsikal Aril terus menderum. Aku dibiarkan terpinga-pinga sendirian di tepi jalan. 

******

“Kau okay?”. Aku geleng. Saiful duduk di sebelah. 

“Nah!”, Saiful hulur mug. 

“Apa ni?”.

“Minum aje lah...”. 

“Letak je la dulu situ. Nanti later aku minum. Tak dahaga...”. Aku menepis kole minuman yang dihulurnya. Perit untuk tekak aku ni nak telan apa-apa sekarang. 

“Masalah Aril lagi?”. Aku bungkam. Remote Astro kutekan-tekan. Dari satu siaran ke satu siaran, Takde satu pun yang menarik minatku. 

“Bodohlah!”. Ujarku tak semena-mena. 

“Hah, tau pun.....”, ujar Saiful selamba. Aku toleh. 

“Apa?”.

“Kau la- pasal cinta terus jadi bodoh! Nama je berpelajaran tapi ngok....”. Aku rengus. Gelas minuman yang kutolak tadi kuambil kembali. 

“Erk, air apa ni?”. 

“Tomato juice!”.

“Euuww, patutlah semacam je!”.

“Campur celery!”.

“Gila- resepi apa ni....”.

“Resepi khusus untuk orang yang tengah angau macam sepupu aku ni!”. Siot punya main perli-perli plak. Langsung tak sedap air dia buat ni. Terus aku ke dapur bancuh air sendiri. 

“Hadi call tadi... cari kau!”. Laung Saiful. Aku sibuk memasukkan gula ke dalam minuman. 

“Hadi? Eh bila? Kenapa tak call handset je?”. Soalku sebaik muncul kembali di ruang tamu. Terasa lega dapat menghirup milo suam. Better dari tomato juice yang Saiful buat.  

“Dah katanya. Kau tak jawab. Dia tak leh lama. Kena siapkan paperwork for next meeting. Dia cari kau. Nanti malam dia call balik. Rindu lah tu.....”.

“Hmmm...”. 

Diam tak diam dah seminggu Hadi ke Melbourne. Aku cuba terima hakikat yang hidup kami berjauhan sekarang. Benarlah kata orang, depan mata, tak peduli. Dah jauh barulah nak feeling-feeling rindu bagai. 

Jujurnya, aku suka Hadi. Dia baik. Banyak ciri-ciri pada diri Hadi yang menyenangkan aku. Tapi entah lah. Sejak berpisah dengan Syed Azlan, cinta bagiku hanyalah satu ungkapan. Tak bermakna apa-apa dah. Relationship bagiku terlalu menakutkan. Komitmen kadang-kadang buat orang hilang pertimbangan. Seingatku, cinta pertamaku dengan Iskandar adalah yang paling jujur dan benar.

Teringatkan Iskandar, ah kemana agaknya dia sekarang?

******

“Dah sedia?”.

“Dah. Semua dokumen dan barang keperluan I dah siapkan.”

“Bagus. I minta maaf tak dapat hantar you ke airport. I kena ke Jakarta malam esok. I wish you all the best K!”.

“Thanks, Kat. Thank you for choosing me.”

“Naaah... rezeki you. Memang you layak pun. You designer terbaik di syarikat ini. Lagipun klien kita tu yang beriya-iya mahukan you. Mereka kagum dengan portfolio you..”.

“Thanks. I minta diri dulu...”.

“Okay. Oh, jangan lupa. Dinner malam ni ya! The Apartments, 8 o'clock!”. 

“Sure. See you!”.

Aku keluar dari bilik Kartika dengan hati berbunga. Tak sangka singa garang ni pandai bercakap lembut-lembut lately. Ikutkan aku memang tak pernah ada masalah apa-apa pun dengan dia, kena marah jauh sekali. Pekerja kesayangan la katakan. Tapi aku happy. Kartika banyak berubah sejak akhir-akhir ni. Satu bangunan ni tau, dari kontraktor, hinggalah ke cleaner ofis, arif benar dengan ego dan ketegasan wanita ini. Tak hairanlah gelaran singa betina melekat padanya.

Aku ke toilet. Dari tadi menahan untuk membuang air kecil. Sejuk betul bilik Kartika. 

Selesai urusan di toilet, baru je hendak keluar tak semena Aril muncul. Kami berpandangan seketika.

“Aril, terkejut saya. Mana awak pergi??”.

“Ikut saya!”. Aril menarik tanganku, dia merentap agak kasar. Buat seketika, aku panik. 

Tidak selesa diperlaku begitu, aku melawan. 

“Hey, awak nak apa ni? Aril! Stop it! Gila-”. Tak sempat aku berbuat apa-apa, Aril sudah pun menolak tubuhku ke dalam salah satu toilet. Aku jatuh terduduk. Mujur kepalaku tidak terhantuk di kepala paip. 

Aku sempat memandang ke wajahnya. Aril betul-betul macam orang dah tak siuman. 

Dia menarikku bangun, tali leherku ditanggalkannya, kancing bajuku direntap dengan rakus, dia mula mencium leher dan bibirku membuatkan aku hampir lemas. Aku menepis, namun entah tenaga apa yang merasuknya. Kami terus bergelut. Aril terus menarik dan merangkul tubuhku dengan kasar. Aku mula hilang sabar! 

“Hey, Aril- stop it!!”. Aku cuba mengumpul kekuatan dan menolaknya. Giliran Aril pula terduduk jatuh. Belum pun sempat dia bangun, aku menujukkan isyarat penumbuk ke mukanya.

“Don’t you dare do this to me anymore! I’m done with you!”. Aku lihat bibirnya berdarah. Sempat aku menendang pintu tandas sebelum berlalu keluar. 

Beberapa orang staf yang terdengar bunyi bising berkumpul di luar. Masing-masing kelihatan berbisik sesama sendiri. Aku cuma buat muka bodoh. Capai wallet, kunci kereta dan terus keluar pejabat.

Damn you!

Bersambung....

K.

Wednesday, October 24, 2012

Episod 17 : Cinta Terhenti


"Ini benar?".

"Ya, benar sayang." Hadi ulit wajahku. Dia mengelus perlahan. 

Banyak mata memerhatikan kami. Saat itu aku tidak peduli. 

Hanya dengan jeans lusuh dan kemeja-t putih, aku menghantar Hadi ke lapangan terbang. Sepanjang perjalanan Hadi memandu. Aku hanya membatu di sebelah. Tidak banyak yang mampu kuperkatakan. Segalanya bercelaru. Antara merelakan pemergian Hadi dan bersedih dengan ketiadaannya nanti. 

"How I wish you dapat ikut I....". Aku tunduk. Lidahku kelu. 

Hadi sentuh daguku, ditongkatnya perlahan. 

"I mahu tatap wajah you sayang. Lama-lama. Nanti I rindu...". Ada airmata bergenang. Hadi seka mataku. 

"I'm gonna miss you so much after this...”. Hadi merangkulku. Kami berpelukkan seketika.  

"Jangan lupakan I sayang.... please...". Aku angguk. Airmata terasa makin deras mengalir. Aku cuba mengawal emosi sendiri. Hanya beberapa minit sahaja lagi tersisa buat aku dan Hadi meluangkan masa bersama. 

"Nanti dah ada tempat tinggal, I'll send you a ticket ya. You kena datang...". 

Aku pandang Hadi. 

"Promise me?".

"Okay. I promise.....".

Kelibat Hadi makin jauh kelihatan. Sayup-sayup sebelum melepasi ke pintu imigresen. 

Sebak. 

******

“Awak okay?”. Aril melambai-lambai perlahan ke mukaku. Aku tersentak. 

“Hah, ye okay, okay... sorry!”. Cepat-cepat aku kuis straw. Rootbeer floatku masih belum terusik dari tadi. Malam-malam macam ni orang agak ramai di A&W ni.  

“Awak khayal ek. Ingat sapa? Saya kan kat depan ni...”. Aril macam merajuk. 

“Saya fikir hal kerja...”. Dalihku. 

“Bukan Hadi?”. Aku pandang Aril. Wajahku berubah.  

"Terkejut?”. Aril seakan sinis memandangku.

“Awak kenal Hadi?”. Dadaku mulai berdegup. 

“Awak suka dia?". Aril kelihatan serius. Aku buat-buat tergelak, cuba mengelak dari terjerat. Teringat Saiful pernah cakap, pandai makan, pandai simpan. 

“Saya tahu awak selalu keluar dengan Hadi. Betul?”. Ada bau cemburu di situ. Aku hela nafas. Tarik rambut dalam tepung, jangan sampai berselerak. 

“Awak cemburu ya?”. Aril diam tak menjawab. Aku yakin Aril sudah dapat menghidu tentang hubungan aku dan Hadi. Mesti Jo lagi yang bercerita....

“Banyak lagi kerja saya....”, ujarnya sambil merengus. Aril bangun tiba-tiba buat aku terpinga-pinga. 

“Saya nak balik, penat. Esok kerja!”. Aril dah capai helmet. Nak tak nak aku hanya menurut. 

******

Tiba di rumah...

"K, waitt....". Tak sempat aku melangkah ke pintu pagar, Aril pantas menahanku.

“I’m sorry tadi. I shouldn’t act that way...”. Kami berpandangan seketika. Aku senyum kemudian seraya menghulurkan helmet. 

“Nah, helmet awak. Lupa pula. Hmm... dah malam ni. Saya masuk dulu...”.

“K, japp... Saya cuma nak awak tahu, yang saya benar-benar dah sayangkan awak. Tak kiralah awak bos saya ke apa, but saya dah mula jatuh hati dengan awak.”

Aku cuma mampu tersenyum. Tidak tahu macam mana aku mahu gambarkan perasaan aku ketika itu.

“Benar-benar ni....”. Aril separuh merayu. Dia mengggengam erat jari-jemariku. Wajahnya yang mencuka tadi kembali lembut. 

“Thanks. Saya hargai perasaan awak. Kita jumpa esok di pejabat ya..”.

“K....".

“See you!”.

******

Aku bungkam di katil. Satu dah pergi, tinggal lagi satu. Hmmm sebenarnya tak pernah berhenti. Lelaki dan cinta hadir dalam hidupku tak pernah putus. 

Dari zaman kolej, kerja hinggalah menginjak dewasa, pelbagai versi cerita dah aku lalui. Jumpa, putus, jumpa lagi, dan putus. Dah ada cop mohor di kepalaku barangkali, K tidak pernah kekal dengan mana-mana lelaki. 

Kadang pelik juga. Tengok orang lain bahagia dan gembira bertahun-tahun, jujur aku cemburu. Menunggu cinta yang kekal bagai menanti buah yang tak gugur. 

Aku sedih Hadi pergi. Baru sahaja aku ingin membuka hati dan memberi peluang kepadanya, ah apa dayaku. Kehendak syarikat, aku relakan Hadi untuk pergi. Biarpun Hadi beriya mengajakku, aku yakin, dia pasti akan ketemu yang lebih baik di sana. 

Selak mukasurat, mulakan episod baru, teringat Jo berlucu. 

Hmm... cakap senang. Aku memusingkan badan.  

Aril. Ah, lelaki ini kadang merisaukan aku. Susah aku nak duga sikapnya, berubah-ubah. Kadang romantik, kadang agresif. 

Bukan tiada perempuan yang mahukannya. Kat ofis tu, dari tingkat bawah, sampailah ke ruang pejabat tempat kami berkerja, berderet anak dara yang tergila-gilakannya. Jo yang tomboy tu pun kadang-kadang aku tengok semacam, hari-hari happy je bila bercakap pasal Aril.

"Kau suka Aril ek?".

"Gila ko! Merepek- ini Jo yer. Not my type la jambu-jambu ni. Aweks aku nak campak mana??". Hahaha kami sama-sama tergelak.

Aril muda, kacak, anak orang kaya- siapa tak nak. pakej dia lengkap. Tapi aku ni jugak yang dipandangnya. Menangis air mata darah agaknya perempuan-perempuan kat luar tu kalau tahu yang Aril tu sebenarnya gay. Lagi histeria kalau mereka tahu yang jejaka pilihan Aril adalah adalah bosnya sendiri. 

Aku menanggalkan baju. Saat ini bayang Hadi bersilih ganti menerjah benakkku. Gosshhh, aku sangat rindukannya... Teringat kali terakhir waktu kami berbual-bual di bahagian atas bangunan lapangan terbang awal pagi semalam. 

“Wangi. I like your smell....”. Aku pandang wajah Hadi tak berkedip. Hadi merangkul tanganku. Angin lembut dari kawasan lapangan terbang tak henti-henti mendakap kami. Aku rebah ke dada Hadi. Momen yang takkan kulupa sampai bila-bila. 

“You benar-benar sayang I?”. Aku inginkan kepastian.

“Terlalu. KLIA jadi saksi...”.

"KLIA je?".

"Okay tambah, LCCT, LAX, Dubai airport....". Aku tepuk bahunya. Hadi gemar berlucu membuatkan aku sering ketawa waktu bersamanya. Itu yang paling aku senang tentangnya. Andai Hadi tahu betapa hati ini terlalu rindukannya.....

Aku kejap mata. Tidak sedar jam berapa aku terlelap. 

Bersambung....

K.