Sebuah kereta berhenti di perkarangan. Syed Azlan mula mematikan enjin. Dia melihat kelibat Saiful menghampiri.
"Hey, Lan! Apa kau buat kat luar ni. Nape tak masuk?". Syed Azlan kaget seketika.
"Aku.. err, aku nak merokok jap tadi. Dari mana?", dia menjeling beg-beg yang dibimbit Saiful.
“Ni beg ni, tak nampak? Shooting-lah. Kat Melaka, dua hari. Hmm.. btway sejak bila pula kau merokok?”, sinis Saiful memerli.
Syed Azlan tersipu.
"Dah, jom masuk. Sejuk kat luar memalam ni."
"Err, takpe lah Pul… aku nak amik angin jap…".
“Amik angin ke layan perasaan?”. Sekali lagi Syed Azlan terkena.
“Tapi, Pul…”.
“Dah, jangan nak tapi-tapi lagi. Jom masuk. Aku tolong kau. Jap lagi K balik kita bincang..".
Syed Azlan tiada pilihan. Dia mula membontoti Saiful masuk.
“Ishh… apahal pulak rumah ni gelap je nih, hmmm ke mana aja la si K nih…”. Saiful memetik suis lampu. Belum pun beberapa tapak dia melangkah, matanya terbeliak tiba-tiba...
"Lan, wait, tunggu situ!”. Syed Azlan berhenti melangkah. Terkejut dengan sergahan Saiful.
Bala!
"Kenapa, Pul?". Syed Azlan terus meluru masuk, bimbang sesuatu yang buruk berlaku.
"Shhh... kau tunggu je situu! Jangan dekat!!".
"Pull, kenapaa... whatt?! K-".
Setengah jam kemudian…
"K sayang, please, apa you buat nih? Siapa lelaki tadi, cakap sayang, cakap??!". Dari tadi K cuma membatu. Lidahnya kelu. Baginya tiada apa-apa penjelasan yang harus diberikan. Semuanya jelas.
Terang-terangan Syed Azlan dah nampak apa yang berlaku antaranya dan Shamir sebentar tadi. Sedikit pun dia tidak menyesal. Hatinya puas kerana Syed Azlan dapat menyaksikan 'kecurangan' yang dilakukannya. Rasa sakit hatinya berbalas.
"K, sayang. Look, lihat sini- look at me, sayang. I love you- kenapa you sanggup buat I macam ni, kenapa sayang....".
"Sayang, pleaseee... answer me, say something- I love youu!!". Syed Azlan masih tak putus asa. Airmatanya laju menderas. Betapa jiwanya luluh melihatkan 'persembahan panas' kekasihnya tadi.
"I’m sorry Lan you harus saksikan semua tadi. Pleave leave me. Tiada apa lagi yang perlu kita bincang. Antara I dengan you, kita putus di sini sahaja. Tamat. Please, I penat. Please leave now...", ujar K merayu. Airmatanya turut menitis. Sial- sungguh dia tak sangka Syed Azlan akan meredah masuk tiba-tiba. Sial juga kerana dia terpaksa menyaksikan adegan sumbang aku dan Shamir sebentar tadi.
"Sayang, no matter what, I still love you- jangan cakap macam ni, please. Lan tak kisah... Lan maafkan sayang. Lan tetap terima...".
"No, Lan! Antara kita putus. P.U.T.U.S.!! Please leave the house now. Saiful... Kau tolong halau dia ni keluar. Aku tak nak tengok muka dia lagi-". Sungguh itu bukan kata-katanya. Shit, shitt!! Berkali-kali K mengutuk dirinya sendiri.
Shamir meluru ingin menarik K namun dihalang Syed Azlan.
"Hey, setan. Lepaskan dia- dia kekasih aku! Bangsatt!". Dushh! Satu tumbukan tepat mengenai ke muka Shamir. Dia tersungkur ke lantai. Pergelutan hampir terjadi namun sempat dihalang Saiful. Nyata Syed Azlan tidak mengawal emosinya. Hatinya benar-benar hancur malam itu.
"Sudahhh! Sudaahhh! Kau orang ni kalau nak bergaduh pergi keluar. Sudah, Lan! Kau balik dulu. kita settlekan hal ni kemudian. Dah lewat ni. Apa kata jiran-jiran. Shamir! Kau pun balik dulu. Biar aku cakap ngan K malam ni." Saiful mula menyinga.
"Lannn, stop!- aku cakap balik, balik. Besok kita settle!". Syed Azlan masih memandang Shamir penuh kebencian. Lelaki itu tidak berhak merampas K darinya.
Saiful segera menarik Syed Azlan keluar. Lebih baik dia bertindak dari pelbagai lagi perkara tak elok berlaku. Malu jika terdengar dek jiran malam-malam, lelaki dengan lelaki bergaduh gara-gara merebutkan seorang lelaki juga.
"Sabar, Lan.. sabarr... aku faham perasaan kau. Kau kena percayakan aku, biar aku bincang dengan K malam ni."
"Pul... aku cintakan dia Pul... masihh... aku sayangkan dia... aku minta maaf kalau aku dah sakitkan hatinya, tapi aku benar-benar tak dapat hidup tanpanya, Pul... tolonglah-".
"Ya, ya… aku tahu. Nanti aku cuba cakap dengannya ok. Kau balik la dulu. Hati-hati memandu. Fikiran kau kusut. Call aku dah sampai nanti."
Saiful memerhati sehingga kelibat kereta Syed Azlan hilang dari pandangan. Rasa sesal pun ada kerana beriya-iya mengajak Syed Azlan masuk ke rumah tadi. Jika tidak, perkara ini takkan terjadi.
"Pul, maaf ya!". K bungkam. Dia tidak tahu lagi apa yang harus dicakapkan. Shamir masih lagi duduk di sofa. Matanya bengkak gara-gara terkena penumbuk Syed Azlan tadi.
“Nah, ais…”. Hulur Saiful. Shamir teragak-agak mengambil.
"Sedapp? Buat lagi-". Perli Saiful.
"Pul... Tolonglah aku-".
"Sendiri buat, sendiri tanggung-".
"Pul, sini. Aku nak cakap dengan kau," gamit Shamir perlahan. Sesekali dia mengaduh bila K menyapu-nyapu ais di mukanya.
"Korang kena serius. Aku tak nak benda-benda macam ni berlaku lagi di rumah ni."
"Pul, duduk. Kita bincang,” ujar Shamir lembut, sekali lagi dia memujuk. Air mukanya kelihatan tenang.
"Aku bukan apa. Serba-salah. Kau-Syed Azlan, dua-dua kawan, K sepupu aku…".
"Takpe, Pul. Aku yang patut minta maaf. Perkara ini tak sepatutnya berlaku. Bukan salah K, aku yang silap kerana menggoda dia." Shamir diam seketika sebelum menyambung ayatnya kembali.
"Aku serius, Pul nak amik dia sebagai kekasihku. Kali ini aku harus jujur pada diri sendiri. Aku benar-benar sayangkan dia. Aku tak nak hilang K lagi. Aku akan jaga dia Pul...". Benar-benar dia cuba meyakinkan Saiful. Tangannya tak putus mengusap K penuh kasih-sayang.
Aku tersentuh. Terharu mendengar kata-kata Shamir. Kali pertama dia berani meluahkan begitu, lebih-lebih di hadapan Saiful.
"Kau percaya aku sekarang?".
"Soalan itu kau harus tanya K, bukan aku...". Shamir pandang K.
"Kau percaya aku, sayang?". Aku tunduk. Biarpun aku hampir yakin dengan kata-katanya, namun jauh di sudut hati, masih wujud sedikit ruang untuk Syed Azlan.
Betapa aku bungkam seketika. Cinta ini terlalu membunuhku. Membuatkan aku keliru.
"Hmmm. Aku penat. Kau baliklah dulu ya. Nanti aku call."
Wajah Shamir bertukar hampa.
"Ok, maafkan aku. Aku tak niat nak memaksa kau. Tapi sekurang-kurangnya kau berilah aku ruang untuk kembali mencintai kau...".
Hampir seminggu berlalu. Baik Shamir mahupun Syed Azlan, K cuba mengelakkan dari menghubungi apatah lagi berjumpa dengan kedua-duanya. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya kebelakangan ini. Terlalu banyak yang berselirat.
“Woii, braderrr… moyok je kau aku tengok dua tiga menjak nih. Amik je la cuti, pi berehat memana… rehat sikit pala otak tu… hilangkan stress!”. Usul Joe tiba-tiba. Aku pandang Joe.
Ya tak ya. Bercuti. Hmm… bagus cadangan Joe. Aku mula senyum.
“Thanks Joe!”. Aku bingkas bangun dari kerusi. Joe hairan melihat perubahan sikapku.
“Hormon ke?”.
Aku tinggalkan Joe. Ya, aku perlukan ketenangan. Pantas aku segera mendapatkan Jue.
"Jue, bisa kau luluskan cuti aku?".
"Cuti? Berapa hari kau nak?".
"3 bulan?".
"Mak aiihh… tiga bulan??”. Hampir tersedak Jue yang sedang menguyah biskut di mejanya.
“Haha, aku gurau aje lah. Hmm… tiga minggu?”.
"Hmmm… apa aku nak bagitau Puan Kartika nanti??". Sambung Jue agak gelabah. Mukanya berkerut.
“Alah, kau cakap je aku masuk wad gila-".
"Hey, seriuslah-".
"Aku perlu rehat. Macam-macam hal berlaku lately. Nanti aku hubungi Puan kemudian. Kau tolong ya!".
"Ya, ya ok- aku cuba. Tak janji tau. Kau faham-fahamlah Puan tu. Angin semacam-".
"Thanks, Jue. Aku tahu kau sayang aku! Hik."
"Eeiii... pleaseeee...".
K nekad. Habis mengemas beberapa helai baju, dia ke bilik air untuk mencuci muka. Handphone berdering. Tergesa-gesa juga dia menjawab panggilan.
"Hey, sorry aku baru baca mesej kau. Tak sempat nak reply tadi. Kau pasti nak ke Pulau Pinang?". Kedengaran suara Saiful dari hujung gagang. Aku pantas melekatkan alat bluetooth di telinga.
"Yup!".
"Bila?".
"Flight malam ni. Puan Kartika dah luluskan cuti aku."
"Berapa lama?".
"Tiga minggu-".
"Wah, lama! Apa kau nak buat kat sana?".
"Berehat, tenangkan fikiran."
"Kau serius ke ni? Nape tak bagitau awal-awal? Aku shooting sampai rabu depan-". Geram juga dia kerana tidak diberitahu awal-awal. Pelik pun ada kadang fikirkan perangai si K ni. Sepupunya ini tak pernah nak berubah, dari kecil lagi susah nak jangka tindakannya.
"Okay good luck then! Apa-apa update aku ya!”.
"Okay, Pul- thanks. Ciao!". Klik!
K.
0 comments:
Post a Comment