Kita bermula dengan cerita. Boy KL terhasil dari pengalaman-pengalaman lalu, dari perca saya angkat menjadi cerita- bertahun saya karang, saya gabung dan kembangkan mejadi kisah-kisah hidup. Realiti? Tepuk dada tanya hati. K wujud di sekeliling kita. K juga dekat dengan saya. Terima dengan terbuka.

Friday, December 21, 2007

Episod 4 : Usah Lepaskan


"K, jom jog!". Aku menggeliat, malas.

"Awal kau bangun?". Soalku agak mamai.

"Aik, semalam kau yang iya-iya ajak jog. Aku off hari ni. Takde shoot. Jom lekas!".

"Err, lima minit...".

Aku ke bilik air. Gosok gigi dan cuci muka.

"Er, K. Tak jadi..". Huh?

"Nape?".

"Tue...". Saiful menjuihkan bibir ke luar pintu. Aku terpisat-pisat.

Shamir!!

"Hai, maaf aku ganggu."

Pantai Dalam.

"Sorry...".

"Kenapa?".

Aku menguis-nguis nasi lemak dalam pinggan. Masih terkejut dengan kemunculan Shamir tiba-tiba pagi tu. Nama yang hampir setahun cuba kulupakan.

"Aku keluar dari rumah kau tak bagitau dulu...".

"It's ok. Dah lepas. Aku cuba cari kau, tapi...".

"Aku tukar nombor...". Cepat-cepat aku memotong.

"Ya, aku tahu. Dan kau juga pindah entah ke mana."

"Again, sorry…".

"Hey. Told you. It's okay. Aku salah."

"Hmm...".

“Sampai hati kau, K… aku terlalu sayangkan kau…”. Shamir bermonolog di dalam hati. Lidahnya kelu.

“Tapi kau lambat, Mir. Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dulu? Semasa aku begitu mahukan kau, waktu aku menyimpan dalam diam untuk sentiasa bersama kau?”.

“Ah, K. Kau tahu aku bukan, sifatku. Aku bukannya jenis yang suka berterus-terang. Kau tahu, aku sentiasa mahukan kau di sisiku. Sejak dari hari pertama aku melihat kau, kita gaduh, kau ingat bukan? Dan aku ajak kau pindah bersamaku di rumah papa, tentu kau sedar kenapa bukan? Sebab aku sentiasa ingin kau berada di depan mataku, tiap saat, tiap waktu. Apa itu tidak cukup untuk gambarkan perasaan aku terhadap kau ya?”.

Kenangan!

"Tak sedap ya?". Aku petik jari. Shamir tersentak.

"Huh? Eh, ok ok… sedap. Thanks bawa aku breakfast!".

"Macam dulu-dulu. Aku tahu kau suka."

"Erm, kau tinggal di mana sekarang? How's work?". Soalku sambil menyuap makanan.

"Masih di Bidara, single dan busy dengan kerja. Tapi bulan depan aku ke Jepun. Uruskan bussiness papa. Maybe akan buka cawangan di Malaysia." Aku angguk. Begitu pantas masa berlalu. Teringat waktu aku menumpang tinggal sama Shamir di Kondo Bidara milik Uncle Taufik, papanya tiga tahun lalu.

Shamir bertuah. Dah la anak tunggal. Mak-bapak pulak kaya-raya. Namun Shamir humble. Masih ingat betapa susahnya kami semasa tinggal menyewa di bilik-bilik kecil dahulu. Biarpun AM melarangku untuk berdikari, tapi aku tekad untuk keluar dari rumahnya. Bertahun aku tinggal dengan AM.

"Nak rasa susah pula...". Itu ayat terakhirku bila AM terus memujuk. 

Sampai bila kan aku mahu mengharapkannya?

Di tempat baru, Shamir banyak melindungi dan membantu aku. Biarpun dia agak kasar dan suka mengusikku pada awalnya, namun perlahan-lahan kami mula akrab. Dari hari ke hari, hubungan kami kian rapat.

Terlalu banyak kenangan kami bersama. Yang pasti, Shamir tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku. Buatku tambah senang dengan perwatakannya.

"Asmara ini... mmenggetar rasaa...". Handphone ku berdering. Drama!

"Ya, Lan... yap, I kat luar, sama kawan. Ok, ok... kejap lagi I balik. Tunggu kat rumah ya!".

Klik!

"Boyfriend?". Shamir meneka. Aku pantas mengangguk.

"Azlan. Syed Azlan. Kamu kenal dia bukan?". Giliran Shamir pula mengangguk.

"Aku pelik."

"Pelik? Kenapa...?".

"Macam mana kau tahu tempat tinggalku?".

"Aku mengikutimu...".

"Hah, macam perisik pula...".

"Tidak. Kebetulan...", Shamir membetulkan duduk.

"Aku ternampak kau di gym beberapa hari lalu. Hendak kutegur tapi bimbang tersilap orang pula. Lalu kuminta alamat kau dari Nor, receptionist bertugas di kaunter."

"Nor kasi alamat aku?".

"Ya. Suaminya klien di syarikatku. Kami rapat."

"Oh!".

"Kenapa tidak kau tegur aja? Kan lebih senang begitu."

“Bimbang aku tersilap. Kau banyak berubah. Makin comel." Sempat Shamir menguis pipiku. Aku buat-buat menepis. Memang Shamir tak berubah. Usiknya masih macam dulu-dulu.

"Aku dengar kau nak ke luar negara?".

"Ya, Germany- hampir. Tapi ayah Syed Azlan meninggal sebelum kami sempat fly. Syed Azlan tak sampai hati nak tinggalkan mamanya sendiri di Malaysia, jadi kami tangguhkan."

"Korang serius?". Aku tatap mata Shamir dalam-dalam, mencari pengertian di sebalik kata-katanya.

"Apa maksud kau?".

"Hmm... maaf, aku cuma mahu tahu. Kau seriuskah dengannya?".

"Syed Azlan?". Aku senyum mendengar soalan Shamir.

"Iya, Syed Azlan. Kau serius berhubungan dengannya?".

"Mir... what past is past kay. Aku dah hampir dua tahun dengannya. Hubungan kami okay."

"Kau cintakan dia?".

Aku angguk.

"Katakan, kau cintakan dia?".

Kali ni aku gugup. Wajah Shamir serius memandangku.

“Katakan…”. Aku pandang lagi Shamir.

"Ya, aku cintakan dia!".

"Ok. Thanks...".

Itu saja?

"Kau saja menduga...".

Shamir tarik tanganku lalu dikucupnya perlahan.

"Jom. Aku hantar kau balik ya. Syed menunggumu."

Aku bagaikan pak turut. Hanya patuh pada arahan dan kata-kata Shamir. Kami ke kereta.

Di rumah.

"Dia soal kau macam tu?". Aku angguk. Sambil mataku tak putus mengerling ke luar. Mana tau kot-kot Syed Azlan dah sampai.

"Habis, apa kau jawab?".

"Takde apa-apa."

"Mana bleh takde apa-apa. Kau bagitau tak yang kau cintakan Syed??".

"Ish, ye lah... habis tuh… kau ingat aku nak skandal pulak ngan dia ke? Of course lah aku cakap. Dah, puas hati??".

"Hish, aku rasalah kan... dia tu masih syok kat kau lah. Hmm.. bahaya.. bahayaa...".

"Eh, Jimmy Choo kau tu pukul berapa nak bangun. Hari ni giliran korang masak tau. Kejap lagi aku pi pasar ngan Syed."

"Alah, masak laterlah. Susah-susah call je pizza. Ish, kau tak risau ke, K?".

"Apahal kau ni tetiba dah bertukar jadik W2K plak. Eeiii gelilah... tolonglahhh kembalikan sepupu aku... shuhh.. shuhhh...". Aku buat-buat menghalau Saiful.

"Ishh, nyampahlah cakap ngan kau nih. Nak berahsia-rahsia pulak. Kalau aku tau kau skandal ngan si Shamir tu balik, hah, siap kau!!". Yes, mengalah juga dia akhirnya. Sejenak itu juga kedengaran bunyi hon dari luar rumah. Aku cepat-cepat menerpa ke pintu.

"Rinduu...!".

"Tau. Sorry ye lambat. Cepat masuk. List dah bawak?".

"Dah. Jom!".

K.