Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Monday, May 19, 2008

Episod 5 : Cinta Mesti Begini



"Apa nak beli ni?".

"Hmm... sayur... ikan... daging...". Aku membaca senarai satu-persatu.

"Banyaknya. Larat ke makan?", usik Syed Azlan. 

"Bukan selalu. Saiful yang beriya nak masak. Nak jamu Jimmy katanya."

"Oh! Ingatkan untuk I...". Syed Azlan buat-buat muak sedih.

"Alahai, merajuk plak dia... untuk you jugalah. Nanti I masakkan lauk kegemaran you sekali ya!".

"Yalah siapalah i ni kan...".

"Eeiii... gatalnya dia nak merajuk-rajuk camni...", aku mencubit perlahan, geram. Syed Azlan ketawa terkek-kekek.

"Merajuk... dengan awak ajelah!". Aku senyum. Syed Azlan cuit hidungku. Terasa berbunga seketika.

Hampir sejam aku dan Syed Azlan pusing-pusing kat dalam Tesco. Dah penuh satu troli kami bawa. Syed Azlan dah kerling-kerling beri amaran.

"Err, sikit lagi ye sayang. I nak gi amik drinks...". Aku cepat-cepat tolak troli. Kelakar juga. Very the mak cik-mak cik pergi beli grocerries. Macam-macam nak diambil.

"Selesai?". Soal Syed Azlan sebaik kami menuju ke kaunter pembayaran. Aku angguk sungguh-sungguh.

"Ok, kita bayar." Tampak dia lega. Tanganku diramasnya perlahan. Aku cuma sengih.

"You ada nak beli apa-apa lagi?". Aku geleng.

"Penat ya?". Aku senyum. Dah tak larat nak cakap apa-apa. Penat membeli tadi.

"Sian sayang saya nih. Rest la. Sampai I bagitau."

Dari Tesco ke Bukit Antarabangsa tak jauh. Syed Azlan membantuku memunggah barangan ke rumah. Aku menjerit-jerit nama Saiful.

"Maaf! Toilettt...". Saiful muncul dari muka pintu.

"Tolongg...".

"Amboii, banyaknya kau beli. Nak kenduri ke?".

"Ha'ah. Kenduri tahlil. Banyak la kau punya kenduri. Semua nak kena masak hari ni." Saiful menggaru-garu sendiri kepalanya yang tidak gatal.

"Sayang... jap." Tiba-tiba Syed Azlan memanggil. Dia menarikku ke luar.

"Nape sayang?". Syed Azlan kelihatan resah.

"I baru dapat text dari Auntie Mazni. My dad mintak I balik. I need to go back now."

"Tapi, kan kita dah plan nak makan sini...".

"I know... I'm so sorry. My dad, you faham-fahamlah kan...".

"Hmm...". Ikutkan memang aku kecewa. Tapi nak menahan masakan pula, dah ayah dia suruh balik. Tambahan pula Syed Azlan satu-satunya anak tunggal dalam keluarga.

"It's ok. You pergilah. Nanti kalau free malam, datanglah. I simpankan lauk."

"Takpe, awak makan je. Kalau jadi datang, Kita keluar dinner sama kay? I will call you."

Aku cuma angguk.

"Hey, K. Nape ni. Nape Syed balik lak?".

"Hospital. Papa dia sakit." Ujarku mereka alasan. Malas menerangkan hal sebenar.

"Ohh- tiba-tiba aje. Kau pasti ke?". Saiful semacam ragu-ragu. Aku pandang aiful tak berkedip.

"Maksud kau?".

"Hmm... takde lah. Sorry, aku saja je. Mana la tau kan. Dah elok-elok kita plan nak masak...".

"Alah, nak buat cemana. Nanti malam dia singgah. Itupun kalau takde apa-apalah."

"Hah, elok lah tuh. Nasib baik aku ada back up!".

"Back up?".

"Jap aku panggil!". Saiful menghilang ke atas. Ada-ada je sepupu aku ni.

"Hai, K! Sorry aku singgah lagi sekali. Nak kasi kau barang sebenarnya. Tapi Saiful minta aku tunggu tadi."

Aku memandang Saiful. Mamat ni memang nak kena. sengaja. Kalaulah Syed Azlan stay tadi? Haru aku. 

"Untuk kau. Dah lama aku simpan...", Shamir menghulurkan aku satu bungkusan kecil.

"Apa ni?". Soalku teragak-agak.

"Ambillah. Buka...". Aku pantas mengambil dan membuka balutan berkenaan.

"Diariku! Eh, dairiku! Kau masih simpan, Mir?". Aku sedikit terharu. Tak semena aku pantas memeluk Shamir.

"Ya, kau sibuk nak meninggalkan rumah kita dulu. Langsung terlupa mengambil diarimu."

"Kau baca ya?". Shamir tergelak.

"Masakan. Itu rahsiamu...".

"Tipu!". Kami akhirnya tergelak sendiri. Entah kenapa tiba-tiba aku dapat rasakan kembali ada bibit-bibit kemesraan antara aku dan Shamir. Sama seperti dua tahun lalu.

"Ehemm... ehemm...". Saiful berdehem. Jimmy di belakangnya.

"Morning, guys!". Sapa Jimmy.

"Oh, hai Jimmy! Baru bangun ya. Kenalkan, shamir...". Jimmy pantas menghulur tangan.

"Jimmy!".

"Shamir. Nice to meet you!".

"You too!

"So guys, bila nak masak ni? Gua dah lapar ni...".

"Kau- kau tolong aku. Jimmy, bawak Shamir keluar. Borak-borak... paper dah beli, nah! Please, thank you!". Aku memberi arahan.

"Pepandai je kau ajak dia masuk. Kalau Syed tak jadi balik tadi cemana? Tak kira, kau kena tolong aku!".

"Kau kata Shamir dah tahu...".

"Ya, tapi Syed tak tahu...".

"So?".

"Sooo... bala! Kau tahu?".

"Relaks lah. Kata dah takde apa-apa."

"Memang. Tapi...".

"Kau masih sayangkan dia ya!".

"Noooooo-".

"K, aku kenal kau... kau tu sepupu aku yang paling tak pandai sorok perasaan!".

"Asmara ini, menggetar rasaaa...". Handphone!

"Helloo...".

"Sayangg... Lan ni. Everything ok? Sorry tak dapat makan kat rumah you hari nih...".

"It's ok, how's your dad?".

"Dia ok. Biasalah orang tua. Kalau boleh nak I ada kat rumah all the time. By the way, I just wanna check your condition. Nanti I call lagi kay. Bye dear. Love you!".

"Ok, bye! Love yo-". belum sempat aku habis nak menjawab, Syed Azlan dah matikan line.

"I love you too!", aku habiskan juga ayat terakhir itu.

"How?", Saiful menyoalku.

"Err, ok. Everything's fine." Aku buat-buat kembali sibuk memotong sayur.

"So kita nak masak apa ni?".

"Kau nak makan sayur lemak kan? Nanti kita tambahlah sambal udang ngan kari sikit."

"Cool. Jimmy memang suka kari. Dia ‘Melayu’ tau!".

"Hah, sesuai la korang... huhuhu...".

*******

Aku resah. Masuk hari ini dah tiga hari Syed Azlan tidak menelefonku. Sakitkah dia? Risau juga. Dah naik kematu jari-jemariku mendail, dua-dua, handphone dan rumah. Hanya suara mesin yang menjawab.

"K, lunch?". Sapa Jue yang melintas dari meja sebelah. Aku geleng. Takde mood. Pensel kuputar-putar perlahan. Terjatuh. Lalu kukutip semula.

"Tapau?". Jue masih senyum menatapku.

"No, thanks jue. nanti i turun sendiri...".

"Ok!". Jue berlalu bersama Intan. Lapar tapi seleraku tepu. Aku masih menunggu panggilan Syed Azlan sebenarnya. Mana tahu kot-kot dia call hari ni.

"Woiitt braderr... apahal cam orang sasau je aku tengok. Dari pagi moncongg!". Aku kerling Joe. Dia menghampiri. 

"Ni, draf ni, bila nak kasi aku?". Aku diam seraya menolak kerusi ke belakang. Jarakku kini beberapa cm dari Joe. Tanganku masih lagi memutar-mutar pen. Wajah Joe yang mulus tanpa solekan itu kutatap agak lama. Eish, lawa jugak budak Joe ni sebenarnya.

"Apahal, tebiat ke?". Marahnya pelik dengan sikapku.

"Kau cantik la Joe...". Ujarku tak semena.

"Kau demam ya?". Bidas Joe.

"Errr, aku silap cakap ke? Sowii...". Ujarku membetulkan duduk. Kesal kerana merepek yang bukan-bukan.

"Nanti petang aku kasi. Deadline lambat lagi. Kau tak keluar ke?".

"Tunggu kau ler. jom?".

"Hmmm... lepak mana?".

"Bangsar Village nak? Delicious!".

"Hmmm... leh gak. Laparrr!", ujarku laju. Tetiba seleraku terbuka mendengar Joe mengajak ke Delicious.

Delicious.

"Makan apa?".

"Aku mahu sandwich aja. Kau?". Ujarku seraya menyerahkan kembali menu kepada pelayan cafe.

"Shepherds- er, ya shepherds pie for me, please? Thank you!".

"Erk, tadi beriya kata lapar. Ingatkan nak order lamb shank!". Joe sengih. Minah tomboy ni memang tak tentu seleranya. Kadang makan lite-lite je, kadang ngan bahagian aku pun boleh dibahamnya. Yang pasti body maintain- kurus melidi.

Aku suka sini. Delicious. Dulu ada kat area Damansara je. Now dah bersepah. Untung jugak ofisku di area Bangsar ni. Dekat. Boleh makan Delicious hari-hari. Heh!

"Eh, K. Mamat tu macam tengok kau. Pelik!". Joe tepuk tanganku perlahan. Aku paling.

"Mamat mana?".

"Tuuu... mamat yang duduk kat meja hujung dengan girlfriend dia tu!", Joe juihkan bibir ke penjuru cafe. Aku cuba amati.

Shamir!

Laa... dia lagi. Memang nasib aku minggu ni asyik terjumpa Shamir je. 

"Apa kau buat kat sini?", soalku sebaik menghampiri.

"Makan!". Ya tak ya. Soalan bodoh. Aku menggaru sendiri kepala yang tidak gatal.

"Err, your girlfriend?".

"Haha... no lah. Jessica, my bussiness partner. Kenalkan, Jess, this is K, my err... ex-housemate!". Aku menyambut tangan Jessica. Gadis itu tersenyum manis di sisi Shamir. Hmm macam padan pula. 

"Ok, Mir. Nanti aku call kau laterlah. Tak best tinggalkan member ofis aku sorang-sorang. Catch up later k. Ok, Jess. Nice meeting you sweety!".

Aku kembali ke meja.

"Kau kenal mereka?".

"Yang lelaki tu je. Itu Shamir, hmm... ex-housemate aku dulu. Pompuan tu klien dia."

"Handsome!".

"Gatal...".

"Aik, marah?".

“Mestilah!”.

“Aik, kata ex-housemate?”.

*******

"Kau dah cuba hubungi pejabatnya?". Lama aku terdiam sebelum mengangguk kemudiannya.

"Dan??". Shamir masih lagi menunggu reaksiku.

"Hmm... sama, tak berangkat. Aku bingung la, Mir...". Luahku seraya menghembuskan nafas perlahan.

"Kau tengok laut. Kuning kirmizi terkena panahan mentari. Cantik bukan?". Aku tenung Shamir. Sejak bila lelaki ini pandai bersastera.

Shamir bangun. Dia mampir ke laut.

"Terima kasih kerana sudi menerima pelawaan aku."

"Maksud kau?".

"Keluar dengan aku. Macam dulu-dulu."

"Your pleasure, Mir. Aku ikhlas. Lagipun...".

"...kau perlu seseorang untuk luahkan masalah, dan aku satu-satunya orang yang bisa mendengar masalahmu bukan?", pantas Shamir memotong kata-kataku. Aku tunduk.

"Mirr...".

"Kau tahu aku sayangkan kau, K...".

"Mirr.... pleasee...".

"Kau tahu aku cintakan kau...".

"Shamirr...".

"Kenapa kau tinggalkan aku?".

Aku paling memandang ke lautan yang kian menggelap. tiada lagi warnba-warna Kirmizi yang disebut Shamir sebentar tadi. Hanya kegelapan.

"Kita balik?".

"Kau bosan?". Shamir menghulur tangan.

"Pegang. Nanti kau jatuh." Aku sambut tangannya. Shamir pantas menarikku. Rapat- ke sisinya.

Shamir seakan tidak peduli. Pelabuhan Klang menjadi saksi. Dan aku, seakan turut terlena di pangkuannya...

K.

0 comments: